Followers Remaja Purba

Thursday, August 20, 2020

XRay Ibu jari dak Adik


DAY 147 (11 Ogos 2020 - Selasa)
Kalau semalamnya bawa dak Kakak ke klinik, pagi ni aku bawa dak Adik pula ke hospital disebabkan dia mengadu jari tangan dia sakit. Lebih-lebih lagi bila aku tengok ada benjolan pada kedua-dua ibu jari tangannya. Bila pemeriksaan melalui xray dibuat, doktor maklumkan tiada kecederaan pada tulang jari dak Adik dan benjolan yang ada itu pula hanya lebihan kulit pada jari dak Adik.

Pada sebelah petangnya, aku pula ada temujanji di bahagian Pemulihan Carakerja, berkaitan ibu jari tangan aku. Malas nak keluar dari kawasan hospital kerana bukan senang nak dapat parking semula. Maka, seharianlah kami di sana.

Update:
Setakat ini, dak Adik takde mengadu sakit, ok katanya. InsyaAllah, harap kekal berterusan ok hendakNYA.


DAY 148 (12 Ogos 2020 - Rabu)
Jomlah bekerja sekuatnya..


DAY 149 (13 Ogos 2020 - Khamis)
Sepatutnya hari ini ada majlis rasmi di tempat kerja aku tapi disebabkan ada perubahan jadual boss besar, maka ia terpaksa ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang lain. Bila..? ๐Ÿค” Don't ask.. 


DAY 150 (14 Ogos 2020 - Jumaat)
Ayam golek tandoori siap diperap.
Ayam masak merah siap dimasak.
Tempahan diterima dari kawan ditempat kerja.

Dulu, aku kerap bawa ayam golek tandoori ke tempat kerja tapi sejak dah pindah ke tanah jajahan baru ni tak terfikir dah nak bawa sehinggalah ada yang request baru-baru ini. Terima kasih buat yang order.

#KisahKita: Sabar.. Ada lagi..

4 comments:

  1. Anak ammi yg nombor 2 ni selalu je komplen sakit kat jari kaki ke2. Buat xray nampak ok je tak fracture apa. Dia dok jalan tengkot2. Bawak gi urut dia pulak tak tahan geli. Haduhhh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dak adik baik-baik aje. Dengar ayam golek tandoori tu terliur pulak tiberr.. Haha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah , semoga kesihatan sekeluarga juga membaik pulh :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...