29 April 2026 - Rabu [12 Zulkaedah 1447H]
[ Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas ]
Setiap perbuatan yang dilakukan — pasti ada akibatnya dan orang yang melakukannya sendiri yang akan merasainya.
Peribahasa ini sering mengingatkan kita agar tidak mudah terasa hati apabila ditegur kerana mungkin teguran itu sebenarnya tepat mengenai diri kita. Jangan cepat melatah dan tidak semua perkara perlu dibalas dengan emosi — cuba fikir dulu.. kadang-kadang ia hanya cermin untuk kita muhasabah diri.
Teguran bukan untuk menjatuhkan tapi untuk menyedarkan. Dalam hidup ini, belajar menerima teguran dengan hati yang terbuka itu lebih tenang daripada mencari alasan untuk menafikan kebenaran.
Tak perlu melatah atau menuding jari kerana teguran yang baik tidak pernah datang tanpa sebab. Jika terasa, jangan cepat melawan — mungkin ada yang perlu diperbaiki dan jika tidak.. anggaplah ia sekadar angin lalu. Belajar menerima dengan hati yang terbuka kerana di situlah bermulanya perubahan.
@RemajaPurba: Setiap rasa pedas itu — ada ruang untuk kita menjadi lebih baik.


Allah hu akbar, memang apabila di tegur ada sebabnya tu..kena menerima dengan terbuka..setiap manusia ni tak sempurna, semoga kita sentiasa ingat kelemahan diri..InshaAllah
ReplyDeleteOrang yg sifatnya baik dan berfikir akan ambil teguran untuk perbaiki diri..
ReplyDeleteBenar tu Aizamia, dan sebaiknya teguran dibuat face to face .
ReplyDeleteKena berfikiran terbuka. Orang yang tegurpun kena cakap secara baik.
ReplyDeleteCili api bangla memang pedas betul heheheh
ReplyDeleteYa setuju 100% dengan penulisan aizamia ini.. Jangan pandang kepada siapa yang berkata tapi lebih kepada muhasabah diri sendiri, itu lebih baik.
ReplyDelete