Sambungan dari SINI..
DAY 279 (21 Disember 2020 - Isnin)
Wow.. 👀
AES Speed Camera kembali berfungsi di Elite Highway arah selatan.
Meriah blink blink pagi tadi. Mesti ada yang terkejut terpinga-pinga tak sangka terkena pancaran cahaya yang tiba-tiba.
Nasihat aku..
Jangan ikut rapat kenderaan di hadapan anda. Tindakan reflect segelintir pemandu, deme akan brek mengejut untuk memperlahankan kenderaan ketika menghampiri AES.
Ingat tu.. Jangan..
DAY 280 (22 Disember 2020 - Selasa)
-Off record-
DAY 281 (23 Disember 2020 - Rabu)
-Off record-
DAY 282 (24 Disember 2020 - Khamis)
Temujanji di hospital berkaitan jari tanganku. Temujanji seterusnya pada Februari 2021 nanti. Setakat ini, perkembangan jari tanganku semakin baik. Alhamdulillah.
DAY 283 (25 Disember 2020 - Jumaat)
Cuti Umum: Hari Krimas.
Nama je tinggal kat kampung tapi tak pernah walau sekali aku menunggang motosikal.
Membonceng pula..?
Kali pertama dalam tahun 2020 ni beb.. Berjaya juga aku memujuk en. Hubby bawak jenjalan naik motor walau hanya ke hujung tu je.
DAY 284 (26 Disember 2020 - Sabtu)
Hari ini akad nikah adik sepupu aku di rumah bakal pengantin perempuan. Aku tak dapat turut serta sebab aku hanya dapat balik kampung pada sebelah malamnya. Hujan sepanjang jalan menuju ke kampung halaman. Sebelum tu sempat singgah di rumah bapa saudara aku untuk mengambil beliau untuk turut sama meraikan majlis tersebut.
DAY 285 (27 Disember 2020 - Ahad)
Selamat Pengantin Baru buat adik sepupu aku dak Asyraf dan Iqa. Moga bahagia hingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.
26 Disember 2020 - Akad Nikah.
27 Disember 2020 - Tahlil dan doa selamat.
Majlis menyambut menantu. Ringkas tapi sangat bermakna.
Ibu dan bapa pengantin lelaki.
Tahniah ibu dan pakBusu, bertambah seorang lagi menantu.
Air tebu hidangan untuk tetamu, fresh dari kebun belakang rumah.
Manis tanpa campuran gula.
Menu:
Nasi putih
Kari Itik
Rendang ayam + maman
Sambal belacan
Ikan masin bulu ayam
Buah - oren + longan
Air Tebu
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tapi kali ini tidak banyak gambar yang aku ambil. Banyak video tetapi hanya untuk simpanan sendiri dan family. Apa yang pasti dak Kakak dan dak Adik tidak turut serta kali ini. Rugi tak ikut dan deme sendiri menyesal tak nak ikut balik.. hahaha..
Namun, jauh disudut hati sebenarnya aku kecewa dengan seseorang yang tidak mahu mengikut aku meraikan majlis ini. Takpelah, biar aku telan sendiri, sulit untuk aku bercerita di sini. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali terjadi.
DAY 286 (28 Disember 2020 - Isnin)
Petang:
Mengambil hasil kebun di belakang rumah pakBusu.
Nota:
Masih banyak gambar kenangan yang aku ambil tapi tunggu tahun depan jelah aku kongsikan di sini.
Masih banyak gambar kenangan yang aku ambil tapi tunggu tahun depan jelah aku kongsikan di sini.
Hujan turun dengan lebatnya selepas majlis diadakan semalam.
Malam..
Perjalanan balik dari kampung aku lalui dengan lancar, jarang sangat berpeluang tidak berhadapan dengan kesesakan di lebuhraya. Aku tapau satu bekas besar kuah kari itik, bawa balik untuk disejukbekukan + satu botol besar air tebu. Thank youlah ibu.. Senang kerja anak buahmu ini.. 🤣😂
DAY 287 (29 Disember 2020 - Selasa)
-Off record-
Masih dalam mood bercuti maka segala urusan kerja hakiki di tempat kerja + di rumah tidak aku layani. Berehat sepuasnya bersama dak Nuha. Dak Kakak dan dak Adik berada di rumah mySIL. Nanti ibu minta babah ambil korang ye.
DAY 288 (30 Disember 2020 - Rabu)
Kembali bertugas secara WFO - tenang tanpa gangguan.
DAY 289 (31 Disember 2020 - Khamis)
Hari terakhir bagi tahun 2020, banyak kenangan pahit manis yang telah aku lalui. Baik dan buruk semuanya menjadi pengalaman berharga buat aku. Tidak akan menoleh ke belakang yang pastinya.
Moga Tahun 2021 yang akan memulakan 'tugasnya' pada hari esok menjanjikan sesuatu yang manis untuk dikenang. Mana yang pahit itu kita buang ke gaung yang dalam, tak usah dikenang walau senafas. Kalau nak dikenang, terpulanglah tapi bak kata dak Nuha 'benda yang lepas jangan diingat'.
NOTA:
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah akan dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021. Ini adalah kerana jumlah kes masih tinggi selain kewujudan kluster baharu. SOP jangan diabaikan, semuanya terpulang pada diri sendiri DAN juga tiada kereta terbang untuk tahun 2020.
sedar nda sedar esok 2021 sudah
ReplyDeletesemoga lebih baik dari tahun2 sudah inshaAllah