Followers Remaja Purba

Saturday, June 4, 2022

Jangan dimarah anak tu


Dua kisah berbeza..

Sepanjang dua minggu lepas bersama dengan cikPink dek kerana cikPutih terlibat dengan kemalangan.

Hari terakhir bersama cikPink, hujung kening berhampiran mata aku terkena bucu pintu cikPink. Bergetar platelet darahku. Bukan itu je, waktu guna laluan TnG, boleh pula kad aku terjatuh bawah cikPink. Hailaa cikPink, kau marahkan aku ke sebab kena bekerja jarak jauh..? 

Minggu lepas, bersama kembali dengan cikPutih. Terima kasih en. Hubby yang menguruskan cikPutih di 'klinik'. Kanda jangan marahkan dinda ye, dinda tak salah, yang salah sel-sel otak dinda yang lambat berhubung.. 

Apa-apapun, terima kasih banyak² buat mySIL yang pinjamkan cikPink kepada kami sepanjang ketiadaan cikPutih. 

En. Hubby..? Speechless..


Kisah malam semalam, 02 Jun 2022 (Khamis)

Bila en. Hubby pesan jangan dimarah anak tu, aku pelik. Dah kenapa pulak sebab mood aku berada dalam keadaan terkawal.

Rupa²nya.. dak Adik terlibat dalam kemalangan.

Aku..? Speechless.. 



Alhamdulillah cuma lengan teruk sikit dan calar-balar pada badan n kaki dia. Selain dari tu takde apa yang boleh buat aku panik. Budak ni betullah buat platelet darah ibu kau bergetar adik ooiii..

#RemajaPurba: Cuti sekolah pun bermula..

6 comments:

  1. Mujurlah tiada kecederaan serius
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. macam macam ujian untuk mak mak ni ye

    ReplyDelete
  3. Mujurlah kereta dan anak cedera minor je....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tak teruk injury nya..

    ReplyDelete
  5. singgah melawat catatan. Muga semuanya baik baik sahaja...

    ReplyDelete
  6. cikputih tu kene langgar dari blkg ke? bukan salah ahkak nih 🤔🤔

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...