Thursday, June 30, 2011

Jom Reka Dialog



Aku nak cuba segmen yang memerlukan kreativiti ni.. Korang nak join mai bawak jari atau tikus korang kat SINI..


Perbualan awal tidak sempat dirakamkan dan hanya 5 dialog ni yang tinggal..

Isteri:
Abang tak pandai jaga hati ayang.. abang suka buat ayang tertunggu-tunggu.. Abang suke buat ayang merajuk tapi tak reti nak pujuk.. Abang memanglah.. Abang tak patut buat ayang macam ni..


Suami:
Sayang ooiii..!! Abang ingat abanglah PERMATA HATI ayang. Selama ni abang percaya janji-janji ayang.. Abang dah banyak berkorban untuk ayang.. Abang dah perabis duit untuk ayang.. Tapi ini balasanmu sayang.. Begitukah AWAN NANO.. NANO.. NANO... hehehehe..


Isteri:
Dahlah, menci2.. Ayang malas nak cakap dengan abang.. Buat hati ayang makin sakit.. Jangan paksa ayang buat apa yang ayang tak suke boleh tak..?


Suami:
Alah.. bukan ayang CAKAP pun, ayang SMS je kan.. Ok kita lupakan hal tu semua yea.. Abang sayang ayang.. boleh bagi abang peluang kedua..? Plz... Ayang pun sayang abang lagi kan..


Isteri:
eemm.. abang ni apa pun tak bolehlah.. (berasa terpujuk dengan sms pujukan dari suaminya itu..)



psstt: Sambungannya masih ada tapi memandangkan BA nak 5 dialog je maka itulah yang terhasil.. hikhikhik..

Pemanduan di Lebuhraya

Dah memang jadi rutin harian pergi dan balik kerja aku pandu kereta.. Terus-terang aku ni jenis tak reti pandu slow nak cepat je tapi bukan secara melulu.. masih ingat pada yang tersayang disayang.. ;)


Petang semalam:

Bila dah masuk highway ada tempat kena pandu 110km.. ada tempat kurang dari tu.. Jadi sebagai pemandu kenalah alert dan yang penting bukan memandu dengan kelajuan maksima..

Aku memang suka layan pemanduan dilorong paling kanan (my favourite lane).. dan dalam masa yang sama aku follow sebuah kereta wira ni.. mula-mula oklah sebab kenderaan banyak, tapi bila dah lepas susur Puncak Alam lane tu dah kembali ok.. Aku tengok kelajuan pada meter tak sampai 100km.. eemm.. ok sabar lagi.. bila sampai dekat kawasan yang bertanda 110km masih sama lagi..

Wah.. tak boleh jadi ni, kang kalau 'bersin' nanti dia ingat aku marah.. Sempatlah aku tengok dalam kereta tu (yelah.. sebab dia masih depan aku kan..).. si awek sebelah boleh layan dia yang tengah memandu ni.. 'Hai.. kak.. berhenti tepi jalanlah kak kalau nak manja-manja mesra-mesra ni..'

Pilihan akhir aku.. cucuk angin bagi lampu tinggi dan opss. ter ter'bersin' pulak.. sorilah bang.. saya dah letih nak balik cepat nak rehat ni bang bukan nak follow abang tengok apa yang awek abang buat..

Sekali lagi saya minta maaf ye kalau abang terasa dengan perbuatan saya tu ye.. kena fahamlah situasi bila pandu.. kena alert dengan keadaan sekeliling.. Aku ni takdelah sempurna mana tapi macam aku bagitau tadi kena faham dan alert ye bang.. dan terima kasih sebab memberi aku lalu.. 'tumpang lalu ye bang..'



psstt: Akukah yang tak sabar atau dia yang tak faham..


Nota jemariku: Sepatutnya entry ni publish malam tadi tapi hp belum ok lagi, aku belum ada masa nak bawa dia ke 'klinik'..

Wednesday, June 29, 2011

Pisau Cukur

Sistem Khidmat Pesanan Ringkas..


Hubby: Pisau cukur mana..?
Aku: Abang nape..? (erk..? perli aku ke hape ni.. tapi yang sebenarnya aku tersalah baca..)

Hubby: Abang tanya, pisau cukur kat mana..?
Aku: oo.. ibu ingatkan abang kata ibu pisau cukur.. (blur)
Hubby: Awak ni kenapa..? (agaknya hubby bertanya sambil berkerut dahi)

Aku: Hehehe.. ingatkan abang nak kata ibu pisau cukur.. yelah.. taulah ibu materialistik tapi ibu belum mintak pun lagi duit dah kata pisau cukur..
Hubby: La.. awak ni..


psstt: Sila fahamkan dulu sms yang dihantar agar tak tersalah baca..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...