29 Julai 2026 - Rabu [14 Safar 1448H]
Selepas dua hari melalui episod yang huru-hara, hari ini aku cuba perlahankan langkah — bukan sebab masalah dah selesai tapi aku tak nak emosi negatif merasuk diri. Cuba sehabis baik untuk kekal fokus dan tenang di tempat kerja. Aku tak nak bawa balik segala kekalutan sampai kacau mood satu hari.
Aku..?
Berhenti seketika dan kumpul semula tenaga. Bukan sebab semuanya dah selesai tapi sebab diri sendiri perlu dijaga supaya tak hanyut bersama masalah.
Tak semua ribut perlu dilawan dengan tenaga yang sama. Ada masa kita hanya perlu bertahan, tenangkan diri dan tunggu hati kembali stabil.
#RemajaPurba: Sambungan dari [SINI]..
#RemajaPurba: Sambungan dari [SINI]..
Memang begitulah lumrah hidup kan? Kadang-kadang Allah uji kita dengan pelbagai cabaran, emosi kucar-kacir, atau masalah yang datang beruntun-runtun macam ribut petir. Rasa macam tak nampak jalan keluar. Tapi bila ribut tu dah berlalu, masya-Allah... ujian tu rupa-rupanya meninggalkan ketenangan dan hikmah yang sangat indah.
ReplyDeletekita jaga mental kita...
ReplyDelete