Friday, January 28, 2022

Selamat Hari Lahir buat MakBudak 28.01.2022


Jumaat terakhir bagi bulan Januari

Hari ini..
28 Januari 2022
Happy Birthday to MakBudak..

Berbunga-bunga hati bila dapat suprise macam ni..
Masuk kerja tengok dah ada terletak elok depan mata..

Kim Taehyung BTS

Selamat Hari Lahir buat MakBudak
Usia masih kekal di terowong masa RemajaPurba 🤭


Sesuatu yang datang dengan mudah tidak selalunya bertahan lama..
Sesuatu yang mampu bertahan lama tidak selalunya datang dengan mudah..

HATI..
Bantulah aku menjadi seorang yang kuat, walau aku dah semakin penat.
Bantulah aku agar empat penjuru bahagia itu tidak retak bercalar-balar..

Terima kasih atas doa dari semua..
Moga doa-doa tersebut berbalik kebaikannya pada semua..

#RemajaPurba: Tak sabar nak bukak hadiah yang ada..

Thursday, January 27, 2022

JUALAN Buku Sekolah


JUALAN Buku Sekolah di SKBK dak Nuha

Buku tulis, buku aktiviti, alat keperluan sekolah bagi sesi persekolahan Tahun 2022 boleh didapati di kedai buku sekolah mulai 17 Januari 2022.

Pembelian boleh dibuat pada:
Isnin hingga Jumaat (8:30am - 4:30 pm)
Sabtu (9:00 am - 2:30 pm)
*Cuti Umum dan Raya Cina tutup

Alhamdulillah, petang semalam selesai pembelian buku di SKBK dak Nuha, masih ada lagi dua sesi persekolahan belum dapat maklumat berkaitan. Apa-apa pun lega sikit dah beli, takut kalau lambat, stok buku habis pulak.

#RemajaPurba: ... 

Wednesday, January 26, 2022

Ibu Mertua kena Tinggal

 
Pagi tadi.. 
Hadap jalan jem yang dah lama tak ku hadap. Lenguh weh kaki dibuatnya. Waktu itu aku dalam perjalanan ke rumah mertua untuk membawa myFIL n myMIL ke PPV di situ bagi temujanji pemberian booster dose.

TAPI..
Disebalik semua itu, DIA mudahkan urusan kami di PPV di situ. Bertambah mudah bila doctor and staff bertugas sanggup datang ke parking kereta untuk suntikan tersebut. Kebetulan tiada wheelchair untuk myMIL masuk ke dalam dewan PPV di situ. 

Sementara itu, aku diminta masuk ke dalam dewan bagi melengkapkan proses pemberian booster dose tersebut. Sekejap je dah selesai dan tak sesia aku mengadap jalan jem pagi tadi. Ada hikmah disebaliknya.

Syukur Alhamdulillah walau ada kisah lucu sebelum ke PPV di situ. Dari rumah sebelum bergerak ke PPV di situ myFIL bertanya..

Abah: Dah masuk dalam kereta dah? 
Aku: Dah Abah..
Sekali lagi Abah tanya, rupanya soalan tu untuk myMIL.. 🤣🤣🤣 
Abah: Mana mak? 
... krik krik.. 

Abah: Mak kau dah siap lepas Subuh nak pergi sekali tapi kena tinggal..
Macam manalah aku boleh tertinggal myMIL dekat rumah weh.. 🤦‍♀Apa-apapun selesai sudah semuanya.

Booster dose AtoZ diterima oleh MyFIL n myMIL.  Gemifai kita geng kan en. Hubby..

#RemajaPurba: tersenyum sendirian..

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...