Followers Remaja Purba

Wednesday, October 27, 2021

Mood: Off Work


Lama sungguh kisah ni tertinggal di dalam draft.

03 September 2021 (Jumaat)
Masa kejadian: 4:46 pm
Lokasi: Depan doktor
Jenis vaksin: A to Z aku dapat, tamak kan..

Kesan daripada dose kedua takda apapun cuma letih sebab tak cukup rehat.
Kesan sampingan: Tiada
Kalau kata asyik lapar je, itu nafsu semata-mata.

Selesai dose kedua walau berbeza tarikh.


Bila sesekali berpeluang makan di luar..
Dulu anak kecik, sekarang bila anak-anak dah besar.

Sotong goreng tepung, sata, kentang goreng, ikan bakar, air mangga, teh o ais limau tiada di dalam gambar

my dak Kakak..

Menemani anak-anak dari hujung sini ke hujung sana, dari hujung sana ke hujung sini.


Sekejap sangat perjalanan merentasi laluan nun tak jauh mana.


Kisah hari ini 27 Oktober 2021 (Rabu)
Mood: Off work bertukar menjadi mood shopping keperluan sekolah anak-anak.

Walau diberi kelonggaran dibenarkan untuk tidak memakai baju sekolah ketika sesi persekolahan bermula nanti tapi aku belikan untuk menaikkan mood kembali ke sekolah. Bagi mereka bersemangat dan teruja.

Satu nasihat..
'Peganglah tangan pasangan anda ketika membeli-belah kerana tangan dia kalau tidak dipegang betul-betul memudahkannya untuk mencapai segala jenis barang/benda yang dia suka'.

#RemajaPurba: Mood: Balik kampung,,

3 comments:

  1. sonok kan dpt balik kampung., ;p

    ReplyDelete
  2. Uncle kesan vaksin: malas kerja je...

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Assalam, tadi baca blog sendiri, ada komen aizamia ni try dtg sini tgk masih aktif berblog rupanya.. kak aya baru je lagi nak start semula.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...