Followers Remaja Purba

Sunday, September 29, 2019

Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3)


Sebelum ini:
Peperiksaan Percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3) di SINI..

Bermula minggu depan:
Merupakan hari yang penting buat dak Kakak sebagai salah seorang calon Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 2019 (PT 3).

Tarikh yang sangat penting bagi semua calon PT3 2019.

30 September 2019 (Isnin)
Ditunda pada 09 Oktober 2019 (Rabu) bagi menghormati kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
AlMarhum DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (1949 - 2019)

Kenyataan Media
Lembaga Peperiksaan, KPM


01 Oktober (Selasa)
8:10am - 9:25am
Bahasa Inggeris Kertas 1 - Ujian Bertulis: Pemahaman

11:00am - 12:00pm
Bahasa Inggeris Kertas 2 - Ujian Bertulis: Penulisan


02 Oktober (Rabu)
8:10am - 10:10am
Mathematics - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Bahasa Arab - Ujian Bertulis
Bahasa Cina - Ujian Bertulis
Bahasa Tamil - Ujian Bertulis
Bahasa Punjabi - Ujian Bertulis
Bahasa Iban - Ujian Bertulis
Bahasa Kadazandusun - Ujian Bertulis
Bahasa Semai - Ujian Bertulis
Al-Lughah al'Arabiah Al-Mu'asirah - Ujian Bertulis


03 Oktober (Khamis)
8:10am - 10:10am
Geografi - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Asas Sains Komputer - Ujian Bertulis
Reka Bentuk dan Teknologi - Ujian Bertulis


07 Oktober (Isnin)
8:10am - 10:10am
Science - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Pendidikan Islam - Ujian Bertulis
Al-Syariah - Ujian Bertulis


08 Oktober (Selasa)
8:10am - 10:10am
Sejarah - Ujian Bertulis

11:00am - 12:30pm
Maharat al-Quran Kertas 1 - Ujian Bertulis

11:00am - 01:00pm
Usul al-Din - Ujian Bertulis


09 Oktober 2019 (Rabu)
8:10am - 9:40am
Bahasa Melayu Kertas 1 - Ujian Bertulis

11:00am - 12:00pm
Bahasa Melayu Kertas 2 - Ujian Bertulis


AMARAN PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN

  • Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas Jadul Waktu Pentaksiran serta telefon bimbit, alat-alat komunkasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan / bilik kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa pentaksiran.
  • Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dalam dewan / bilik pentaksiran.
  • Mendedahkan kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  • Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan / bilik pentaksiran.
  • Menukar kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  • Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Pentaksiran.
  • Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  • Membuat rujukan di luar dewan / bilik pentaksiran semasa pentaksiran.
  • Membawa kertas / skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan / bilik pentaksiran.


Calon yang tidak mematuhi Arahan Peperiksaan / Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Pentaksiran) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:

  • Keputusan pentaksiran digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan.
  • Keputusan pentaksiran mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan.
  • Keputusan pentaksiran yang dikendalikan sesuatu pusat pentaksiran diisytiharkan terbatal.


StatusHati: Semakin kuat debarannya..

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...