Friday, May 22, 2015

DAY 2.. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI dan SINI..

Hari Kedua..
Program diteruskan dengan aktiviti melasak je..
Peserta program dibahagikan kepada 4 kumpulan besar..
Dari 4 kumpulan besar tu dipecahkan menjadi 2 kumpulan kecil..


Warna kenalah yang menarik perhatian.. barulah ceria dan bersemangat..


Kita mulakan dengan senaman ringan..
Ringan tak ringan jugaklah.. pancit sekejap aku rasa..


Tengok gambar ni terasa macam budak sekolah pulak..

Penerengan diberikan oleh jurulatih..
Kena fokus sebab yang nak guna kami semua jugak..

Bekerjasama untuk menyiapkan 2 rakit pelampung bagi setiap kumpulan..


Penerangan diberikan sebelum dimulakan dengan 'water confident'..

'water confident'.. you know what.. masa nilah aku tertelan tersedak air tasik.. kehkehkeh..
Bukan sebab confident tapi sebab memula rasa cuak nak berada dalam air..

Kemudian explorace part I dimulakan..


Dua kumpulan akan menggunakan rakit dari pelampung yang dibuat tadi..

Manakala 3 orang dari setiap kumpulan akan menggunakan rakit buluh..
Tugas mereka ni adalah sebagai perisik a.k.a peninjau untuk mencari di mana letaknya check point..
Manakala rakit pelampung tadi akan mendapatkan point yang telah dijumpai oleh peninjau tadi..


Ni bukan sebab penat tapi sebab tengok dorang baring macam best..
Bila cuba, inilah hasilnya..
Weh.. tak aci sungguh, gambar yang lagi dua orang baring tu takde..
Baru nak viralkan gambar dorang, alih-alih diri sendiri yang terkena..



Dekat tengahari explorace part I ni habis..
Panas usah ceritalah.. dah macam udang kena bakar kulit muka..
Dari 4 check point, hanya 3 kami dapat..
Alasan kukuh.. satu rakit pelampung telah 'cedera'.. jadi tak boleh nak melasak kat tengah tasik tu..
Lagipun tak cukup masa.. kalau kitorang teruskan juga, kena tolak markah..
Dari kena tolak markah, baik balik ke darat..
Kami yang guna rakit buluh siap 'towing' rakit pelampung yang 'cedera' tu balik ke darat..


Pengalaman berada di tengah tasik menggunakan rakit buluh..?
Sangat mengujakan..
Ok aku tipu.. selain dari basah kena air.. yang lainnya banyak bebel.. kehkehkeh..
Kesian dak Ary.. maafkan akak ye.. akak tak marah cuma bebel je..
Aku dok suruh kayuh.. 1.. 2.. 3.. sampai injured dia..
Kesian jugak kat akak yang tengah tu.. dahlah tak berapa sihat, stress dia kat tetengah tu dengar aku bebel.. sampai dia cakap nak tolak aku dalam air.. hahaha..

Apa-apapun satu pengalaman yang berharga dan menarik untuk dijadikan kenangan..
Terasa nak ulang lagi berakit di tengah tasik itu.. namun ntah bila..


Bersambung explorace II.. sebelah petang pulak..



psstt: Rindunya aku pada dirimu..



Thursday, May 21, 2015

Dedo akhirnya..


Nanti aku sambung lagi entry mengenai program yang aku hadiri baru-baru ni..
Belum sempat nak pilih dan edit gambar-gambar yang terlampau banyak tu..
Tak larat.. dah mula dedo sejak balik dari berkursus tu..
Gara-gara tertelan tersedak air tasik tu ler ni.. kihkihkih..

Bertabahlah mak budak..
Rutin harian tetap jua diteruskan..
Juga kembali mencari rentak untuk berjogging..
Yeahh.. itu yang dah berbulan aku tak buat..
Kecenderungan untuk melepak dan makan lebih tinggi dari aktiviti menyihatkan badan itu..

 
Hari ni aku nak rileks sekejap..
Dah lama tak jenguk singgah teratak kengkawan..



psstt: Could you please not move me from your memories..?



Wednesday, May 20, 2015

DAY 1.. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI..

Sepanjang perjalanan, sambil menikmati pemandangan di tengah tasik.. masih sempat selfie dan check line handphone..
Bertabahlah untuk 3 hari 2 malam di situ ye mak budak..


Setiap bot ada bilik tidur, bilik air, dapur dan juga ruang hadapan yang luas..


Rileks dan santai sepanjang perjalanan..


contact number dalam salah satu bot yang ada..


Dah rasa macam pergi bercuti je gayanya..


Akhirnya selamat tiba..
Nampak macam sukar je tapi sebenarnya tak..




Rehat sebelum aktiviti malam dimulakan..


Jadual asalnya petang tu ada aktiviti water confident, berendam dan berenang..
Tapi urusetia memahami semua kepenatan menempuh perjalanan yang jauh, makanya aktiviti tersebut ditunda pada pagi esoknya..

Malamnya diadakan Ice Breaking..
Makin rancak dengan aktiviti yang disediakan.. memang happening..
Hampir tengah malam baru selesai..
Tak sabar nak teruskan untuk hari kedua di mana akan diadakan water confident dan Explorace..
Program di sini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang bersedia menerima tugasan yang diberikan..

Bersambung..


psstt: Jauh.. terbawa lukisan hatimu.. hilang.. mencari di mana kau pergi..




Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...