Thursday, February 24, 2011

Makluman penting untuk lepasan STPM 2010




Tahniah kepada anda yang mendapat keputusan memberansangkan dalam STPM 2010. Sekiranya anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian, adalah AMAT digalakkan menyemak senarai program yang diakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di mana anda bolehlah merujuk di SINI.


Pilihan di tangan anda, semaklah terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.

entry khas untuk Hanz ZeroHanz

Tadi aku dikejutkan dengan tag dalam mukabuku dari Hanz ZeroHanz pasal ni:




Aku ingatkan dia ni memain tapi bila dah ramai yang reply, aku nampak yang dia ni serius hinggakan dalam blog dia pun ada dinyatakan. Sungguh tak kusangka - baru nak kenal, baru nak manja2...


Tapi, macam mana pun terima kasih kat Hanz sebab buatkan Header aizamia3 tu. walaupun baru kenal tapi meninggalkan kesan yang mendalam. Moga berjaya dengan bidang yang akan diceburi dan ingat-ingatlah kami walaupun tak kenal mesra… Ikhlas dari MMI


Nota:
boleh tak jangan deactivate untuk semua channel Hanz... janganler buat keputusan macam tu, nanti mesti ramai yang rindu nak kena sakat.







Tuesday, February 22, 2011

PPUM lagi

Pagi tadi ke PPUM.

Tempat macam biasa:
Bahagian Pemulihan Anggota Badan cuma kali ni jumpa Lily balik sebab Puan Faridah tu dah selamat bersalin 12hb. lepas (baby girl, bersalin kat Pusat Perubatan Al-Zahra, Bangi), amik, siap bagitau detailnya.

Kali ni ramai pula budak praktikal layan ammar, lagilah dia suka tapi nasib baik hubby tak ikut sekali, kalau tak... hahaha...

Rutin biasa setiap kali ke tempat ni, beberapa alat untuk digunakan. Respond ammar macam biasa, bertambah-tambah suka.


Next appointment: 17 Mac 2011 (tak sampai sebulan dari sekarang)

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...