03 JANUARI 2010
Pagi:
Lokasi: Sekolah kakak: Urusan pendaftaran dan seterusnya bayar yuran, sekolah kakak dah tukar tempat, nanti merasalah belajar tempat baru suasana baru.
Kat sekolah kakak Irah
Settle urusan di sekolah Kakak, cadang nak terus balik rumah tapi bila dapat msg dari k.Yanz terus jadi teruja nak join.
Petang:
Lokasi: Pantai Remis.
Sebelum tu sempat singgah rumah ambil bekalan sepatutnya, lagipun lokasi mesti lalu juga rumah aku dulu.
K.Yanz memang dah sampai dan tunggu masa nak bakar kerang je. 5 kilo kerang k.Yanz beli untuk kitorang menjamu selera. Aku bawa perut je. Ammar pulak meragam nak mandi laut.Nak tunggu air pasang pun lambat lagi.
Sepetang kitorang kat sana, melayan kerenah anak-anak sambil makan. Tengah seronok berjalan ditepi pantai, hujan pulak, rasanya kalau tak hujan mahu sampai ke petang kitorang kat sana, akhirnya terpaksalah beransur awal.
Pemandangan panas berangin lagi berbahang walaupun lepak bawah pokok, terasa bahangnya, ketika masih panas belum hujan.
Muka baru bangun tidur.
sambil main sambil menunggu kerang yang sedang dibakar
menu utama
Tempat berkumpul
Adik yang nak mandi laut, penat pujuk pakai semula baju tu, hubby pulak nak tidur kena angin laut dan kekenyangan.
Malam:
Tidur awal - esok kakak dah start sekolah.
No comments:
Post a Comment