Followers Remaja Purba

Wednesday, January 12, 2022

Cabaran CAKAP sahaja


Setakat ini aku hanya berjaya membaca dua baris pertama, tetapi tidak pada baris ketiga dan keempat. Secara automatik aku akan turut menyanyi..

Adabi melazatkan,
Adabi menyelerakan,
Mengandungi pelbagai rempah,
Melazatkan kari dan kuah.
Adabi..


KARI..
Dah lama tak makan kari kepala ikan jenahak.
Ni antara menu paling dinantikan di rumah myMIL, chefnya en. Hubby lah. Ikan yang dipancing sendiri oleh myFIL di kolam ikan. Menjadi satu kepuasan pada beliau bila mana melihat anak + cucu + menantu makan dengan penuh berselera.

Sejak covid-19 melanda negara, memang tiada peluang myFIL ke kolam memancing ikan. Ditambah dengan keadaan semasa ni memang anak-anak beliau tak bagi pergi demi kesihatan myFIL. Maka, tangkap ikan di pasarlah jelah.

Aduhai.. gara-gara si jenahak, terliur dibuatnya. Tak boleh jadi macam ni, nak kena balik kampung myMIL jugak ni.

#RemajaPurba: Agar selalu ada, kau dan aku bersama.

2 comments:

  1. Jenahak masak kari sedap masak sup pun sedap.

    ReplyDelete
  2. ikan jenahak memang kesukaan aida jugak.
    tapi beli kat pasar la :) ha ha ha...
    kerap buat asam pedas je. kari lom pernah.
    nanti nak cuba mengkari ikan jenahak :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...