Friday, November 30, 2012

Kempen Derma Dara....H



28 November 2012 (Rabu)
  • Kempen yang dianjurkan oleh tempat kerja aku mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai..
  • Mendapat kerjasama penuh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
  • Ada juga cabutan bertuah diadakan.. aku pun dapat jugak.. tapi takdelah semahal mana.. tapi dapat jugaklah dari takde ye dak..

Lubang jarum tu..

Sesi mengepam..



450ml je bersamaan hampir sebotol air mineral 500ml..



psstt: Cadangan aku.. jadikan acara wajib tahunan untuk tiap 3 @ 4 bulan sekali.. ---> ada ke top management aku yang baca entry ni ye..

psstt lagi: Nak harap pergi sendiri ke hospital aku rasa tak kut.. 'sibuk' ---> alasan klise..

last psstt: Entry ni sebelum entry bawa dak Nuha ke EMERGENCY..



Thursday, November 29, 2012

Emergency <--- Fobia dengan perkataan ni..


(Amaran: Entry ni agak panjang..)
 
  • Pagi semalam.. kempen derma darah anjuran tempat kerja aku..
  • Entry ni akan diupload kemudian SEBAB..





  • Petang semalam..
  • Nenek a.k.a pengasuh anak-anak call bagitau dak Nuha dah menggigil-gigil.. kaki dia dah biru.. badan dia panas.. mintak aku balik bawak terus ke hospital..
  • Hubby pulak dak suku perjalanan ke Kota Bharu..'alamak.. sape pulak nak temankan aku ke hospital ni..'
  • Sampai kat rumah nenek.. nenek dah standby kat parking kereta.. aku lagilah panic tengok nenek nampak kelam-kabut..

  • Sampai kat hospital.. cari parking.. standardlah.. amik masa.. kalaulah boleh parking depan EMERGENCY tu..
  • Kat Emergency untuk kanak-kanak.. aku pulak yang gigil lebih.. dak Nuha merengek je..
  • Dah amik maklumat dak Nuha.. aku terus mandikan dia.. Kaki dengan tangan dia yang nampak gelap tu sikit demi sikit beransur ok..
  • Doctor bertugas mintak dak Nuha amik gas - kahak dia banyak.. (malam tadi kat klinik pun dah amik + ubat ikut montot).. Memula dia ok.. biasalah budak.. sekejap je.. pastu nangis merengeklah dia..
  • Kemudian sedut kahak pulak.. tang ni ibu tak boleh tengok ye..nanti melambatkan kerja dorang..
  • Walaupun urusan kat EMERGENCY tu sekejap tapi meninggalkan kesan kat aku..
  • Syukur semuanya berjalan dengan baik.. doctor and nurse bagi bantuan dengan baik.. terima kasih pada semua di EMERGENCY Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..


  • Tak habis kat situ..
  • Hubby mintak aku tidur kat rumah mak.. my MIL..
  • Memandangkan hospital dekat dengan rumah.. kalau ada apa-apa.. rumah dekat..
  • Kalau kat rumah aku.. jauh..
  • Malam tadi.. balik amik keperluan aku dan anak-anak.. dan berumahtangga kat rumah MIL..
  • Dak Nuha pun tak banyak ragam.. syukur..
 




 Buat yang rindukan dak Nuha..
TAPI..
ni bukan gambar semalam ye.
Semalam dia banyak tak pakai baju dari pakai baju..




psstt: Aku kerja hari ni.. biarlah orang nak kata apa.. ikutkan hati aku nak cuti tapi sape nak cover kerja aku + kerja yang bukan aku punya tu..




Wednesday, November 28, 2012

Tinggal sebulan je lagi..


  • Tinggal sebulan je lagi.. cuti persekolahan akhir tahun 2012..
  • Agenda...? Tak sampai 2 minggu dari sekarang.. -cuti-cuti Malaysia-..
 
  •  Tinggal sebulan je lagi.. nak masuk Tahun baru 2013..
  • Agenda..? Mencari masa untuk membeli keperluan sekolah dak Kakak dan dak Adik.. dak Nuha lagi 5 tahun.. hikhikhik..
 
  • Tinggal sebulan je lagi.. my anniversary..
  • In advanced ---> aku dah dapat dulu hadiahnya tapi tunggu waktu dan ketikanya aku akan share.. -untunglah-..
 
  • Tinggal sebulan je lagi.. Jalan super duper sesak balik..
  • InsyaAllah masa ni aku dah bersama awek hubby.. 'my new baby' belum ada nama tu pulak akan berehat kat rumah..


psstt: Banyak nak share kat sini pasal dak Nuha..

psstt lagi: Sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah loading gambar ---> sebenarnya kat rumah tak boleh nak guna lappy bila dak Kakak ada..

last psstt: Tinggal sebulan je lagi kan.. kan.. kan..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...