Tuesday, March 10, 2015
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) again..
Akhirnya..
Menyerah diri juga aku di hospital bagi mendapatkan rawatan..
Kecederaan pinggang yang tiada kesudahan..
Lama dulu.. aku kena.. zaman sekolah aktif bersukan..
Hubby cakap faktor usia..
ops.. abang.. ai muda lagi ok.. Remaja Purba..
Eleh.. sakit sana, sakit sini..
Bukan apa abang.. tu lebih kepada nak bermanja dengan abang..
Rasa sakit ni..
Waktu nak jumpa doctor hilang terus sakit..
Dekat rumah bukan main lagi meragam tak hagak pinggang ni..
Monday, March 9, 2015
Throw back Kerenah dak Adik di PPUM
Kisah sepenuhnya di SINI..
Hari pertama di Wad Pediatrik 8A, PPUM..
Tak ingat hari ke berapa jarum ditukar dari tangan kiri ke tangan kanan..
No handphones.. No games.. No walking around..
Kalau tak blood preasure (BP) dak Adik akan naik mencanak..
Lagi tinggi dari dalam gambar tu..
3 hari pertama, BP dak Adik lingkungan 130 - 156.. sangat tinggi..
Sehari sebelum adik keluar wad, kena pindah bilik dari bilik 29 ke bilik 24..
Dorang nak masukkan pesakit yang kena demam campak dalam bilik dak Adik tu..
Bilik no. 29 tu bilik hujung sekali dalam wad tersebut..
Hari terakhir sebelum dibenarkan balik..
Babah yang dah penat melayan kerenah hyper dak Adik..
Alhamdulillah.. dak Adik semakin baik..
Minggu depan kena datang balik untuk follow up di Pediatric Clinic..
Selepas tu, akan ada sesi temujanji seterusnya di ENT, PPUM berkenaan tonsil dak Adik pulak..
Makanya.. hubby dan aku kena standby cuti jelah..
Hari ni..
Pergerakan aku tak selancar biasa..
Berhati-hati dalam melakukan tugas harian..
Kesan daripada sakit pinggang teruk kelmarin..
Lepas berurut semalam, hari ni agak ok sikit..
Dan esok..
Kalau takde apa-apa aral, PPUM lah tempat ku tuju..
psstt: Cukuplah.. aku takmo berkampung lagi di hospital..
Sunday, March 8, 2015
Kenduri Doa Selamat buat dak adik..
07 Mac 2015.. Sabtu.. 8 pm..
Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis doa selamat buat dak Adik..
Walaupun kecil-kecilan tapi hakikatnya dah macam buat kenduri besar gayanya..
Segala macam barang keperluan hubby keluarkan dari stor penyimpanan..
Pagi nanti masa untuk mengemas..
Tadi dah selesai sebahagian..
Kisah sebelum.. disebalik tabir..
Aku injured again..
Memang tak dapat elak bila tenaga diperlukan..
Dalam keadaan pinggang sebelah kanan yang sakit, kugagahkan jua untuk membantu hubby..
Adik ipar juga banyak membantu selain dari jiran terdekat..
Hubby dah bising aku masih berdegil membantu..
Sampai satu tahap.. dah tak boleh tahan..
Nenek a.k.a pengasuh anak dari P.J urutkan..
Minta maaf nek sebab susahkan nenek..
Datang bertandang tapi kena mengurut pulak..
Jadi..
Inilah sebab tiada sekeping gambar pun dapat aku share..
Nak selfie bagai jauh sekali..
psst: Hujan lebat di awal pagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.




