Followers Remaja Purba

Thursday, December 31, 2015

Azam Tahun 2016..?


Bila nak masuk tahun baru, macam-macam azam kedengaran.
Aku..? Senyum jelah..
Azam..?
Tak suka nak letak harapan, tak nak kecewa..
Aku lebih suka ianya datang secara semulajadi..
Dalam diam nampak hasilnya..

Antara yang berjaya dalam diam..
Kisah diet yang tak berapa nak diet aku di SINI.. sekarang tinggal nak maintain je..
Tahun depan nak kurus lagi..?
Mungkin..
Aku tak letakkan sebarang harapan tapi tunggu tahun depan..


Entry terbanyak setakat ni kalau nak dibandingkan tahun-tahun sebelum ni..
Tiap entry semuanya ada kenangan tersendiri..
Malah masih ada entry yang tertunda masih belum sempat nak publish..
Sebenarnya aku malas nak pilih edit gambar.. kihkihkih..

Selain itu, sepanjang tahun 2015 ni adalah sejarah juga buat diriku..
Tak pernah menggunakan cuti sakit yang diperuntukkan sepanjang tahun..
Mengulang rekod yang pernah kubuat dulu..
Demam, tak sihat tu normallah..
Sakit pinggang sampai dapatkan rawatan di hospital tu pun aku tak reti nak buka mulut minta sijil sakit dari doctor..
Entah.. muka tak pandai nak 'mengayat' doctor kot..

Dan.. menjelangnya tahun 2016 bermula esok.. aku nak sematkan dalam diri;
Pentingkan diri sendiri dulu sebelum sibuk nak fikirkan hal orang lain..
Aku tak harapkan balasan atas pertolongan yang dihulurkan tapi kecewa rasanya bila terkena..

 
StatusHati: Sejarah tetap tinggal sejarah tapi ianya boleh berulang dengan izin dariNYA.



Wednesday, December 30, 2015

Atok Asam Pedas Sungai Sembilang di Jeram, Kuala Selangor


Atok Asam Pedas..
Lama dah aku tak makan dekat sini..
Kali terakhir aku makan di sini waktu menghadiri kenduri kahwin member sekolah dulu di SINI..



Kedai Atok Asam Pedas ni di tepi selekoh berdekatan dengan Pasar Nelayan Sungai Sembilang, Jeram..



Di sinilah kami selepas penat melayan kerenah anak-anak di SINI..


Set lengkap Asam Pedas..


Asam Pedas Pari dan Cencaru menjadi pilihan tekak gedikku..


Tapai pulut.. aku siap tapau lagi..


Pemandangan dari hadapan kedai..
Aku makan di sebelah tepi kedai tu dekat deretan kereta tu..
dekat bawah pokok.. nyaman je rasa..
Blogger Kakcik Seroja, DaddyZiyyad dan Bujal juga pernah makan di sini..


Pemandangan depan sikit dari kedai Atok Asam Pedas..


Jumpa Pasar Nelayan ni, jumpalah kedai Atok Asam Pedas tu..



StatusHati: Better regret something you did, instead of something you don't even try. At least, you know the answer..



Tuesday, December 29, 2015

Restoran Steamboat baru..?


Kambing bakar in d house..
Ditambah pulak set steamboat homemade..
Kita makan dekat ruang tamu je.
Malas nak buat sesi pembakaran terbuka depan rumah.
Sambil makan sambil hadap tv sambil chit chat with family..
Tak payah pergi kedai.. jimat banyak.. juga selesa.


Set steamboat sup biasa dan tomyam..

Kambing bakar in d house..


Dalam takut dalam risau berat badan naik, makan tetap bertambah..
FIL sampai geleng kepala tengok aku makan sesaje..
Entah kenapa, balik kampung kali ni aku seolah-olah balas dendam dengan makan apa yang aku suka.. takde pantang macam biasa..
'Makanlah lagi.. nanti besar macam gambar yang abang send hari tu..' Hubby pulak menyakatku..


StatusHati: Setia.. Perkataan yang senang untuk disebut tapi sukar untuk dilaksanakan..



Baby montel akan disukai ramai tetapi ibu montel..?


Baby montel akan disukai ramai tetapi ibu montel..?
Untuk nampak cantik dan mantap di mata suami bukan sedikit usaha dilakukan..
Sedar tu dah lama tapi baru kini nak mulakan..

Selain pakaian, isteri juga perlu menjaga makanan.
Jangan makan ikut nafsu tetapi makanlah dengan berhemah.
Jika makan ikut selera, tubuh tidak akan terjaga.
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan tubuh merendang.
#Buku Motivasi.


Aku perlukan lakukan sesuatu.. takkan sekadar berharap tapi tiada usaha..
Takkan sekadar teringin tapi 'nantilah..' 'esoklah..'
Paling menarik hingga terlintas di hati..
'Tunggu waktu berpantang nantilah..'
Tapi lepas pantang menggebu balik lemak di badan..

Cemburu tengok body kawan-kawan yang kurus..
Akhirnya.. aku nekad..
Perlahan-lahan aku mulakan dengan berjogging.. kisah di SINI..

Kemudian aku cabar diri aku sendiri.. nak slim takmo gemuk..
Dalam masa yang sama berkawan pulak dengan group 'geng mental'..
Atas semangat dan sokongan mereka.. Alhamdulillah.. aku berjaya..
Satu kejayaan yang bukan sedikit dan aku bangga dengan usaha tersebut.

Bermula dengan usaha di SINI..
Namun usaha itu terhenti seketika gara-gara dak Adik dimasukkan ke hospital..
Tapi bila tengok permulaan hasil agak membanggakan.. kenapa tidak aku teruskan. Body Mas Index (BMI) dan perkataan Overweight pulak buat aku ngeri. Berjuang dan terus berjuang hingga berjaya turunkan sebanyak 15.1 kg.. di SINI..

Kini..
Aku berjaya menempatkan diri bersama mereka dalam kategori BMI yang normal..
Please.. tolong pergi jauh-jauh ye Encik Overweight.. tolong jangan kembali..!



StatusHati: Nak maintain tu yang susah..



Monday, December 28, 2015

Ibu halau ke..?


Bangun pagi..
Soalan pertama yang keluar dari mulut dak Nuha..

'Eh!Cockroach mana..?'
'Dah balik..'
'Ibu halau ke..?'
'Takdelah.. bapak dia panggil balik.'
'Ooo..'

Gara-gara dia nampak lipas terbang malam tadi..
Lipas tu elok pulak dok dendiam dekat langsir rumah.
Lepas tu tanya aku mana cockroach tu pergi.. huhuhu..

Dak Kakak pulak, celik mata tanya babah mana..
Haila anak.. babah jugak dicarinya..
Dak Adik, terkebil-kebil lagi atas katil.. takmo bangun..

Hari ni.. aku cuti.
Cuba untuk rehatkan diri..
Menenangkan diri menahan rasa sakit pinggang..
Apa-apapun moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA..


StatusHati: Kau rasa..?


Saturday, December 26, 2015

Orang gajiku bercuti


Aku dah selamat sampai di kampung malam tadi..
Terus menjamu selera di majlis doa selamat rakan hubby..
Ok.. aku mengaku terasa sendat perutku..
Dari pagi asyik dengan aktiviti makan..
Tengahari semalam dok layan ayam golek homemade..
Malam tadi layan BBQ..
Hari ni..
Menangis tak henti-henti tekak dan perutku..

Ni.. aku balik kampung, sunyilah rumahku..
Orang gajiku boleh rileks goyang kaki..
Kalau tak.. asyik kena dera je, non stop buat kerja..
Tapi bagus jugak, sesekali dapat jimatkan bil elektrikku yang semakin mencanak naik tu..
Orang gaji a.k.a peralatan elektrik di rumahku..


StatusHati: Aku masih di sini..


Friday, December 25, 2015

Jumaat terakhir bagi tahun 2015


Aku nak gunakan masa yang ada dengan melakukan perkara yang baik-baik dan menggembirakan..
Apa yang patut disambut dengan gembira, kita gembira habis-habisan sebab bukan mudah nak gembira..
Nikmatilah kegembiraan yang bukan mudah nak dapat tu..
Hari ni hari kita.. Esok belum tentu untuk kita..


Hari ini..
24 Disember 2015 merupakan hari Jumaat terakhir bagi tahun 2015..
Moga Jumaat terakhir ini meninggalkan kenangan manis yang bukan sedikit buat kita semua..
Moga Jumaat terakhir ini memarakkan lagi rasa sayang, cinta, rindu kepada mereka yang menjadi kesayangan..

Bila aku dah berkata.. aku akan kotakan..!
Bila aku dah berjanji.. aku akan tunaikan..!
Bila aku dan melangkah.. aku takkan berpaling lagi..!

Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri.. Adakala ia bersamaku, adakalanya ia menentangku!


StatusHati: Wahai hati, berilah ruang untuk aku tempatkan keikhlasan ini..


Thursday, December 24, 2015

Dedikasi buatku Ayah


The only man never ever hurt my heart is My Father..

Dedikasi buatmu Ayah..
Ayah seorang yang pendiam.. tak banyak cakap..
Ayah bukanlah berjawatan tinggi, hidup sederhana..
Ayah bukan jenis suka memukul anak-anak..
Ayah sangat penyabar orangnya..
Ayah banyak memendam perasaan..
Ayah pandai menyimpan masalah jauh dari pandanganku..
Tak pernah kudengar ayah merungut apatah lagi meninggi suara.. 


Zaman Kanak-kanak..
Aku tak rapat dengan ayah.. ketika itu aku tinggal di kampung..
Ayah hanya dapat pulang sebulan sekali menjenguk aku dan adik di kampung.. 


Zaman Remaja Purba..
Aku semakin mengenali ayah..
Walaupun ayah tak tunjukkan kemesraan pada kami tapi kasih sayang ayah tak pernah terbahagi..
Ayah yang melayan kami seadanya..
Ayah yang sesekali suka mengusik menyakat kami..
Teringat waktu aku demam panas..
Pukul 2 pagi ayahlah yang bawa aku ke klinik untuk dapatkan rawatan..
Ketika itu hanya motor nadi pengangkutan utama ayah..


Zaman Mak Budak..
Inilah permulaan kehidupan..
Barulah kutahu bagaimana susahnya hidup bersama dengan lelaki lain..
Betullah kata orang tua..
'Selepas berkahwin barulah hijab sebenar pasangan terbuka'
Bila dah ada anak.. barulah kutahu bagaimana susahnya ayah mencari sesuap nasi untuk kami dahulu..
Barulah kutahu 'bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah..'
Aku paling suka mengusik ayah dengan meminta beliau mencium pipiku..
Dan hanya ayahlah satu-satunya lelaki yang tak pernah menyakiti hatiku..
You are my real HERO Ayah..



Buatmu ayah..
Terima kasih ayah..
Terima kasih kerana membesarkan aku dan adik..
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami..
Terima kasih kerana menjadi wali kepadaku..




StatusHati: Ayah.. along rindu.. rindu sangat-sangat..



Wednesday, December 23, 2015

Mee Jawa JJ Manis Meletop


Sambungan kisah dari SINI..
Habis program hari pertama, kita sambung hari kedua pulak..
Sebelum aktiviti diteruskan mohler kita brunch dulu (breakfast + lunch)..
Kali ni hubby pilih kedai makan Mee Jawa JJ Manis Meletop di SINI..

Pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3.
Sebenarnya dekat area Jalan Paip menghala ke Puncak Alam memang banyak kedai makan dan kedai makan ni salah satu darinya..
Sebelum ni biasa lalu di kawasan ni tapi tak pernah teringin pun nak singgah makan; kali ni dengan family SIL kami makan di situ..




Bersebelahan dengan Surau Darul Amin
Kariah Kg. Mohd Shariff, Jalan Paip Meru 41050 Klang, Selangor


Pilihan hubby - Lontong bersama paru dan sotong.
Aku bagi 3/5 bintang..

Mee Jawa JJ Manis Meletop
Aku bagi 4/5 bintang, cuma udang kurang segar - overall not bad.


Nasi lemak pilihan dak Kakak dan dak Adik..
Masa order ni dak Kakak dan family SIL belum sampai lagi..


Sup Tulang Herba + nasi putih pilihan dak Adik..
Tercipta sejarah dak Adik makan sebanyak ini..


Dak Adik share dengan babah..


Berdekatan kedai tu ada beberapa banner macam ni
Tak susah pun nak mencarinya.. ditambah pulak bersebelahan pula dengan surau


Lepas makan, barulah kami membeli keperluan sekolah anak-anak..
Pelbagai kerenah.. sorang nak macam tu.. sorang nak macam ni..
Antaranya macam dekat SINI..
Tu belum kira rengekan dak Nuha lagi..
Anak-anak puas dapat apa yang diinginkan..
Tinggal nak bayar yuran persekolahan awal Januari je nanti..



StatusHati: Yankee Oscar Uniform.. kite rindu..


Kedai Kasut Bata


Aku takde spesifik tempat nak beli keperluan sekolah anak-anak.
Mana dan.. mana sempat.. mana berkenan je.. rezeki kedai tu lah..
Kali ni beli kasut sekolah dekat Kedai Kasut Bata di Jalan Kapar, Klang..
Sekarang macam-macam design yang ada..

Dari awal dak Kakak dengan dak Adik nakkan kasut sekolah bertali..
Oklah.. kita tengok dulu ye.. kalau ok dan harga tak mahal, kita beli..

Pilih punya pilih..
Dak Kakak dapat sepasang..
Dak Adik tak dapat sebab takde size..
Puas pujuk takmo juga, nak jugak yang bertali..
Geram punya pasal, semua kasut yang bertali aku suruh dia cuba..
Akhirnya terpaksa juga dia mengalah tapi tetap jugak takmo kasut yang aku berkenan..
Fuh.. dak Adik.. satu-satunya anak lelakiku yang keras hati..
Susah nak tukar pilihan dia dari A ke B..

Den bokonan kasut upin ipin, anak den tak nak pulak..
Huhuhu.. ni sapo yang nak sekolah sobona eh..? Omak ko anak..?



Dalam kita dok leka memilih kasut untuk dak Adik, dak Nuha datang tarik baju kita tunjuk kasut yang dia berkenan..
Sudahnya hubby uruskan dak Adik, dak Kakak layan dak Nuha..
Aku..?
Tunggu je kat depan kaunter..
Dah habis pilih, jom bayar..


StatusHati: Bila rindu ku whatsapps dirimu..


Tuesday, December 22, 2015

U WE Glow Fun Run 2015 at Stadium Shah Alam



Penutup larianku bagi tahun 2015..
Bertemakan 'Glow as One Nation' berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam pada 19 Disember 2015, malam Sabtu lepas..
Pendaftaran awal adik ipar yang uruskan di SINI..
Event Organizer by Lab Anchor  & YDL Global Events..

 'Takde kerja lain ke..?' teguran abah mertuaku..




Persiapan giat dilakukan..
Gambar sumber FB..

Camera tak bawak, apatah lagi monopod.

Nampak macam konsert tapi sebenarnya tengah warm up sebelum larian..
Gambar sumber FB..

Ada banyak design tapi dari mula kat sini jelah kami bergambar..


Tak perlu nak ayu sangat..
Ada 5 check point pancuran air UV Paint Colours menanti semua peserta..


with my adik ipar..



No. Peserta.. tak cukup bertuah atas nombor ni..


Sebahagian dari race kit untuk tiap peserta..


Calendar 2016 tu cantik.. ai like..


Motif utama.. nakkan medal ni je.. kihkihkih..
 Ada banyak lagi gambar dari photographer Rany Tan di SINI dan SINI..



Walaupun stamina takde tapi not bad.. 5 km je..
Alhamdulillah masih ada kudrat.. masih fit lagi macam atas katil.. kihkihkih..
Cabutan bertuah..?
Hadiah menarik tapi nombor aku tak cukup bertuah malam tu..
Aku duduk jauh dari pentas utama..
Tak mahu berada dalam kelompok yang syok bermain air UV Paint Colours..
Takut mudah lupa diri.. dan yang penting takmo basah..



Memang mandi dorang malam tu..
Amber Chia kuyup dorang kerjakan..


StatusHati: 'Fun Run event' yang boleh kumasukkan dalam wish list 2016..


Monday, December 21, 2015

Sup Haji Abu di Jalan Doraisamy, K.L


Sejak balik dari urusan kerja + bercuti bulan lepas, terasa semakin hilang arah..
Banyak entry tertunggak belum sempat di publish..
Sibuk.. komitmen rutin harian perlu diutamakan..

Sementara tu.. ni kisah minggu lepas..
Hubby mula tunjukkan tanda-tanda tidak sihat sejak Rabu lepas..
Aku risau bukan apa.. takut jadi macam dekat SINI..
Nak pulak hubby jenis jarang sangat sakit.. sekali kena, teruk..

Jumaat petang tu, aku balik kerja tengok hubby terbaring tak larat..
Alahai sedihnya bila dak Nuha dalam nada pelatnya bagitahu 'Ibu.. babah sakit..'
Tak dan rehat, terus kupaksa hubby ke klinik..
Dapatlah suntikan manja dari doctor peribadi hubby.. kihkihkih..
Doctor Azrul senyum je melihatkan kerenah aku mengambil gambar..
Gambar rare tu, bukan senang nak dapat..

Malam tu jugak kami balik kampung.. apa-apa hal dah dekat dengan hospital.
Mak mertua ku bagitahu 'demam budak nakal.. memang macam tu..' miahahaha..
Penat.. tapi kuatkan semangat jelah.. tu baru sikit dugaan yang aku dapat..
Menariknya orang demam ni selera pelik-pelik.. tapi kugagah layankan aje..
Malam tu jugak adik-adik hubby temankan kami pekena sup Haji Abu di Jalan Doraisamy..


Pelbagai pilihan sup yang ada..
Kami cuma pilih sup ayam, kambing, perut dan urat.
Pakej bungkus bawak balik untuk my FIL..


Dah makan, macam biasa.. kemas susun letak setempat..


Sabtu pagi pulak..
Nasi lemak homemade by my MIL..
Balik kampung mana leh diet.. kihkihkih..



StatusHati: Saya jaga awak elok-elok kalau awak jaga saya elok-elok..



Saturday, December 19, 2015

Muntah Darah terus macam ni


KEPERCAYAAN..
Satu perkataan yang sangat berdarah hidung mendengarnya..

KEMAAFAN..
Satu perkataan yang boleh buat muntah darah menyebutnya..
Kau tak rasa sesuatu di situ ke..?

KESETIAAN..
Satu perkataan yang senang disebut tapi sangat sukar untuk dilaksanakan..
Mudah sangat berjanji tapi at the end..?

Sekilas ikan di air..
Kadang-kadang kesimpulan bukannya kepastian kepada jawapan..
Pahit untuk ditelan namun itulah hakikatnya..

Sometimes my heart needs more time to accept what my mind already knows..


StatusHati: Kau buat aku jadi begini..


Friday, December 18, 2015

Dinosaur at Setia City Mall


Bulan Disember adalah bulan membeli-belah keperluan anak-anak untuk kembali ke sekolah atau bahasa kampungnya Back To School..
Memandangkan cuti rehat masih banyak lagi, jadi marilah kita menggunakannya..
Kelmarin dan semalam aku bercuti hanya untuk urusan anak-anak..
Juga mengambil kesempatan window shopping dan jalan-jalan cari makan..
Bersama SIL dan family kami bersama-sama gedik santai dua hari tu..


16 Disember 2015 (Rabu)..
Urusan pembelian buku sekolah anak-anak di sekolah..
eemm.. ada je stok buku belum sampai.. kena tunggu buka sekolah baru ada..
Manakala urusan berkaitan yuran awal tahun 2016 nanti..

Dah alang-alang cuti kan.. moh ler kita menggembirakan anak-anak..
Dak Kakak dengan dak Adik dah puas berjalan sebenarnya mengikut my SIL bercuti baru-baru ni..
Dak Nuha dok merengek..'bosan.. bosan..'
Maka.. moh ler kita ukur jalan dik..

Maka..

Setia City Mall memanggil kami datang..


Pagi.. waktu kerja pulak tu.. manalah nak ramai orangnya..
Rileks santai je berjalan.. kepala pun tak serabut..


Bukan tengok pun movie ni.. hanya beli Star Wars Limited Edition tu je..
Movie Star Wars ni semalam 1st day tayangannya..


Gambar bawah: Pemandangan sebelum tengahari..
Gambar atas: Pemandangan waktu petang..


Bersama-sama family SIL kami menonton wayang sebelah petangnya..
Tak dapat tengok Star Wars.. dapat ambil gambar pun jadilah..


Movie pilihan dak Kakak dan sepupunya..


Dak Nuha yang mula-mula takut nak bergambar..



Kami dok couple seat, anak-anak dok depan kami.. senang nak pantau..
Kali pertama bawa dak Nuha tengok wayang..
Penat duduk, berdiri pulak.. penat berdiri nak beriba pulak..
Nasib baik dia tak  jerit nak susu.. kehkehkeh..


Singgah makan di KFC, melayan tekak anak-anak..


Bersantai tengok air pancut di luar Setia City Mall..
Duduk sebaris hadap air tu..
Takdan nak ambil gambar dorang, bateri handphone habis..


Selesai hari pertama..
Nanti aku sambung kisah semalam pulak..


StatusHati: Terlalu banyak cerita yang kau tinggalkan saat bahagia denganmu..


Selamat Hari Lahir my Adik


Pahit getir hidup dan pengorbanan..
Susah senang tak siapa yang tahu..
Sejauh mana dirimu berkorban..
Sejauh mana dirimu bertahan..
Teruslah bertahan dan bertahan..


Satu-satunya.. the only one..
My litle sister..
Selamat Hari Lahir dik..
Happy Birthday to you..
Moga adik sentiasa di bawah lindunganNYA..
Moga adik dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian..
Sehebat mana pun kita.. usaha kita takkan berjaya tanpa izin dariNYA..


StatusHati: Nak dapatkan sesuatu bukan mudah, dah dapat pun bukan mudah. Who dares win..!!


Thursday, December 17, 2015

Hilang sekelip mata..!


Dalam hidup ini..
Adakalanya tak memerlukan kita membongkar sejarah silam..
Mungkin ia lebih baik dibiarkan tertutup.
Sejarah boleh menyakitkan bagi yang kalah tapi sejarah menjadi hebat bila ia ditulis oleh orang yang menang..
#SumberNovel


Setiap dari kita punyai masa silam..
Masa silam adalah sejarah..
Aku tak suka nak mengungkit sejarah..
Bagi aku.. mencipta sejarah adalah lebih baik dari mengenang sejarah..


StatusHati: Kadang-kadang apa yang kita ada boleh hilang sekelip mata..


Wednesday, December 16, 2015

Kenangan Hari Kedua di Sarawak


Lama rupanya ku peram kisah Sarawak ni..
Meh kita sambung kenangan yang tertinggal di Sarawak di SINI..

Program yang aku hadiri ini adalah berbentuk Program Kemasyarakatan dan melawat tempat yang menarik di sekitar Kuching Sarawak selama 4 hari 3 malam..


Hari kedua di Sarawak..
Corporate Social Responsibility (CSR)..
Kami telah memilih Rumah Kanak-kanak Kuching sebagai aktiviti CSR.
Namun demikian, atas sebab-sebab keselamatan penghuni rumah berkenaan, segala gambar tidak boleh dikongsi.



Kesemua aktiviti berlangsung di dalam dewan..
Hujan lebat di luar tapi acara dalam dewan pun tak kurang hebat..
Pada yang kali pertama melihat pasti sedikit rasa 'culture shock' melihatkan kerenah mereka tapi semuanya masih dalam kawalan pihak pengurusan..
Disiplin dan rasa hormat tetap ada dalam diri mereka..

Hujan mengiringi kami dari hotel penginapan hingga ke Rumah Kebajikan ini.
Berterusan hingga ke akhir program termasuk kat mata kami semua..



Kemudian, aktiviti diteruskan pada sebelah petang..
Sarawak River Cruise..
Pengalaman pertama menyaksikan terbenamnya matahari..
Keadaan cuaca bukan dalam keadaan terbaik tapi matahari tetap ada di sebalik awan..


 Ada welcome drink sepanjang menikmati pemandangan dari Sarawak River Cruise..


Subhanallah..


Atas.. pemandangan dari bilik penginapan..
Tengah.. Subhanallah cantik pemandangan itu..
Bawah.. Kenangan menyelusuri Sungai Sarawak..


Gambar atas kapal tu banyak sebenarnya tapi aku malas nak letak watermark..

Habis sudah hari kedua dan bersambung lagi.. di SINI..



StatusHati: Terasa 'kehilangan' dengan entry Sarawakku ini..


Tuesday, December 15, 2015

Permainan Tarik Upih


Dulu..
Waktu aku tinggal dengan arwah Wan di kampung, permainan Tarik Upih ni antara permainan favourite aku dan adik.
Pelepah kelapa yang dah tua jatuh ke tanah menjadi pilihan..
Biasanya aku tukang tarik sebab nak tunjuk kuat.. kehkehkeh..
Budak lain main permainan masak-masak, aku lebih suka melasak..
Bapak saudara aku layan aku dan adik macam budak lelaki.. melasak je kerjanya..

Dulu mana ada gadjet canggih, nak selfie atas pelepah kelapa tu pun takde camera.. hanya imbasan memori menjadi kenangan..
Terfikir.. anak-anak belum pernah merasa permainan ni.
Tinggal dalam hutan batu, celah mana nak carik..


Tapi..
Baru-baru ni.. dak Nuha dapat idea macam mana cara nak main Tarik Upih.
Main dalam rumah, tak payah susah-susah tarik pelepah kelapa kat luar rumah.
Kesian, main sorang-sorang sebab dak Kakak dengan dak Adik dekat kampung.
Sendiri tarik, sendiri tolak dengan mengesot sikit demi sikit..
Tak sempat pun aku nak abadikan moment masa tu..


Inilah dia 'pelepah kelapa' dak Nuha..


Pandangan dari atas..

Ini rupa bentuk sebenar 'pelepah kelapa' tersebut.


Kreatif kan..?
Tak kusangka, anak patung ni boleh dijadikan permainan 2 dalam 1..
Pembekal produk permainan ni should be proud sebab dak Nuha telah memvariasikan menjadi permainan tradisional tarik upih.
Good idea Nuha.. tumbesaran otak berkembang dengan baik..


StatusHati: Memori bersamamu takkan luput kecuali hilangnya ingatan..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...