Monday, July 31, 2017

Kalau nak ikutkan perangai Syaitan Laknatullah..


Pengalaman mematangkan fikiran tapi ada yang tak matang dalam tindakan..

Aku perhatikan je..
Kalau orang lain punya hal bukan main lagi kau maju ke depan.. seolah-olah kaulah paling hebat dalam menyelesaikan masalah.. tapi apa yang aku nampak hanyalah menambah masalah.


Ni.. Mai aku nak cakap sikit.. jaga sikit perangai kau tu.
Aku sikit pun takde hal dengan kau.. dah kenapa kau pulak yang over gedik lebih. Kalau tak puas hati mai datang berdepan cakap depan aku. Jangan hanya berani gedik belakang aku. Kalau aku salah.. takpe.. aku sendiri akan mengaku tapi satu je nasihat aku sebelum kau nak up kisah itu ini dalam mana-mana media sosial; jaga dulu kain sendiri.. jahit dulu mana-mana bahagian yang koyak sebelum nak tolong jagakan kain orang lain.


Aku malas nak bising-bising sebab ada hati yang perlu aku jaga..
Kalau nak ikutkan perangai Syaitan Laknatullah tu.. aku dah ambush kau dah. Memang terang, nyata dan jelas kekecohannya nanti. Belum pernah dalam sejarah aku mengamuk.. kau nak tengok ke..?


Ni sekali lagi aku nak ingatkan.. jangan nak cuba-cuba jolok sarang tebuan yang manis mewangi ni. Takut nanti bengkak lebam dikerjakan dek tebuan tu. 


Lah.. Kau terasa..? Chill lah.. Aku tak sebut pun nama sesiapa dalam ni. Aku tak main tuju-tuju ni. Kalau aku nak, aku terus jumpa tak pandang belakang dah. Buat apa nak main 'lempar batu sembunyi tangan' kan..



StatusHati: Jangan dilayan titik-titik hitam yang cuba mengganggu rutin harian..



Monday, July 24, 2017

Periuk Kera Penutup Syawal Tahun 2017


22 Julai 2017 (Sabtu).

Dari pagi hingga ke tengah malam sibuk menguruskan majlis rumah terbuka yang dirancang agar berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. urusan chef Hubby dipermudahkanNYA. Kalau beliau tak ada, siapa pulak nak masak menu untuk majlis tersebut kan.

Alhamdulillah juga, kawan chef Hubby turut datang membantu. Dalam tak sihat mereka satu family sanggup datang dari Puncak Alam. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka. Tak lupa juga buat nenek dan atok yang datang dari rumah di P.J.


Periuk Kera ni aku ambil dari kampung bapa saudaraku.
Dekat dua bulan di rumah, itu yang bertukar warna jadinya.


Periuk kera yang telah siap diisi dengan beras pulut.
Part mengukusnya atok pulak yang buatkan dengan mengisi santan ke dalamnya..


Inilah tulang belakang kami sebelum majlis bermula.
Buat kawan chef Hubby tu, moga beliau cepat sembuh hendakNYA.


Selain dari menu utama, kari kepala ikan turut dijadikan hidangan dalam majlis tersebut.


Antara tetamu yang hadir..


Bersama blogger Makchaq..
Terima kasih Makchaq.. tak pernah miss datang ke rumah kami..


Geng dari tempat kerjaku..

Bab bergambar masing-masing memang tak dapat dipisahkan..



DAN..
Satu kejutan pada sebelah malam buat chef Hubby..

Nama Nuha pun ada sekali..?
Kena letak, tak nak bagi dak Nuha merajuk.. kihkihkih..


Nenek pesan beli ice cream, ambil gambar nanti post dekat nenek..
Inilah hasilnya.. lepas kena paksa dek kami..


Terima kasih buat semua yang hadir pada hari tersebut dari petang hingga lewat malam. Maafkan kami andai ada yang kurang.. Kami cuba berikan yang terbaik. Maaf jugak kalau ada yang kami tak terlayan. 




Last but not least..
Kisah di belakang tabir majlis rumah terbuka kelmarin..

Dak Kakak tercedera terkena wap panas ketika cuba membuka penutup periuk yang berisi kambing.


Operasi pembersihan selamat dilakukan oleh Dr. di klinik.
Alhamdulillah luka tak teruk dan takde kulit yang perlu digunting.

'Ibu dulu pernah kena macam ni ke..?'

'Pernah.. tapi takdelah sampai jumpa doktor. Ibu bawa kakak jumpa doktor sebab nak bagi jari kakak cepat sembuh. Kakak kan ada Ujian 2 minggu depan dekat sekolah.' 
 
Buat dak Kakak.. moga cepat sembuh dan sila rajinkan diri sapu ubat pada tempat luka tu ye..



StatusHati: Dah boleh mulakan semula #PerasanSlim lepas Syawal ni..



Wednesday, July 12, 2017

Kena kejar dengan bapak angsa



Dak Adik menyakat itik dan ayam yang ada..
Part angsa tak berani lak dia nak sakat.. kihkihkih..


Dulu..
Aku pun pernah merasa macam ni.. acah-acah main; siap kena kejar dek bapak Angsa garang lagi. Bapak angsa tu memang tak boleh tengok orang lalu depan ia aku rasa, asal lalu je kena kejar.. mencicit weh aku lari selamatkan diri..

Bukan takat tu aje, panjat pokok rambutan, langsat - makan buah atas pokok tu dah biasa. Terjun mandi dalam sungai usah cakaplah.. pantang ada peluang ke rumah paklong aku.. Laju je kaki ke sungai, siap kena hambat balik dek mak aku lagi bila lama nau mandi dekat sungai tak reti nak balik.

Paling win pokok betik; ku panjat sampai ke pucuk yang akhirnya pokok tu patah.. kahkahkah.. kena marah dengan pakcu aku masa tu. Dahlah pokok betik tu yang paling 'cun' masa tu..

Sekarang.. peluang tu ada je sebenarnya.. tapi kalau aku buat.. tu namanya buang tebiat.. kahkahkah..



StatusHati: Nak balik kampung lagi..


AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...