Monday, March 7, 2022

Bila dah lama tak buat Ujian Kehamilan


Bila ada salah seorang ahli keluarga di dalam taman aku dijangkiti virus Covid-19 ni, maka akan ada sumbangan buat keluarga yang terkesan tersebut. Terima kasih buat semua, Hanya Allah yang dapat membalasnya dah moga semua doa buat kami berbalik semula kepada semua.


04 Mac 2022 (Jumaat)
Sumbangan barang keperluan dari pihak masjid untuk mereka yang dijangkiti Covid-19 telah diterima melalui wakil taman aku. Sehari sebelumnya juga kami telah menerima sumbangan dari SINI.


05 Mac 2022 (Sabtu)
Sumbangan bahan mentah dari tabung taman juga telah selamat diterima.

Semua sumbangan yang kami terima adalah kerana dak Kakak menjadi mangsa Covid-19.


06 Mac 2022 (Ahad)
Akhirnya..Tewas juga aku..


KRONOLOGI KES:
Tekak mula terasa perit, badan rasa dedor (panas sejuk) - ku serah diri di klinik.

PEMANGSA:
Handal kau Covid-19. Lagi orang benci, lagi kau mendekat.

MANGSA:
Kali ni MakBudak pula diserangnya.

KEPUTUSAN:
Bila dah lama tak buat 'Ujian Kehamilan', will be like.. (done pembaris)


Macam ni jadinya.. sah Positif.

#RemajaPurba: Risaukan anak-anak..

Friday, March 4, 2022

Home Isolation Or Surveillance Order (HSO)


2 Mac 2022 (Rabu)
Hari pertama bemulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara TAPI.. dak Kakak tak dapat hadir dek kena kuarantin di rumah (HSO).

'Bosannya duduk dalam bilik ni'.
'Sabarlah kakak, nanti dapat keluar, pergilah sekolah'.

Ingat ni Kakak.. 'Ramai lagi yang tak dapat hadirkan diri untuk ambil SPM'.


Kisah semalam, 3 Mac 2022 (Khamis) pula, menerima sumbangan dari wakil taman rumah aku. Sejak awal kes virus Covid-19 mula menyerang, tabung Covid-19 di taman aku telah diwujudkan untuk memberi sedikit bantuan buat warga taman yang terkesan dek virus ini. Terima kasih di atas sumbangan tersebut dan moga doa-doa tersebut berbalik kebaikannya pada warga TDBi semua.


Home Isolation Or Surveillance Order (HSO)
Isolation or Surveillance Order (HSO) for Persons Infected with COVID-19 under regulation 12A (1) of the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures Within Infected Local Areas) (National Recovery Plan) Regulations 2021.


#RemajaPurba: Moga mental dan emosi dak Kakak kuat hendakNYA.

Wednesday, March 2, 2022

Calon SPM 2021 dan Kuarantin di Rumah


Kelmarin:
Dua kali kit ujian kendiri dibuat sebab dak Kakak mengadu rasa nak demam, batuk + selesema.

Semalam:
'Cepat buat..... supaya anak puan dapat ambil paper SPM BM BI... paper wajib'. Pesan guru kelas dak Kakak sebab beliau memerlukan bukti dari MySejahtera yang mengatakan dak Kakak kena kuarantin di rumah. 


HARI INI DALAM SEJARAH:

2 Mac 2022 (Selasa) 
Moga semua calon peperiksaan SPM 2021 dapat menjawab dengan tenang dan buat mereka yang KENA kuarantin, bersabarlah.

KRONOLOGI KES (kit ujian kendiri):
2 kali di rumah - ✅✅
1 kali di klinik - ✅ 

PEMANGSA:
Covid-19

MANGSA:
Dak Kakak

KEPUTUSAN:
+ve Covid-19.

Pihak sekolah berusaha agar tiada calon SPM 2021 yang kena kuarantin tercicir termasuk ➡️ dak Kakak.


#RemajaPurba: Risau + Susah Hati..

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...