Followers Remaja Purba

Monday, November 19, 2018

'Sijil' daripada Doktor


ISNIN..

Hari yang sangat-sangat aku cuba elakkan dari menerima 'Sijil' daripada Doktor terpaksa jua kuhadapi.

Bukan sengaja mencipta alasan atau perhatian tapi aku geram sebenarnya.. meh sini turn aku pulak.

Lagipun dah seminggu lebih aku sanggup tahan diri dari pergi dapatkan rawatan dari kes jatuh tersadung di Bukit Fraser di SINI hinggalah batuk + selesema yang melanda diri sejak minggu lepas.

Kali ni.. angkat bendera putih #MakBudak.. surrender.. 

Bak kata en. Hubby.. 'Mana lagi penting.. nyawa ke kerja sayang tu..?!'

Seperti kata Doctor tadi pagi tadi..
'Saya tengok keadaan isteri awak ni pun saya tahu yang dia ni tengah stress. Lupakan sekejap hal kerja tu. Rehat.. pergi bercuti ke mana yang awak mahu. Takpe.. hari ni saya bagi awak cuti. Awak balik rumah, awak rehat ye..'


Terima kasih banyak-banyak doktor.
Sila sayangi diri sendiri dahulu ye #MakBudak.
Bak kata doktor pagi tadi.. 'waktu kita sakit, mereka di tempat kerja tu belum tentu ada yang pedulikan kita.'


StatusHati: Sabarlah wahai hati..


Friday, November 16, 2018

Dengan Lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Salam Pagi Jumaat..


Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
Moga apa yang dihajati berjaya diperolehi.
Moga rasa 'PUAS' itu tidak di KIV.. Aamiin.. 🤗😀
#MulberryLenggeng


StatusHati: #MakBudak masih belum sihat sepenuhnya..


Thursday, November 15, 2018

The Blacklist


Jatuh bangun Raymond 'Red' Reddington dalam drama bersiri THE BLACKLIST. 

 Sumber en. Google

Antara watak utama dalam drama bersiri tersebut:
James Spader as Raymond 'Red' Reddington
Megan Boone as Elizabeth Keen
Diego Klattenhoff as Donald Ressler
Ryan Eggold as Tom Keen
Harry Lennix as Harold Cooper
Amir Arison as Aram Mojtabai
Mozhan Marnò as Samar Navabi
Hisham Twfiq as Dembe Zuma


Tiap watak penguat cerita antara satu sama lain. Bertambah menarik bila mengetahui Keen adalah anak kepada Reddington cuma sayang watak Tom akhirnya mati di  mana watak Tom antara watak kegemaran aku selain dari Ressler; dan masih menjadi tanda tanya dalam diri aku, beg berisi tulang manusia disembunyikan dari pengetahuan Keen, ada bersangkut-paut dengan Red.. ke aku yang dah terlepas pandang..?






Musim pertama di mana Reddington menyerah diri kepada pihak berkuasa dan pada musim keempat ada satu episode kisah disebalik kenapa Reddington menyerah diri kepada pihak berkuasa.



Terkini..
Makin berkembang watak pada keluarga 'The Blacklist'.. kali terakhir hingga musim kelima je dapat aku tonton. Masih banyak persoalan yang belum terjawab pada watak Reddington itu lagi.





StatusHati: 'Blacklist' kan je mereka yang tak layak berada dalam hatimu itu..

Wednesday, November 14, 2018

Kegunaan Tupperware



Dalam banyak bekas dalam rumah, bekas ini jugak yang dak Nuha berkenan..

Untuk dak Nuha isikan pencil color dia..


Tupperware #MakBudak dijadikan mangsa..


'Dari sayang tak nak guna langsung, dok tersimpan dalam bilik belakang tu, biarlah anak tu guna isi barang mainan dia.' Memang padu ayat en. Hubby.


StatusHati: Takpelah ibu.. kita beli lain ye..


Tuesday, November 13, 2018

Ujian Electroencephalogram (EEG) di Makmal Neurology


Kisah pagi semalam..

Nasi Lemak di Jalan 222, Petaling Jaya


Alhamdulillah..
Urusan berkaitan Ujian Electroencephalogram (EEG) (alat untuk memeriksa gelombang otak) di Makmal Neurology at Hospital selamat dijalankan. Ujian yang dibuat dalam keadaan sedar dan juga dalam keadaan tidur tapi kali ni tak mampu pula aku nak tidur lena walhal pagi tadi sebelum sampai bukan main tersengguk-sengguk nak tidur. Sepanjang ujian berkaitan dijalankan, aku rasa merasa jugalah aku terlena walau hanya sekejap dan berkebetulan aku dalam keadaan tak sihat; batuk + selesema.


Hari ni..
Batuk makin ketara + perit tekak ni.. ingat semakin baik tapi terbalik pulak. Nak kata aku tak kawal pemakanan, tak jugak. Nak kata aku tak makan ubat.. errr.. part yang ni.. ok aku mengaku belum jumpa doktor lagi. Aku ingat hanya sekadar sakit biasa sebab biasanya sekejap sakitnya dan harapnya takde apa-apalah hendakNYA.

Mengadu pada en. Hubby.. kena bebel lagi ye ada..
'Siapa suruh pergi kerja. Sayang kerja dari nyawa sendiri!' Padu beb..

Spesis selagi larat kerja, selagi tu aku akan pergi kerja. Lagipun nak kejar dateline. Nampak tak alasan yang buat makin bertambah hangin en. Hubby  mendengarnya.


StatusHati: Hujan.. sejuk..


Saturday, November 10, 2018

Bukit Fraser - Strategi Pengurusan Hutang dan Menuju Bebas Hutang


Pandangan Islam Tentang Hutang:
Hukum Asal adalah harus (jual beli secara hutang) dan hukum akan berubah mengikut situasi dan bagaimana transaksi dilakukan.

Apa yang perlu kita buat?
D - Doa dulu
U - Usaha (Usaha mesti dipimpin dengan ilmu)
I - Ilmu
T - Tawakkal

Biar orang berhutang dengan kita jangan kita berhutang dengan orang dan kalau boleh jangan memberi hutang.


'Doa dipermudahkan Beban Hutang'


'Doa Agar Terhindar dari Kesusahan Hutang'

- yang memegang jiwa adalah Allah.
'Kita kena kuatkan JIWA kita'

'Ya!Allah, Aku berlindung padaMU dari kekuasaan dan kedudukan, dari lemah keimanan dan rasa malas dari sifat pengecut dan bakhil dari banyak hutang dan kezaliman manusia.' - Zikir Mathurat.


JENIS-JENIS HUTANG (TYPE OF DEBTS)
Consumer Debts /  Consumption Credits)
Car Loan (Hire Purchase) - Sewa Beli
Credit Card
Court Mammoth
Aeon Credit
Ar-Rahnu
Student Loan

FINANCING AN ASSET (MEMBELI ASET)
Mortgage (Hartanah)
Share Margin Financing (Saham)
ASB Financing


FORMULA 20/5/10
Sekiranya nak buat hutang bayar secara bulanan
20 - Down payment
5 - Tahun
10 - % daripada gaji
Kalau follow rules ini, tak perlu topup untuk bayar (Financial Management)


ASET vs LIABILITI

ASET
Nilai semakin meningkat
Memberi pendapatan

LIABILITI
Nilai turun
Menambahkan komitmen dan perbelanjaan


Cara Penetapan Kadar Keuntungan:
KADAR RATA (Flat Rate)
Kadar x Nilai Pinjaman x Tahun
Sewa Beli Kereta
Pembiayaan Peribadi

REDUCING BALANCE
Fixed Rated & Flexible Rate
Dikira atas baki yang tinggal
Aset (Hartanah, ASB, Saham)
Kad Kredit

Strategy Pengurusan Hutang
Good Debt = Buy Asset
Bad Debt = Buy Liability
Hapuskan Bad Debt Segera


Oleh: En. Alwi Adam (Prinsipal Adviser)

Books Written:
3IY360 Mengurus Wang
100 #TipKewangan
Revolusi Wang
Saham 1001 - Jana Untung Konsisten
Saham 201 - Saring dan Pilih Saham Berpotensi


Bersama En. Alwi Adam
Sambungan kisah dari SINI..


Setiap orang kena ada Tabung Kecemasan TIGA BULAN BELANJA
(Nilai itu TAK BOLEH disentuh)

DUMB person use INCOME to pay DEBTS
Average person use INCOME to SPEND
Normal persone use INCOME to SAVE
Wise persone use INCOME to INVEST
Genius persone use LEVERAGE to Invest and set Income from  Investment to make move Income and spend from the  2nd, 3rd degree Income.


StatusHati: Bertabahlah wahai hati..


Friday, November 9, 2018

Sebahagian lagi kenangan di Bukit Fraser


Sedikit kenangan disebalik Program Kemantapan dan Pengukuhan Prestasi di Bukit Fraser, Pahang pada 29 - 31 Oktober 2018 yang lepas.


Di sinilah tempat aku bertapa untuk 3 hari 2 malam..
Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan (PLATIH)

Sejuk + tenang tempatnya..


Aku suka pemandangan ni..


Bila program dimulakan, salah satu daripadanya adalah aktiviti berkumpulan dan aktivitinya adalah WAJIB sepanjang 3 hari program berlangsung. Pemilihan ahli adalah secara rawak dan yang pasti tak boleh tukar. hahaha..

Setiap seorang pegang satu huruf dan buat satu perkataan dan inilah hasilnya menjadi sebuah perkataan 'KEBAHAGIAAN'


Bila dah siap menjadi perkataan, maka itulah ahli yang akan menjadi ahli kumpulan kita
dan.. Ini Kumpulan aku..
'Happiness Ever After'


Petang, hari kedua:
Rezeki dari staff di situ..
Kalau tak kenangkan bukan sendiri punya, dah habis dah tu..


Pokok Bunga Mawar Hijau
Satu-satu spesis Mawar Hijau yang ada di Bukit Fraser yang tiada di tempat lain. Sayang masih belum berbunga, kalau tak, dah tentu bertambah teruja aku..


Pokok Bunga Raya Ungu
Juga satu-satu spesis Bunga Raya Ungu yang ada di Bukit Fraser yang tiada di tempat lain.


Untuk dijadikan kenangan..


Dah lama sebenarnya tak selfie gara-gara diri dah 'mengembang'..


Cantik landskap ni.. suka tengok..
Bentuk jemari pun ye ada..


Aktiviti di sebelah petang..
Team aku satu-satunya team yang selesaikan aktiviti ini dalam hujan, berkebetulan ketika separuh aktiviti dijalankan hujan turun. Selesai sebelum hujan lebat.. Tahniah korang..

Sayang gambar buat aktiviti ni aku belum dapat lagi dari urusetia yang mana team aku menjuarai aktiviti ini... berbaloi..!


Bab bergambar.. pantang dipisahkan dari camera..


Majlis makan malam disertai dengan acara persembahan kumpulan..
Gambar - sengaja malas nak share..


Pagi, hari ketiga:
Tembamnya lahai..
Atok Muar cakap pipi telor.. hahaha..


Gambar beramai-ramai haruslah ada..


Team aku..

Bersama En. Alwi Adam (Prinsipal Adviser)
Siapakah beliau?
Nanti aku share next entry.. di SINI..


Aktiviti 'FUN RACE'


Nampak sejuk tapi sebenarnya tak sejuk sebab penat berjalan..
Takde stamina.. hahaha.. tapi puas hati + enjoy dengan suasana tersebut..


Berhampiran kawasan sinilah aku jatuh dek kerana babi hutan..
Kisah di SINI..


Selfie tetap selfie.. walau sibuk ber'Fun Race'.. 


kena nyanyi 'sama-sama' berlatar-belakangkan buah strawberry besar tu.
Pakej dapat 'wish' - good luck dari tourist yang lalu masa tu..


Baru perasan akak belakang tu buat bentuk 'luv' waktu bergambar bersama..




Bermain aktiviti tengah-tengah jalan..
Masa ni dah mula malas sebenarnya sebab menahan pedih di lutut.


Tetap maintain ayu walau menahan sakit sebenarnya..




Berjaya menghabiskan semua 7 arahan yang diberi.
Walau tak berjaya sebagai pemenang utama tapi kami tetap berpuas hati..



Bukti aku dah sampai di Bukit Fraser..
Yeeaahhaaa...


DAN..
Sebelum kembali turun dari Bukit Fraser.. acara kemuncak:

Dalam setiap pertandingan pasti akan ada kalah dan menang dan siapa tak nak menang kan. Alhamdullilah.. walau tak menang dalam Fun Race pagi tadi tapi team aku 'Happiness Ever After' adalah JUARA KESELURUHAN sepanjang tiga hari program yang berlangsung di Bukit Fraser hinggakan digelar #MataDuitan sejak hari pertama program berlangsung.

Dari lima pasukan yang ada..
#MataDuitan..

Kisah disebalik #MataDuitan tersebut.. dari hari pertama program berlangsung, setiap pasukan diberikan duit. Sekiranya pasukan itu didenda, maka duit akan ditarik; sekiranya menang bagi apa-apa aktiviti akan dapat duit. Maka, bila team aku berjaya dapat jawab apa sahaja soalan yang dilontarkan, pasti aku akan minta - 'nak duit'.. DAN.. dari situlah.. gelaran #MataDuitan itu timbul buat aku.. hahaha.. kira berbaloilah kan..

Bukan untuk Fun Race tapi untuk keseluruhan..
Sekali lagi.. puas hati beb..
Hilang sekejap rasa sakit di lutut aku.. 



Sebelum balik..

Bangunan Balai Polis Bukit Fraser '1919'


Laluan turun dari Bukit Fraser..



Subhanallah.. cantik..


Berkabus sebab suasana lepas hujan..











Akhirnya..
Selamat tiba di sini..
Mengambil masa yang agak lama untuk sampai di sini..
Dan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai di rumah..
Ber huhu.. lah aku menahan sakit sementara nak sampai di rumah waktu kejadian..


Kisah di Bukit Fraser ada di SINI dan mungkin disambung nanti..


StatusHati: Dah mula rasa tak sihat + selesema..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...