AKHIRNYA..
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dijalankan sejak awal sesi persekolahan 2021 akan digantikan dengan Pembelajaran Secara Bersemuka. Aku salah seorang ibu yang berasa sangat gembira di atas pengumuman tersebut. Kembali ke Sekolah jua akhirnya dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.
Ini merujuk kepada Sidang media yang telah diadakan pada 19 Februari 2021 (Jumaat) oleh Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengumuman pembukaan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sidang Media 19 Februari 2021
- Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan dibuka pada 1 Mac 2021.
- Tahun 3 hingga Tahun 6 akan dibuka pada 8 Mac 2021.
Manakala:
Pembukaan SEKOLAH MENENGAH:
- Kumpulan A: 4 April 2021
- Kumpulan B: 5 April 2021
Kedua-dua jenis kumpulan merujuk kepada:
KUMPULAN A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu,
KUMPULAN B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Rumusan Pembukaan Sekolah KPM
Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
Ok.. Kakak, Adik, Nuha.. mohler kita cuba baju sekolah yang ada tu. Harapnya takdelah mengecil terlalu cepat. Maklumlah kamu semua membesar dengan sihat apabila dua puluh empat jam, tujuh hari seminggu berada di rumah disamping ibu dan babah.
#RemajaPurba: Alhamdulillah.. lama aku tunggu..
Semoga dipermudahkan segala urusan semua..
ReplyDelete