Monday, December 14, 2015
Habis buruk kecut dah..
Sabtu - 12 Disember 2015..
Percubaan demi percubaan akhirnya membuahkan hasil yang sangat membanggakan..
Tahniah buat Pasukan Selangor yang telah memenangi Piala Malaysia buat kali ke 33..
Walau menang tapi keadaan padang yang teruk buat aku tak cukup stim untuk menontonnya.
Dan mungkin sebab tu pasukan Kedah tak mencapai klimaks seperti yang diidamkan..
Ahad - 13 Disember 2015..
Dak Kakak dan dak Adik selamat sudah mengikut my SIL and family bercuti di The Lost World of Tambun..
Huntunglah korang.. tinggal dak Nuha sensorang..
Sementara aku dok menyibuk membantu mengemas barang kenduri.. part ni kalau aku rajin ada masa nanti aku cerita..
Anak-anak jiran dok sibuk mandi kolam..
Dak Nuha tak cukup kental jiwanya.. tak senang duduk nak main air..
Awalnya.. biasalah aku tak bagi, rupanya hati aku yang tak cukup kental..
Bila dah cukup lama dak Nuha mandi, ajak balik pun tak nak, kupaksa sudahnya. Lepas bersihkan diri dia, dalam nada mengusik..
'Habis buruk kecut dah jari Nuha..' Dak Nuha cuba pegang aku tapi aku saje elak..
'eeee.. jangan pegang ibu..' Apalagi bertambah kuatlah dia menangis..
Makin galak aku menyakat dia, 'itulah, padan muka habis kecut dah semua jari..'
'Ibu yang bagi Nuha mandi' ooo.. pandai ye nak salahkan ibu..
'Ibu bagi mandi sekejap je, bukan berjam-jam sampai kecut.'
Tersedu-sedu dia menangis risau jari tangan dah tak cantik..
Kahkahkah.. tahu kau takut ye..
StatusHati: Saja nak highlight.. Selangor cuti..
Sunday, December 13, 2015
Tak cukup Stim..!
Selangor vs Kedah..
Hanya kerana sebuah padang..
Pada aku..
Tak puas menonton kalau padang teruk..
Damn!Serious.. tak puas.. ggrrrr..
Kalau pemain tak handsome takpe, asalkan padang cantik..
Tapi kalau pemain seseksi Luciano Figueroa, itu adalah bonus pada mata nakalku.. kehkehkeh..
Apa buruk bebenor kualiti padang bolasepak negara kita ni..?
Kalau ada peruntukkan, sediakanlah..
Padang cantik, pemain akan jadi agresif, penyokong puas hati..
Dan..
Terima kasih buat pasukan Selangor..
Kerana anda semua.. Selangor mendapat cuti peristiwa esok..
Kerana anda semua.. Selangor mendapat cuti peristiwa esok..
StatusHati: Memori itu takkan mampu kau usir jauh dari ingatan!
Saturday, December 12, 2015
Kalau suami sakit..
Perbualan makcik tengah rewang depan rumah..
Kalau suami sakit, elok terjaga..
Cuba kalau kita yang sakit..
Huh.. bukan nak dijaganya..!
Lagi sibuk nak keluar rumah ye ada..
Alololo.. cian makcik tu..
Ni mesti tak cuba gedik manja dekat suami time sakit..
Krik.. krik..
#miahahaha..
StatusHati: Aku hati-hari gedik manja.. #miahahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.


