Monday, September 3, 2012

Makchaq


Petang semalam, satu kejadian menarik telah berlaku..
SMS dan call dari makchaq---> sorang blogger yang aku baru kenal..

Kisahnya:

A: Sape ni? (bila aku dapat misscall dari no. yang memang tiada dalam simpanan aku)
M: Makchaq (sambil bertanya jalan ke rumah aku)
A: a'ah Makchaq.. ;) Makchaq kat mane ni?
M: Kat simpang yang ada perodua.. jauh lagi ke?


Memula aku ingatkan Makchaq nak confirmkan alamat rumah tapi bila dapat panggilan lepas tu, sah confirm makchaq tersilap tarikh rupanya.. Tapi dah alang-alang dah nak sampai masa tu, aku guide sampai rumah..

Akhirnya Makchaq sampai sambil tergelak malu.. kihkihkih.. Makchaq boleh tak perasan tarikh jemputan tu minggu depan tapi bagus jugak Makchaq datang semalam, dapatlah borak panjang.. psstt: Makchaq datang dengan anak bujang dan anak bongsu beliau..

Makchaq pulak datang ke rumah aku dengan harapan dapat jumpa kakcik seroja.. alih-alih tersilap tarikh pulak.. takpelah Makchaq.. hujung minggu ni kita jumpa lagi..



Makchaq bersama Nuha, sebelah tu Amer, tak kelihatan dalam gambar Nafisa..


psstt: Sorry makchaq, cerita kat sini.. mesti makchaq tersenyum tatap entry ni..

psstt lagi: Maaflah dengan hidangan yang tak seberapa.. moga Makchaq tak serik datang lagi ye..

last psstt: Suka tengok Nafisa yang malu-malu tu..



Sunday, September 2, 2012

Meniarap pertama kali..



Tahniah Nuha..

Hari: 29hb. Ogos 2012
Masa: 1800
Tempat: Ruang tamu
Misi: meniarap buat pertama kalinya


Bermula tarikh tersebut aku dah ada tugas tambahan, kena pantau lebih dari biasa keadaan dak Nuha.. orang baru pandai meniarap dah tentu nak explore lebih lagi.. Walaupun dak Kakak dah boleh harap tapi tetap tak lepas dari pandangan mata aku..

Rasa teruja melihat dia meniarap.. bila dah penat meniarap, menangis jelah dia sebab tak reti nak telentang balik..



psstt: Sambil menaip sambil tengok Nuha yang lena tidur.. konon nak cari ilhamler ni..


Saturday, September 1, 2012

Menyambut Birthday MQA



Tarikh: 31 OGOS 2012
Masa: 5 petang
Lokasi: Rumah MIL


Sementara menunggu hubby sampai dari Utara, banyak masa untuk bersantai sambil mengemas tak berapa kemas dalam rumah..


Petang..
Lepas memberi ruang perutku ini kat 'open house' jiran TDBi, aku terus gerak ke rumah MIL kat PJ ---> hubby terus ke sana dari Utara.. On the way nak sampai rumah MIL, sempatlah singgah beli kek..


Kek yang dipilih sendiri oleh dak Adik di Secret Recipe Old Town, P.J..
 
Dak Adik yang teruja tengok kek tu..

 Belum sempat back up singer (takde dalam gambar) nyanyi, dak Adik dah tiup lilin tu..
 
Tak sempat nak tahan.. eemmm.. takpelah dik.. bukan selalu dapat peluang tu kan..



psstt: dak Kakak dengan dak Adik tidur kat rumah MIL, sementara aku dengan dak Nuha balik rumah bersama hubby ---> rasa sunyi bila dorang takde..

psstt lagi: 20 September ni pulak birthday dak Kakak pulak.. dia siap pilih nak kek yang macam mana..

last psstt: tengok jam.. tak boleh jadi ni.. aku nak zzzzz dulu.. siang nanti kita jumpa lagi ye..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...