Followers Remaja Purba

Monday, May 26, 2014

Kisah antara Selangor.. Cadbury.. dan Piala Thomas..



Kisah satu:
Malam Sabtu lepas berlangsungnya perlawanan bolasepak antara Selangor vs Johor DT di Stadium Shah Alam..
Aku cuma sempat jeling tengok je game tu..
Masa ni aku kat rumah atok sedara.. jemputan makan meraikan hari lahir 3 orang anak beliau yang lahir pada bulan yang sama..
Kemudian adik ipar dan isteri serta akak ipar dan keluarga datang rumah.. sebab adik hubby request nak makan spagetti..
Lepak, borak sambil makan hingga tengah malam..




Kisah dua:
Cadbury..??
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi.
Dua produk adalah Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond.


Sementara itu satu kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Dato' Othman Mustapha..


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu penemuan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury ; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 pada esok, 26 Mei 2014
Maklumat lanjut boleh layari di SINI..




Kisah tiga:
Perlawanan akhir Badminton Piala Thomas peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki berlangsung di New Delhi, India malam tadi.. 25 Mei 2014.. di mana perlawanan di antara Malaysia dan Jepun menyaksikan Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun..

Kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun ini merupakan edisi yang ke – 28 bagi tahun 2014 dengan disertai oleh 16 negara dan dibahagikan kepada empat kumpulan.. DAN penantian selama 12 tahun bagi pasukan Malaysia tewas lagi untuk tahun ini.

Namun demikian, pasukan Malaysia telah mencuba yang terbaik bagi negara.. Tahniah buat mereka walaupun kalah kepada Jepun..
Tahniah juga buat pasukan Jepun kerana berjaya membawa pulang Piala Thomas..
psstt: Lagi dua tahun Piala Thomas tu pulangkan balik kepada Malaysia tau..





psstt: Esok hari terakhir sekolah sebelum Cuti Sekolah Pertengahan Tahun bermula dari 28 Mei - 15 Jun 2014.. Selamat Bercuti buat anak-anak semua..


8 comments:

  1. byk kan makanan yg shubhat skang ni...menakutkan... cadbury tu feveret tu..

    ReplyDelete
  2. tak sabar dgn cuti sekolah...takde jem!

    ReplyDelete
  3. game badminton yg sangat best sbb main penuh semangat hingga ke last player, last match, last set & last few minutes...

    ReplyDelete
  4. Hari ini hari terakhir persekolahan di Kedah. Esok cuti israk mikraj, lepas tu terus sambung cuti sekolah....

    ReplyDelete
  5. Esok dah start cuti kat johor...sbb israk mikhraj. Haha..takyah iron baju anak...kurang sepasang..

    ReplyDelete
  6. sedih kan..ingatkan kali nie dpat jugaklah merasa kemenangan setelah sekian lama...hmmmm

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...