Followers Remaja Purba

Thursday, February 28, 2019

Sikap sesetengah pemandu di jalanraya


Kisah petang semalam..

Hilang seluruh kesabaran aku bila sebuah pajero ni buat hal. Biasa aku boleh je sabar dan bertahan berhadapan dengan kerenah mereka yang merepek meraban ketika memandu ni tapi semalam syaitan mana entah yang merasuk aku..

Lepas aku tunjukkan rasa tak puas hati aku, dia himpit dan kemudian potong kereta aku sambil bermain brek konon biar aku langgar belakang pajero dia. Bukan main nak berlagak ye. Kau ingat kau je yang ada ego. #MakBudak ni pun ada egonya tau.

Apa dia ingat dia lelaki, aku takut?
Siap marahkan aku sambil kata aku 'cibai'.. Apa dia ingat aku tak tahu makna perkataan tu ke? Halah.. halah.. halah.. macamlah sikap kau tu betul sangat. 

Kemain kau ye.. aku boleh sabar kalau kau tak makan jalan aku + terkial-kial memandu sambil bercakap through handphone!! 😤😡😠 Aku jarang bersikap macam tu tapi sesekali ada yang buat hal dan mood aku tengah swing serta penat dek memandu jauh memang mendapatlah.

Sudahnya, malam tadi tak lena tidur dek sistem dalaman badan aku terkejut. Huh! Tapi sepatutnya aku tak perlu bersikap demikian, terasa diri macam budak-budak pulak. Bak kata En. Hubby 'pergi layan orang macam tu buat apa..' Patutnya aku sabar seperti di SINI..


StatusHati: Sekarang betapa gigih dan awal aku sampai pada waktu pagi di lokasi..

Wednesday, February 27, 2019

Pasti ada hikmah bila kita diuji


Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk dan kita takkan tahu bagaimana ujian yang kita akan terima dariNYA.


'Pasti ada hikmah bila kita diuji'
Hadiah dari pelajar sebuah SMA yang melakukan sedikit kaji selidik di SINI..


Ku pegang kata-kata seorang teman..
'Andai kita rasa kita susah dengan masalah yang kita hadapi, ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita. Ini hanya dugaan kecil yang aku hadapi. Sabarlah dan berdoa banyak-banyak kepadaNYA. Pasti ada ganjaran dariNYA.' InsyaAllah.. Aamiin..

Hati kena kuat seperti di SINI..
Ingatlah.. 'roda itu bulat'.. Usah mendabik dada mendongak langit seolah kau lebih berkuasa.


StatusHati: Tak boleh hadam lagi dengan isu semasa ini.


Tuesday, February 26, 2019

Jadi Mak Singa hari ini


Kisah pagi tadi..
Program Hari Penetapan Sasaran SPM dan PT3 di sekolah dak Kakak bagi memberi motivasi kepada pelajar untuk menetapkan sasaran yang akan dihadapi pada tahun ini.

Ditemani en. Hubby ke sini..

Objektif bagi meningkatkan prestasi pembelajaran:

  • Mengenalpasti prestasi dalam akademik pelajar.
  • Sikap saling memahami dari segi kegemilangan dan sahsiah diri.
  • Mempunyai semangat kekitaan untuk peningkatan pencapaian pelajar.
  • Persediaan awal yang telah ditetapkan bagi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Take of Value (TOV) 
Markah asas bagi tiap mata pelajaran yang dipilih dan target yang diingini bagi peperiksaan sebenar.

Moga dak Kakak dan pelajar yang lain mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar nanti. InsyaAllah.. Aamiin..


Manakala.. kisah tengahari tadi..
Memandangkan aku cuti rehat hari ni, dak Nuha sanggup tak nak naik kenderaan yang disediakan dan minta aku yang hantar ke sekolah. Oklah.. part yang ini aku ok lagi..

Dak Nuha sebelum meragam.. 🤦‍♀️

Tapi.. yang buat aku berubah jadi mak singa bila mana dia menangis tak nak masuk ke sekolah. Dia boleh berlari nak ikut aku balik. Aku cukup pantang kalau anak-anak tak nak ke sekolah tanpa sebab yang munasabah. Sabar aku yang menipis terus hilang bila dia menangis.

Akhirnya dia masuk juga ke dalam kawasan sekolah dalam keadaan menangis sedih. Ahh.. takde maknanya ibumu ini nak kesian, lagi berangin ye ada..

Itulah kisah untuk hari ni dalam melayan kerenah anak-anak ke sekolah. Semua minta aku hantarkan ke sekolah cuma dak Nuha je yang meragam seteruk itu.. 😤😤😤

Sesekali anak-anak nak bermanja tiada salahnya.. cuma jangan meragam macam itu sekali.

StatusHati: Perlukan tenaga untuk tempat bertugas.. 😣


Monday, February 25, 2019

Birthday anak buah en. Hubby


23 Februari 2019 (Sabtu)

En. Hubby dipertanggungkan dalam penyediaan menu utama di rumah kakak beliau bagi meraikan hari lahir anak sulung mereka. Menu nasi ayam di masak dari rumah dan sup kambing dimasak di rumah kakak beliau.

Sup Kambing..
Menu yang lain lupa nak snap untuk dimasukkan di sini..


Aku..?
Tak mampu nak membantu, dek kerana en. Hubby cirit-birit dari Jumaat malam hingga ke pukul 4 pagi membuat aku tak cukup rehat dan letih hingga ke malam kejadian. En. Hubby terpaksa gagahkan diri memasak walau dalam keadaan diri yang tidak selesa dan kurang rehat.


Sebelum majlis bermula.. bersama kakak ipar dan anak-anak kami..
Semua dah jadi anak dara..


Nur Ain Syuhadah bersama en. Hubby yang melayan beliau yang malu-malu..


Ini dia birthday girl yang diraikan..



Disebalik gambar kami, birthday girl bersama mama dan ayah beliau..


Ini pula dak Kakak.. dah macam kawan pada aku..


Alhamdulillah..
Majlis yang sederhana tapi berjalan dengan baik dan seperti yang dirancang. Malam tu siap ada pakej berkaraoke bagi memeriahkan suasana.


Barang yang selesai digunakan.


Selesai majlis, sesi mengemas barang dan balik rumah untuk berehat. Tak fikir apa dah, dapur bersepah pun tak tengok, terus tidur dek keletihan. Pagi esoknya baru mengemas dapur..


StatusHati: Lelah dengan keadaan 'semasa'..


Sunday, February 24, 2019

Malam baru beraksi


Ahad..
Rutin sedikit berubah dari biasa tapi masih tidak lari dari kebiasaan. Panas berbahang tidak menghalang untuk aku bersama anak-anak berjalan ditemani #TemanSepanjangHayat.

Bila dah ke hulu ke hilir, maka malam baru dapat beraksi di sini. Mencatat sesuatu sebagai kenangan.

Anak-anak gembira.. Ibu bahagia.. Babah letih gila 🤣

StatusHati: Berehat dalam kelelahan jauh dari tempat kerja.


Saturday, February 23, 2019

Sakit itu akan menghampiri..


Kebelakangan ini aku sedikit beremosi dek kerana isu yang boleh buat naik darah. Menambah buruk keadaan, aku tak cukup tidur dan kekurangan tenaga.

Letih..
Bergelut dengan masa untuk sesuatu yang terasa tidak masuk akal pada waktu pagi ketika menuju ke tempat kerja.

Ya!Allah.. kuatkanlah semangat aku yang makin menipis ini. Kukuhkanlah rasa sabarku ini. Jauhilah rasa amarah dari menghampiri. Aamiin..

Moga tidak berlaku sesuatu ke atas diri aku. Sakit itu akan menghampiri bila aku terlampau letih dan stress.


StatusHati: Hanya pacal bawahan yang tiada apa-apa..


Friday, February 22, 2019

Alhamdulillah.. berkat doa..


Kisah pagi tadi..

Aku kelam-kabut terkejut bangun tidur gara-gara dek terlewat bangun pagi tadi. 'Ibu cuti ke hari ni?' Dak Kakak bersuara bila aku diam membisu tak bangkit dari pembaringan.

Dahlah lewat, lepas bersiap nak bergerak ke tempat kerja, biasanya en. Hubby tolong hidupkan enjin untuk memudahkan aku segera bergerak menuju ke tempat kerja.

Ku buka pintu belakang dan nak masuk ke dalam kereta. 'Eh!Siapa nak pandu kereta kalau duduk belakang?' En. Hubby pelik melihatkan keadaan aku.

Haa.. amik.. pagi yang sunyi tu kuat kugelak.. 😆😆 Terasa lucu dengan perbuatanku itu dek kerana dah lambat nak ke tempat kerja. Dahlah akan berlaku kesusahan bila sampai nanti. Aku tambah pulak di atas kelewatanku itu.. 🤣🤣

Alhamdulillah.. berkat doa sepanjang jalan, akhirnya tiba jua di tempat kerja tanpa mengalami kesusahan tersebut. Aamiin..


StatusHati: Letih..


Thursday, February 21, 2019

Minta Maaf dan Terima Kasih


Belajarlah lebih kerap menggunakan ayat di bawah ini:
  • Minta Maaf
  • Terima Kasih

Aku ni cuba berusaha mengelak dari bersikap kurang ajar. Bukan tak hormat cuma demi sikap professional dan ingat kata-kata orang tuaku maka tidaklah sampai bergegar dunia.

Payah dengan orang yang tak boleh terima teguran ni. Pendapat dia je yang betul. Dengan sikap keras kepala, sangat annoying pada pandangan mata.

Tak apalah, bertabahlah.. Demi kesihatan dan masih dalam proses rawatan ke atas diri, maka aku perlu tingkatkan tahap kesabaran aku.


StatusHati: 😕😕


Wednesday, February 20, 2019

Tembok Besar China


Bermulalah sejarah mengenai sesuatu di tanah jajahan baru.

Dulu aku tak kisah..
Sekarang dah lain.. sangat lain..
Aku malas nak sentuh berkenaan isu ini, nanti dikatakan aku menyentuh perasaan. Maka.. jalan terbaik seperti seseorang pernah berkata 'kenalah sampai awal..'

Fake sangat ke entry kali ni..?
Ini bukan sebagai menjaga tatasusila dan adab dalam menulis di sini tapi aku lebih menjaga blog aku demi kenangan yang baik-baik je.. 😘

Aku tak pernah walau sekali sepanjang aku berblog aku suka share mengenai di mana lokasi kerja aku. Aku selesa tiada yang tahu. Semua ini demi keselesaan dan keselamatan diri dan keluarga aku. Sekali lagi aku tekankan di sini aku tak berminat langsung nak share di sini.. 😎

Disebabkan ada kes baru-baru ini tanpa mendapatkan penjelasan dari aku menyebabkan aku hilang kepercayaan pada mereka hingga membuatkan aku meletakkan tembok pemisah. Dah macam Tembok Besar China pulak.. 🤣🤣

Jadi.. tak usahlah buang masa mencari kesalahan orang lain. Perbaiki apa kurang itu lebih penting.


StatusHati: Pasrah bukan Redha..


Tuesday, February 19, 2019

Lama dah tak main Ping Pong


#PingPong


Lama sungguh aku tak main ni.
Tengahari semalam main balik.. Fuh..!Berpeluh sakan aku dibuatnya. Nasib baik masih kekal wangi lagi.. 🤣🤣🤣

Seronok sebenarnya dapat main semula game ini tapi disebabkan stamina tiada maka permainan sekadar bermain untuk keluarkan peluh jelahlah.. 😉

Sekarang, dah semakin jarang aku dapat main. Mungkin disebabkan jarak waktu yang terhad membuatkan masing-masing tidak teruja untuk bermain.


StatusHati: Kurang masa berehat..


Monday, February 18, 2019

Majlis Aqiqah di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar


Kisah pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 lepas..

PAGI..
Gotong-royong di sekolah dak Kakak..


TENGAHARI..

Selesai gotong-royong di sekolah dak Kakak, kami menuju ke Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor menghadiri majlis aqiqah anak jiran kami di kampung keluarga mereka di sana. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan, begitu juga dengan majlis tersebut. Menu yang disajikan juga sedap tapi aku segan nak ambik gambar, terasa diri diperhatikan pulak.. hahaha..


PETANG..
Dalam perjalanan balik..

Sungai Janggut..
Suka mengambil gambar pemandangan..


Tanjung Karang..
Kampung my Biras..


Dak Nuha kena himpit dek dak Kakak dengan dak Adik..


Singgah makan mee udang banjir..
Sekadar share semangkuk memandangkan kami dah kekenyangan sebelumnya..
Kue Tiaw Kungfu pulak biasa je rasanya.. maaf gambar tiada..


Muka kena tegur, merajukler tu.. hehehe..


Dak Kakak teruja dapat makan mee udang banjir..


Tempat persinggah terakhir..

Pantai Remis



Dak Kakak merengek ajak singgah di Pantai Remis. Tak dapat tidak diajak kami singgah di situ atas alasan nak beli ikan laga dek kerana sepupu mereka pernah beli ikan laga di situ sebelum ini. Halah.. halah.. halah.. tapi demi anak-anak, Babahnya turutkan.

Aku..? Kekenyangan + Kepenatan.. hahaha..
Dak Adik merengek nakkan gasing gaya baru budak-budak zaman sekarang main (lupa nak snap gambar gasing tersebut). Dak Nuha je yang cool tak merengek nak itu ini, mungkin sebab dah penat macam ibunya..

Kebetulan masa sibuk memilih ikan laga tersebut, ada budak-budak dari sebuah SMA ni mengambil kesempatan menemubual aku mendapatkan pandangan aku mengenai gadjet. Aku yang terlebih mesra ketika itu memberikan kerjasama yang baik pulak pada mereka yang pada awalnya segan nak jumpa aku. Alhamdulillah rezeki aku dari mereka, aku dapat hadiah yang comel. Alah.. terlupa pulak nak ambil gambar hadiah tersebut. Gambar ikan pun lupa.. Nantilah ye aku share.. di SINI..

Alhamdulillah..
Selamat sampai rumah lebih kurang pukul 1815 petang. Berehat di rumah tak nak keluar dah.. letih usah ditanya.. kenyang apatah lagi.. hehehe..


StatusHati: Hantu Korea tiba-tiba merasuk #MakBudak..


Sunday, February 17, 2019

Roti Canai dan kuahnya


Aku jarang bersarapan di luar tapi kalau bersarapan di luar biasanya akan ikut selera en. Hubby. Biasanya, kami akan cuba di kedai makan yang berbeza-beza, sekadar ingin merasa menu yang disajikan. Andai sedap, lain kali boleh datang lagi atau boleh cadangkan pada kawan-kawan tempat  makan tersebut.

Kalau bab makan roti canai, kami takde spesifik tempat. Asal tempat tu bersih dan selesa pada pandangan mata aku, maka disitulah tempat kami bersarapan.


Perangai aku, waktu makan roti canai..
Aku tak kisah rotinya tapi aku cukup kisah kuahnya..


Aku jadi kurang berselera nak makan kalau kuah tu dah bercampur dengan sambal.
Aku sanggup makan roti canai kosong je berbanding nak cicah dengan kuahnya.


StatusHati: Hujung minggu, berehat secukupnya di rumah..


Saturday, February 16, 2019

Kes Langgar Tiang


Kisah pagi semalam:
'Sempat aku tahan tangan di dada. Kalau tak, memang jantung aku terus buat aksi lompat jauh pagi tadi dek gara-gara undurkan kereta pergi langgar tiang.

Tak pernah dalam sejarah memandu jadi macam tu. Itulah Allah bayar cash bila mana dok membawang sebuah kereta ni yang parking dekat tempat yang biasa aku parking. 🤣🤣'

Kes langgar tiang semasa undurkan kereta..
'Senanglah.. kan dah kontot kereta tu..'
En. Hubby boleh buat lawak dengan keadaan tersebut.


Syukur Alhamdulillah, kedaan cikPutih tak cedera. Andai cedera tak tahulah aku nak kata memandangkan sebelum ni cikPutih dah pun cedera di SINI..


StatusHati: Rutin harian perlu diteruskan..


Friday, February 15, 2019

Cuma cabang, cabang dan cabang..



U: 'Bagi saya Qada' dan Qadar bukan pada garisan lurus, penuh dengan cabang-cabang. Macam ranting pada pokok yang besar.'
J: 'Jadi, kita kena pilih ranting mana yang betul macam tu.'
U: 'Yang betul tu hanya untuk Tuan je. Takde ranting yang paling betul pun Tuan.'
J: 'Habis tu.. apa je yang ada?'
U: 'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati.'
Dari Filem PASKAL - minit 47:34


Cabang.. cabang.. cabang..
Aku masih belum dipertemukan dengan cabang yang kukuh buat aku untuk bernaung di bawahnya. Masih lagi tercari-cari cabang itu.

Apa yang telah dan sedang aku alami, dipertengahan cabang tersebut pasti menyebabkan aku jatuh kembali. Sakitnya berkali-kali aku rasa hingga kini.

Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan ini. Sekukuh mana tahap kesabaran ini.. Entahlah.. 😔


StatusHati: Sabar sampai bila.. 😣


Thursday, February 14, 2019

Apa yang akan kita rasakan



Apa yang akan kita rasakan..
Jika saksikan kiamat depan mata..


Tak terjangkau dek fikiran..
Masih jauh amal ibadah dirasakan sehingga terfikir sedemikian.

'Apabila melakukan satu kesilapan, segeralah bertaubat sebelum ajal menjemput, jangan hanya tahu buat.'


StatusHati: Peringatan bersama..


Wednesday, February 13, 2019

Hasil dari Ujian EEG di Makmal Neurologi


Bangun pagi semalam..
Sakitku kembali menyerang.
Halah.. halah.. halah.. Macam tahu-tahu je aku ada temujanji di hospital pagi itu.

Paling aku tak suka..
Pasti aku jadi letih selepas diserang rasa sakit tersebut.
Allahu.. aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi menimbulkan panik dalam rumah aku.. 😣


Berkebetulan pagi semalam ada temujanji untuk berjumpa dengan doctor, aku ditemani en. Hubby terus ke hospital. Dalam keadaan dalaman aku tak larat, memang aku takkan sendirian ke hospital. Secara luaran, ye.. memang nampak aku kuat tapi hakikatnya dalaman aku 'penat'.

Hasil dari ujian Electroencephalogram (EEG) di Makmal Neurologi yang telah dibuat sebelum ini adalah Normal dan doctor turut berbincang keadaan diri aku. Apa yang penting, pengambilan ubat perlu diteruskan demi sekiranya nak cepat baik. Paling penting tak boleh stress dan aku tak boleh terlampau letih serta perlu mendapat rehat secukupnya.

Disebalik keputusan tersebut.. Alhamdulillah sedikit melegakan hati aku yang 😟😟😟.. Syukur, tak perlu tunggu lama di hospital.. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkanNYA pagi semalam.


StatusHati: Stress sebenarnya dengan tempat kerja aku yang..


Tuesday, February 12, 2019

Semua sudah.. semua sudah..


Jika Mahu..
Eh!Boleh je kau uji..

Selagi ku bernafas lagi
Selagi ku berdiri
Tak ada yang aku kesali..

Semua sudah, semua sudah..
Nampak pun sudah, kenal pun sudah..
Sayang pun sudah, gaduh pun sudah.
Semua sudah, semua sudah..


Lagu di atas nyanyian Elizabeth Tan ada dalam drama terbaru di tv 'Senafas Rindu'.. Menarik sebab lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan sendiri. Maklumat lanjut, google lah ye.. 😉

Adakala sesebuah lirik lagu itu memberi makna kepada seseorang. Seperti lagu HARAM, itupun memberi makna tersendiri dalam diri aku. Seperti berHAJATkan sesuatu.. 🤣😂

Aku sukakan sebahagian liriknya, kena pula dengan situasi yang aku sedang hadapi ketika ini. 'semua sudah.. semua sudah..' tapi masih ada je yang belum.

Aku adalah aku.. #MakBudak a.k.a #RemajaPurba yang dah tak pedulikan apa yang orang nak kata. Kenapa perlu aku mendengar kata sedangkan aku dah puas ikut 'peraturan' sedia ada.


StatusHati: Pergi kau jauh dari sini..


Monday, February 11, 2019

Bertahan selagi boleh..


Hari pertama persekolahan..
Rutin kembali seperti biasa..
Hadap selagi larat selagi boleh..
Ketepikan rasa negatif dari menghampiri diri..


Aku..
Masih di sini..
Nampak tenang, kuat seperti tiada masalah..
Namun..
Tak pernah kira berapa kali hati ini dah rabak untuk nampak macam tu..


Nak luah tak boleh..
Bertahan selagi boleh..


StatusHati: ...


Sunday, February 10, 2019

Syaitan sendiri akan jawab..


Buat BAIK itu pilihan..
Buat JAHAT itu juga pilihan..

Pilihan siapa..?
Dah tentu DIRI kita sendiri..

Jadi..
Di penghujungnya nanti kita sendiri yang akan jawab apa pilihan kita dan kenapa kita memilihnya..?

Bila buat JAHAT kita nak salahkan syaitan sebab menghasut? 

Syaitan sendiri akan jawab:
'Aku ajak je, kau sendiri tahu yang aku penipu..'

Masa itu nanti nak salahkan siapa..? 🤔


StatusHati: Peringatan untuk diri sendiri..


Saturday, February 9, 2019

Hati kena Kuat..!


Mesej dari seseorang..


Walau satu dunia membenci kita, pegang erat kata-kata indah ini di dada:

'Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Cari Allah. Peluk cinta Allah dengan kuat!'


Ingatlah..!
Jangan mudah letakkan kepercayaan pada orang lain. 
Mereka hanya pandai mengambil kesempatan..
Tinggalkan saja mereka itu #MakBudak..


StatusHati: Hati kena kuat..!


Friday, February 8, 2019

SWAT Season 2


Sejak berlakunya perubahan dalam jadual rutin aku, membuatkan masa menonton menjadi terhad. Tonton pun drama yang aku dah record lebih awal..

Ini antara drama di tv yang menjadi pilihan untuk ditonton seperti siri:
  • SEAL TEAM di SINI..
  • BLACKLIST di SINI..
  • La ni SWAT menjadi pilihan di FOX Channel 724 - setiap hari Jumaat..

SWAT..
Waktu musim pertama dahulu, siri ini bukanlah satu siri kegemaran aku. Tak pernah pun menontonnya ketika itu.

La ni..
Musim kedua, dek watak Hondo buat aku jatuh suka dengan siri ini. Tall, dark + garang menjadikan dia nampak seksi pada pandangan mata aku.. ggrrr... aauuummmm.. miooww.. 😄😉


Mengenai SWAT ini boleh juga di baca di SINI..
The series centers on Sergeant Daniel 'Hondo' Harrelson. A lifetime Los Angeles local and former Marine, Hondo has been tapped to lead a new 'last stop' Special Weapons and Tactics unit. Because he is L.A born and raised, Hondo feels deeply loyal not only to his 'brothers in blue' but also to the people they serve. This makes him particularly qualified to lead the team and build a bridge between the force and the community.

Shemar Moore as Sergeant II Daniel 'Hondo' Harrelson


Stephanie Sigman as Captain Jessica Cortez, Commanding Officer of the LAPD Metropolitan Division.


Lina Esco as Officer III Christina 'Chris' Alonso, a former canine officer and (originally) the only female assigned to SWAT.

- Gambar dari en. Google..

Anak-anak pun dah faham apa yang aku suka tonton. Pandangan pelik akan diberikan andai aku menonton drama Melayu..


StatusHati: Jangan dipaksa kalau hati tak suka..


Remove them from the list..!



'Allah puts people in your life for a reason and removes them from your life for a better reason.'


Sepatutnya dari dulu aku tak perlu ada mereka. Tiada keperluan sebenarnya untuk mereka mengetahui rutin harian aku. Huh..! 😞 Disebalik mereka itu rupanya menjadi punca aku 'terkena getah'..

Jalan terbaik..
Remove them from the list..!
Aku ada sebab berbuat demikian..
Aku punya alasan aku sendiri..
Walaupun berat untuk aku lakukan pada awalnya tapi itulah pengakhirannya dan pengajaran terbaik bagi aku - 'jangan mudah menerima seseorang dalam dunia mayamu.'


StatusHati: Sambungan di SINI..


Thursday, February 7, 2019

You can change your Habits


'Dekatkan diri dengan Al-Quran Nek Bonda. Baca! Bukan tengok! Dalam tu macam-macam cara ada Nek Bonda. nak sejukkan hati, nak damaikan hati Nek Bonda. Nak buangkan segala kotoran hitam dalam hati Nek Bonda tu. Moga Allah jentik hati Nek Bonda..'

'Baca Al-Quran! Ingat mati..! Dah tua-tua tak sedar diri lagi..'

(Episode 28: Minit 36:53)
Drama: Kan Kukejar Cinta Kamu
=======

Bukan hanya untuk yang berusia, kita yang muda pun sebaiknya ambillah iktibar.

Buanglah sikap buruk yang ada dalam diri. Dunia kita ni bulat. Tak selamanya kita berada di atas. Jangan terlalu mendongak langit hingga terlupa yang di bawah ini.

Aku sendiri tak sempurna mana. Masih terkial-kial dalam mencari jalan lurus itu.

Ingatlah..
'You cannot change your future but you can change your habits and surely your habits will change your future..'


StatusHati: Ku ingin menjauh darimu..


Wednesday, February 6, 2019

#GadisLitar


Lokasi:
Di sebuah taman perumahan.. bukan di litar..

Ni bukan gadis tapi #RemajaPurba 😉


Dak Nuha pun turut mencuba.. 😄


Hanya tepekan gambar tanpa bahan bicara. Sekadar ingin berehat menikmati hari cuti sambil berdiam diri.


StatusHati: Dingin dan ingin menjauh pergi..


Tuesday, February 5, 2019

Chinese New Year 2019


Cuti Umum..
Kali ini sempena Perayaan Tahun Baru Cina, hanya perlu tambah tiga hari cuti rehat bagi yang bekerja untuk melengkapkan cuti panjang selama seminggu menyamai cuti sekolah. Puas sakan cuti kali ni tapi bukan akulah.

Aku.?
Kerja seperti biasa..

Ketika orang lain sibuk memenuhkan lebuhraya menuju balik kampung, aku tenang memandu ke tempat kerja tanpa perlu mengharungi kesesakan jalanraya. Santai memandu sambil ditemani lagu terbaik AJL33 😄 Alah.. sesekali je pun.

Hari ini..
Berada di rumah sambil cuba merehatkan diri dari terus dihurungi masalah. Cukuplah yang sedia ada ni..


Apa-apapun..
🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊

Happy Chinese New Year buat semua yang menyambutnya terutama buat Dr. Kang Tong Hum and family..

🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊


StatusHati: Semakin jauh hati ini..


Monday, February 4, 2019

JAMPI itu HARAM



Kalau sebelum ini aku telah cuba untuk menJAMPI tapi akhirnya aku tahu ia sesuatu yang HARAM untuk dilakukan.

'Oh!Biar rasa ini hanya sekadar engkau tahu.. Aku ada bila perlu.. Kita saja tahu..'
#AJL33
#DayangNurfaizah
#HaelHusaini


Sumber dari en. Google..


Haram..


Lagu Haram ini aku jarang nak dengar berbanding lagu Jampi, tapi liriknya amat menarik hati aku. Ada sesuatu di situ.. Tak sangka ia menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 33 malam tadi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Vokal Dayang Nurfaizah memang tak dinafikan tapi rezeki tak memihak kepada beliau. Dari dulu aku memang suka dengar bila Dayang Nurfaizah melantunkan suara beliau. Apa-apapun tahniah di atas kemenangan tersebut, begitu juga buat pemenang yang lain.

Seperti kata Ketua Juri, Azmeer, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai pembaharuan dan muziknya yang lebih berevolusi.


StatusHati: 'Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti..'


Sunday, February 3, 2019

Jemari ni ringan je..


Masih ada sesuatu yang aku belum luahkan di sini buat si 👀.. Jemari ni ringan je ingin keluarkan tapi arahan otak menangguhkan dari ia terjadi. Aku benci bila ia menghimpit fikiran aku dek apa yang telah terjadi.

Namun..
Aku lebih suka ia go with the flow.. one fine day.. 

Marah.. 😠
Sakit hati.. 😡
Sedih.. 😢
Kecewa.. 😭
Namun belum masa untuk aku luahkan di sini.

Aku perlukan ruang masa untuk diri aku sendiri. Kesihatan diri perlu diutamakan. Cukuplah dengan beban sedia ada yang aku hadapi kini.


StatusHati: Kecewa dalam hati tak siapa yang tahu..


Saturday, February 2, 2019

Sarapan pagi yang simple




Sementara nak tunggu waktu lunch..
Sayang pula nak biarkan nasi goreng + air #Kopi434 ni sejuk sendirian di atas meja.


StatusHati: Cuba untuk bersabar atas 'sesuatu'..


Friday, February 1, 2019

Kisah Nasi Kerabu + Sarapan Pagi tadi


Kisah Pagi Semalam..
Sarapan agak berat dari biasa.. #RiceToWednesday..
 #MakBudak mana biasa makan banyak dekat tempat kerja.. Sesekali teringin.. Nah tu dia.. Perlukan tenaga lebih dari biasa 💪

#NasiKerabu Ayam Bakar


#MakBudak versi 2019..


Dah makan berat, haruslah kerja pun turut berat.


Alhamdulillah..
Nasi Kerabu tersebut sangat mengenyangkan hati dan perasaan aku. Sejak aku berada di luar lokasi kaklong kawasan ni, aku sememangnya tak mengambil sarapan pagi menu yang berat, begitu juga pada waktu tengahari. Hanya sesekali seperti kejadian pagi semalam. Itulah yang terjadi bila tekak dan perut tak nak bekerjasama, yang jadi mangsa mulut MakBudak sudahnya dipaksa menerima makanan.. 🤣



Kisah Pagi Tadi..



Sengaja mencari kelainan bersarapan di luar kawasan dengan hanya berjalan kaki nak merasa suasana pagi yang tenang melihat pokok sambil merakam pergerakan siput babi yang bergerak perlahan meregangkan otot bersenam di tepian jalan.. 😄


Kali kedua bersarapan di sini bersama kak Zai..


'Siput babi sedang bersenam'  🐌


Dalam perjalanan balik.. Wah... rezeki.. dah tak berapa meter nak sampai ke tempat kerja, rakan kerja menumpangkan kami menaiki kereta beliau. Terima kasih buatmu wahai teman. Kurang peluh dan bertambah kembali lemak kami.. 🤣


Terima kasih pada 'Ultraman'.. 🤗


StatusHati: Selamat Hari Wilayah bagi yang menyambutnya hari ini..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...