Followers Remaja Purba

Tuesday, January 5, 2010

Hari Pertama sekolah

04 JANUARI 2010

Pagi:
Excited. Moga semuanya berjalan dengan lancar, amin.


hari pertama sekolah dah merajuk tak nak kawan-kawan.


Sementara nak tunggu Kakak Irah habis untuk sesi pertama, sempatlah aku beli barang sikit.


Petang:
Hubby hantar kereta ke bengkel, aku dengan anak-anak tidur kepenatan.


Malam:
Lewat petang sampailah tengah malah aku mulakan projek balut buku sekolah kakak. Naik lenguh badan, itupun ada 4 buah buku dia tak berbalut lagi, tak perlu balut pun tak apa tapi kakak Irah nak jugak. Aku pujuk esok jelah aku balut, nanti kakak bagitahu cikgu buku yang belum balut kakak nak balut dulu, barulah dia diam.


kakak dengan buku-bukunya



*******************************************************


UPDATE:
05 JANUARI 2010 (Selasa)

Balik kerja:
Kat rumah pengasuh lagi, kakak dah tunjuk buku yang belum berbalut tu, lurusnya anak aku ni, aku ingatkan dia dah serahkan semua buku dia tapi tidak.

Kat rumah:
Sambung balut buku kakak, dah habis baru puas hati dia.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...