Tuesday, July 3, 2012
Mana datang bau ni..
Ada beberapa kisah nak share tapi sebab aku takde masa nak tolong + bantu hubby update blog lagi satu tu, maka entry tu terperam buat sementara..
Hari ni mak budak lewat online sebab kena pergi bank dulu.. Dah namanya pergi bank.. dah tentu keluarkan duit tapi bukanlah beli TAB.. hikhikhik ---> gelak gedik..
Dipendekkan cerita yang memang tak pernah pendek ni.. Kubawa dak Adik (dia boleh taknak ke sekolah hari ni) dan jugak dak Nuha ke bank.. Bank sikit punya dekat aku pergi ---> Setia Alam kat sebelah Tesco tu.. Bukan apa.. kat situ senang parking, kalau aku pergi pekan Kapar menangisler jawabnya sebab takde parking.. Cheh.. Alasan parking rupanya..
Sampai kat bank, macam biasalah mestilah kena beratur ---> Tak ramai pun orang sebab bank pun belum bukak lagi.. TAPI.. yang tak bestnya..
Ada sorang mamat negro ni.. kuat betul bau badan dia.. Ntah mandi ntah tidak.. tapi mungkin jugak bau badan dia macam tu.. tak pulak aku tanya.. Nak pulak aku sebelah dia.. Alahai.. Nasib baik urusan aku tak lama.. tekan sana tekan sini sambil cakap.. 'cepatlah.. cepatlah..' dapat duit terus blah..
Selesai sudah.. dak Adik pau aku.. kat situ ada Pizza, KFC tapi dia nak McD.. Aku pujuk dia sebab pagi cuma ada breakfast.. Tapi (berapa banyak tapi daaa..) dia pujuk pulak makan kat kedai Cik Dollah.. Adik.. adik.. sudahnya aku tapau kan je sebab dak Nuha mula merengek nak susu..
Sampai rumah, rutin harian macam biasa..
psstt: Apasal entry aku hari ni nampak macam tak teratur.. macam kelam-kabut pun ada..
psstt lagi: Dak Kakak leka makan udang yang dipancing oleh babah dia baru-baru ni..
last psstt: insyAllah esok chef hubby ada.. wajiblah gedik manja lagi ---> lately ni aku suka pulak perkataan ni.. kihkihkih..
Monday, July 2, 2012
Nasi lemak vs EURO 2012
Dah lama aktiviti ni tak berjalan hinggakan ada yang mengeluh ---> lama tak buat sejak aku sarat hari tu..
DAN..
Menu: Nasi lemak diiringi ayam masak merah selain sambal ikan bilis..
Gambar mak dan bapak budak tak pulak aku ambil sebab aku pun sama join anak-anak makan.. Hubby cakap.. mana tak kembang.. takut abang tengok sekarang ni.. asyik makan je..
Aku bukan setakat perasan malah dah mula risau ni sebab makan.. makan.. makan.. Jangan kembang-membang sudah.. Nanti tak pasal-pasal baju raya tak muat.. hahaha..
psstt: Tiap kali buat makan-makan, paling aku risau ---> cukup ke..? Tapi syukur.. tiap kali buat tak pernahnya tak habis..
psstt lagi: ...
last psstt: Tak kira.. nak update jugak.. 'Abang.. SPAIN menang bang.. (nasib baik takde audio kat sini ---> kalau tak muntah pink dibuatnya..).. Ni gedik manja yang luarbiasa ni.. sebab hubby kalah tak dapat TAB.. fuh.. selamat, kalau tak.. terbang duit aku.. kahkahkah..
Sunday, July 1, 2012
Main Baling Selipar..
Kalau semalam kisah bersiar-siar dengan dak Adik, hari ni nak share kisah dak Kakak pulak..
Dorang ni kalau bab bergambar memang sanggup je jadi model aku walaupun aku hanya guna 3310-i je.. DSLR aku masih kat kedai (belum beli lagi daaa..)
Dak Kakak jarang nak join aku berbasikal --> dia lebih suka main baling selipar.. tak cukup petang sambung main waktu malam tapi dengan syarat mengaji dulu.. Biasanya aku bagi chance hari Jumaat atau Sabtu --> tengok jugak, kalau hubby takde, tak dapatlah dorang main kat luar waktu malam..
Kat TDBi ni memang best + happening.. boleh dikatakan tiap-tiap petang + malam mesti ada je aktiviti bebudak ni ---> kecuali musim exam dan hujanler kan.. Tapi kalau hujan dak Adik pulak merengek nak mandi hujan.. Ada je alasan dia nak main kat luar rumah..
Berbalik pada dak Kakak.. Patutnya kat sekolah time Pendidikan Jasmani tu buat aktiviti ni.. Memang confirm bebudak taman aku yang menang.. Mana taknya.. tak jemu-jemu dorang main.. sampaikan ada je selipar yang hilanglah + ter ter baling atas bumbung rumahlah.. Satu kerja pulak nak beli yang baru.. Yelah.. sebelah ada.. sebelah lagi atas bumbung.. Kalau nak dihitung, aku rasa boleh jual bundle selipar tu semua..
Jangan kata budak-budak.. mak budak pun sama main tau tapi bukan akuler.. Keinginan nak main tu ada tapi sape lak nak jaga dak Nuha kan ---> alasan..
psstt: Dak Kakak ---> berbaju biru.. dak Adik ---> naik basikal tu ler..
psstt lagi: Dulu.. aku puas gak main baling selipar ni.. Geng aku ramai budak lelaki ---> nampak 'ganas' sikit.. hahaha..
last psstt: Kalau malam minggu memang happening bebudak ni.. Lagi happening kalau ada buat makan-makan kat pondok depan rumah ---> dah lama tak buat xtvt tu.. insyaAllah sambut puasa nanti akan buat..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.





