Tuesday, November 4, 2014

'What ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..'


Jadilah suami yang bijak mengendalikan rajuk isteri.
Orang perempuan ni akal dia singkat biarpun dia cerdik.
Apa yang dia perlukan ialah PERHATIAN.. PERHATIAN.. PERHATIAN..
Jangan cepat marah.
Berfikirlah dengan tenang.
InsyaAllah.. kita akan merasai nikmat kebahagiaan hidup dengannya.
-sumber FB-

Aku send ayat tersebut di atas kepada dia..
'What ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..'

DAN..
Balasan yang aku terima daripada beliau..
"Attention please.. Regards the matter that u mention above.. I will take action ASAP.."

psstt: Ya Allah, permudahkanlah.. Jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan..

Monday, November 3, 2014

Supper di Restoran Syed P.J



Baru-baru ni hubby ajak supper di Restoran Syed P.J.
Memandangkan teringin nak makan roti cheese naan macam yang aku makan kat RSMY Danau Kota hari tu.. maka aku cuba untuk realisasikan anak tekak yang gedik ni. Sebenarnya jarang kami outing lewat malam semata-mata nak pergi makan macam ni.. tapi sesekali keluar, seronok jugak..



Orang sibuk pilih menu, dia pun sama..


Rotinya.. bolehlah..



Tapi takpelah.. banyak je menu lain tapi sebab dah tengah malam.. takdelah kami nak makan yang berat-berat. Dak Nuha pun bukan nak makan sangat, lebih kepada nak main-main. Habis makan,  ditambah dengan dak Nuha dah mula nak turunkan ilmu tantrum dia tu.. baik beredar..

Kenyang makan, balik rumah.. apalagi.. aktiviti membesarkan badanlah.. zzzzz..



psstt: Semoga Berjaya bagi semua calon SPM yang bermula pada hari ini. Moga tiada lagi kertas peperiksaan bocor kedengaran hingga terpaksa mengulang semula..


Kenduri Kahwin anak lelaki blogger Che Mid



Menghadiri kenduri kahwin anak lelaki Blogger Che Mid pada 1 November 2014 (Sabtu) lepas..
Kebetulan hujan mengiringi kehadiran para tetamu masa tu..
Dah nama kenduri.. tuan rumah memang takde masa nak bersembang lebih..
Cukup sekadar menerima dengan hati yang riang tetamu yang datang..
Cuma aku sampai agak lewat, kalau tak boleh jumpa blogger Makchaq dan Acik Erna..
Tapi sesi bergambar wajib ada bersama pengantin..



Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Nur Farhan dan Nor Shalina
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..



Tak lama lepas hujan berhenti tu.. aku dan family meneruskan perjalanan.. terapi minda sambil mencari hadiah perkahwinan untuk member sekolah aku..

dak Nuha yang merengek rambang mata dengan segala macam yang ada..



Selesai urusan terapi minda tu.. aku request kat hubby nak makan cendol.. tapi nak Cendol Bakar yang famous tu.. ---> sebenarnya lebih kepada nak bergambar.. bukan nak makan sangat pun.. kehkehkeh..
Nasib baik hubby nak layankan kerenah aku.. terima kasih ye abam sayang..

Kisahnya ---> next entry.. maaf aku tak dan nak edit gambar lagi..




psstt: MU boleh kalah malam tadi.. takpe.. nanti kita tengok siaran ulangan pasti MU menang.. kihkihkih.. dahlah kalah.. aku siap diprovoke lagi pasal JDT kalah.. weh..! Bila pulak aku cakap aku sokong JDT ni..?


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...