17 Februari 2025 - Isnin (18 Syaaban 1446H)
PEMBUKA KATA DARI PIHAK SEKOLAH:
Tahniah dan syabas diucapkan kerana telah memilih SMK ini untuk anak-anak meneruskan pembelajaran. Kami, guru-guru akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kejayaan pelajar di sini.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana telah memilih SMK ini untuk anak-anak meneruskan pembelajaran. Kami, guru-guru akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kejayaan pelajar di sini.
DOA:
'Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya! Rahim.. Kami merafak rasa kesyukuran kepadaMU kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri program pendaftaran tingkatan satu Tahun 2025 pada hari ini. Ya! Allah, Ya! Tuhan kami, sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranamu Ya!Allah. jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi serta janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMU'. Aamiin..
'Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya! Rahim.. Kami merafak rasa kesyukuran kepadaMU kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri program pendaftaran tingkatan satu Tahun 2025 pada hari ini. Ya! Allah, Ya! Tuhan kami, sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranamu Ya!Allah. jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi serta janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMU'. Aamiin..
Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar tingkat satu bagi Tahun 2025 telah diadakan di SMK di sini. Beberapa perkara penting dan sedikit gambaran berkaitan SMK di sini.
MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN:
Pihak sekolah telah menyusun aktiviti pada minggu pertama persekolahan. Pada minggu pertama tiada PDPC dijalankan sebaliknya beberapa aktivit akan dibuat seperti:
- 18 Februari 2025 (Selasa) - sesi ceramah dan aktiviti panitia.
- 19 Februari 2025 (Rabu) - mengenal trek merentas desa - pakai baju sukan.
- 20 Februari 2025 (Khamis) - Pendaftaran Kokurikulum mengikut kelab. Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Lahir buat pelajar yang lahir pada bulan Januari - April 2025.
- 21 Februari 2025 (Jumaat) - Hari Merentas Desa. Semua murid sesi petang akan hadir ke sesi pagi. Hadir sebelum pukul 7:20 pagi dengan berpakaian baju sukan sekolah.
- Rumah sukan akan dimaklumkan kepada semua pelajar dan tiada baju mengikut warna sukan.
- Jadual kelas: PDPC akan bermula pada 24 Februari 2025 (Isnin).
Bilangan pelajar yang mendaftar di SMK seramai 299 orang (lelaki: 158 orang, ,perempuan: 141 orang), manakala pelajar tingkatan dua seramai 279 orang. Dengan kekuatan guru sesi petang seramai 27 orang (seorang guru akan mengawal lebih kurang 20 orang murid). Satu cabaran buat kita (guru dan ibubapa) untuk menjaga mereka supaya mereka berada di jalan yang betul.
- Hari Isnin hingga Khamis, sesi akan bermula mulai jam 1:10 petang hingga 6:40 petang. Para pelajar perlu sampai sebelum pukul 12:50 tengahari. Berkumpul di kantin sekolah sambil membaca Al-Ma'thurat. Tidak berkumpul di dewan sekolah untuk mengelak dari bising dan mengganggu kelas.
- Perhimpunan setiap hari Isnin akan habis lewat sedikit. Solusinya ibu bapa bersabarlah menunggu anak-anak di luar sekolah.
- Hari Jumaat untuk pelajar lelaki, seusai solat Jumaat terus masuk sekolah, anggaran jam 1:55 petang kerana pada hari Jumaat kelas bermula pada jam dua petang.
- Waktu Kokurikulum pada hari Rabu bermula 10:00 pagi hingga 01:00 tengahari dan tidak dibenarkan balik selepas itu, perlu berkumpul di kantin sekolah.
- Jadual pada bulan puasa, balik jam 5:30 petang. 'Sebenarnya bukan murid yang kena balik awal tapi cikgu yang nak kena masak. Budak ni dia balik, dia tunggu nak makan je. Cikgulah yang kelam-kabut sikit'.
PAKAIAN SEKOLAH:
Seperti sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan berkaitan pemakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca. Walau bagaimana pun, pihak sekolah amat berharap semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah:
- Hari Isnin - pakaian lengkap seragam sekolah (ada sesi perhimpunan rasmi)
- Hari Rabu - baju Kokurikulum {set A tau set B). Jika tiada baju Koku, pakai baju sukan sekolah dan tracksuit.
- Kasut Hitam sama seperti di sekolah rendah.
KESELAMATAN:
- Sekiranya pelajar datang menaiki motor, walaupun mereka tidak mempunyai lesen, mohon ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak supaya memakai topi keledar. Kita sudah ada kejadian kehilangan dua orang pelajar sekolah pada tahun lepas dalam sekelip mata.
- Motorsikal tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah dan perlu diletakkan di tempat yang dikhaskan di luar sekolah.
- Sekiranya pelajar membawa basikal, mereka akan turun di pintu pagar dan menyorong basikal ke tempat letak basikal di dalam kawasan sekolah.
- Bagi pelajar berkeperluan khas [kita ada pelajar sakit kanser, sakit tulang belakang, sakit saraf], mohon maklumkan kepada guru kelas supaya kelas mereka akan diletakkan di aras bawah. Ibu bapa dibenarkan menghantar anak masuk ke dalam kawasan sekolah.
- Bagi waktu solat Zohor, akan dilakukan secara bergilir. Ketika semua pelajar perempuan rehat, pelajar lelaki akan solat dahulu dan begitulah sebaliknya.
- Bagi waktu Asar, solat akan dibuat secara serentak sebelum balik. Semua pelajar akan turun untuk solat dan selepas solat, semua boleh terus balik.
- Pukul 6:20 petang baru semua pelajar akan turun untuk mengerjakan solat Asar. Pihak sekolah tidak mahu anak-anak turun naik tangga; 'ada pelajar ni tak reti berjalan, dia mesti nak berlari'. Bimbang mereka berlari dan takut tersadung, jadi untuk meminimumkan mereka turun naik, solat Asar pada jam 6:20, keadaan cuaca tak panas dan sangat tenang.
DISIPLIN:
- Walau nampak ringan, murid tak perlu menyerahkan sijil cuti sakit, ibubapa boleh maklumkan kepada guru kelas melalui whatapps tetapi pihak sekolah mohon janganlah diberikan keringanan sangat, sikit-sikit tak datang sekolah, sikit-sikit cuti. Ini bagi mengelakkan kadar ponteng yang tinggi dikalangan pelajar.
- Jika betul-betul ada urusan atau sakit, bolehlah dikecualikan hadir. Pihak sekolah berharap mereka ini tidak ketinggalan di dalam pelajaran kerana mengikut takwim bagi sesi 2025 ini sangat padat dan pendek kerana sesi persekolahan bagi Tahun 2026 akan bermula pada bulan Januari nanti. Semua guru akan mengajar secara ekspres untuk menghabiskan silibus.
- Pihak sekolah berharap kehadiran pelajar ke sekolah akan dapat dititikberatkan oleh ibubapa.
MATA PELAJARAN YANG AKAN DIPELAJARI:
- Subjek Teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi.
- Subjek Wajib: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual (PSV).
- Subjek Elektif: Rekabentuk dan Cipta (RBT) (tiada pilihan).
KAEDAH PEMBELAJARAN:
- Kurikulum menggunakan kaedah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).
- Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
- Sistem Pentaksiran Berterusan yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh. Tidak hanya berdasarkan pada peperiksaan sahaja.
- Dari kaedah pentaksiran itu, kita ada pemerhatian, penulisan dan lisan melalui kerja projek, kuiz pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran. Kita tidak akan menggunakan sistem hanya berpaksikan sistem peperiksaan sahaja.
- Cara penilaian berdasarkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentingnya hadir untuk Kokurikulum kerana ini adalah arahan KPM.
AKHIR KATA:
Dengan komitmen dari ibu bapa yang hadir, semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan berterusan untuk semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kerjasama sebegini menunjukkan betapa ibu bapa memahami dan menghayati kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak-anak. Juga memberikan petanda yang baik bahawa kejayaan dalam bidang pelajaran tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata, sebaliknya permuafakatan antara ibu bapa dan semua guru yang dapat membantu kejayaan anak-anak pada masa akan datang.
Para pelajar bukan sahaja datang sekolah untuk belajar tetapi untuk didikan sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berguna dan berakhlak mulia. Sistem pendidikan kita pada masa kini semakin dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan seiring dengan peredaran zaman.
@RemajaPurba: Bekalkan air minuman secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
Sama lah macam suami linda sampaikan.. Sebab dia p taklimat, linda tak p.. Hihihi...
ReplyDelete"anak2 tingkatan 1 nie masih terbawa2 perangai tahun 6,masih berlari2 di sekitar sekolah"... Baru nak jadi remaja... Dekat sek rendah masih berlari2 lagi
Moga dipermudah kan semua anak2 yang menuntut ilmu dan cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteSama sekolah anak minggu pertama - kedua tak belajar. Sibuk dengan sukan sebelum masuk Ramadan.
ReplyDelete