Wednesday, August 5, 2009

Gambar gotong-royong TDBi

02 OGOS 2009 (Ahad)

Lets check it out what really happen on that day.


gotong-royong bermula.


Melepaskn penat sekejap smbil minum air yang disediakan berlatarbelakang ladang kelapa sawit.


Hadapan Lorong 2



Keletah si ammar, orang pancutkan air ke dalam longkang tu dia pun nak join sama, tak bagi pegang getah paip tu siap menangis kuat-kuat.



Dah penat main basikal ke cik kak?


Malam:
Bayangkan dari hari Jumaat hubby tak cukup rehat, malam tu pula sibuk nak buat makan-makan, mula-mula aku boleh sabar lagi tapi cuba kalau kena batang hidung diorang, mahu tak duduk diam aku rasa. Menggigil badan aku menahan marah, aku rasa melampau-lampau, geramnya aku! Disebabkn nak jaga hati orang keliling, anak bini kat rumah macam terabai, dahlah 2 minggu sekali je jumpa kat rumah, mahu aku tak hangin!

Dahlah, buat rosak mood aku je, yang nyata memang terkejutlah orang-orang dekat belakang rumah aku, mungkin diorang ingat aku jenis tak kisah! Dah cukup, malas nak cerita dah, full stop!

Tuesday, August 4, 2009

Gotong-royong TDBi

02 OGOS 2009 (Ahad)

PAGI:
Aku memang sengaja tak kejutkan hubby, dengan tak cukup rehat pastu nak kena kerah tenaga (walaupun hubby tak kisah sebab dah ada geng kat TDBi ni tapi berpada-padalah). Lepas dah uruskan anak-anak baru kami keluar, aku singgah kat umah K.Lela, port pagi sebelum acara masak-memasak bermula. Then sarapan dengan hubby kat depan Lorong 3, bermulalah gotong-royong. Taklimat pagi tu kitorang tak sempat join sebab kat rumah lagi.

kakak Irah leka dengan kawan-kawan dia, Ammar dengan aku. Lasak-lasak si ammar tu, jatuh longkang akhirnya, dia leka main pintu pagar belakang rumah tapi ok takde apa-apa. Sementara tu, acara memasak bihun pun diteruskan, aku tolong sikit-sikit jelah.




Tengah memasak tu hujan pula tapi renyai2 jelah, lagi aku larang lagi kakak Irah main air hujan.


Kakak Irah dengan Hafiz, Nurul dan ammar.

Nanti aku upload gambar masa gotong-royong tu.

Kenduri Kesyukuran + meragam…

01 OGOS 2009 (Sabtu)

PAGI:
Hubby tak cukup rehat dah kena bangun awal sebab ditugaskan untuk beli barang-barang wajib untuk buat sate malam nanti. Lepas beli barang baru perasan tayar kereta pancit sebab tadi langgar batu besar, mula-mula memang tak perasan tapi bernasib baik belum jauh dari kedai, lepas dah tukar tayar terus balik rumah.

THARI/PTG:
Hubby mula sibuk dengan sesi menghulurkan bantuan dekat belakang rumah. Aku dalam rumah jelah.


daging ayam yang telah siap untuk dibuat sate malam nanti.

Sekejap je pun aku tolong kat belakang rumah, anak bujang aku dah bangun.


Bukan setakat di dapur, sampai kat ruang depan ammar heret kotak dan sudip dia tu.


Kakak masuk dalam rumah menangis, aku ingat sebab orang sakat dia, rupa-rupanya jatuh basikal. Aku pujuk? Lagi kena bebel ye tapi sapu jugalah ubat kat luka dia tu.


takdelah teruk sangat tapi sebab pedih tu yang menangis



sempatlah dia minta nasi - lapar


Malam:
Aku tak join sebab ammar baru tidur, lagipun aku letih dan hangin dengan hubby. Lewat malam baru tidur, hubby masih di luar rumah, pagi esokk nak kena bangun awal, sesi gotong-royong.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...