Followers Remaja Purba

Friday, September 29, 2017

Makna hari Khamis malam Jumaat


Seiring dan sejalan..
Seindah bunga di taman..

Mengundang rasa bahagia dapat bercanda berdua-duaan dengan en. Hubby tanpa kehadiran askar-askar kecik di sisi.

Walau pada mulanya aku keletihan gara-gara dari pagi semalam penuh dengan agenda yang diatur oleh en. Hubby namun untuk tak menghampakan permintaan beliau maka malam tadi kuturutkan jua.



Haa.. nak sangat ajak keluar kan.. nah amik.. kihkihkih..

Harap-harap tak terlucut kain ni dalam kereta..


Kahkahkah..
Gara-gara malas nak tukar uniform, kain batik pun jadi..

Siap pesan:
Ronda-ronda duduk dalam kereta je tau abang.. bukan ajak pergi makan. Kang viral dalam acik google.. kahkahkah..



StatusHati: Sesekali layan dating dengan en. Hubby..



Tuesday, September 26, 2017

Kepada SUSPEK berkenaan



Pagi tadi:
Melompat dari tempat tidur sebab terlajak bangun. Ini semua salah #PenemanSepanjangHayat melayan kerenah aku malam tadi.. hahaha..


Pagi tadi:
Dah siap isi minyak kereta, dah start enjin kereta.. aku terlupa nak tutup penutup sebelah luar tangki minyak kereta aku. Keluar selamba tutup balik sambil biarkan enjin kereta hidup. Ni pun bahaya jugak bagi mereka yang berniat jahat nak rampas kereta - senang sangat.. tapi Alhamdulillah syukur kereta selamat.


La ni..
Aku belum sarapan lagi. Bukan sebab nak #PerasanSlim sangat tapi tengah serabut gara-gara barang penting #chefHubby hilang hingga kena buat report polis lewat petang semalam.


Kisah semalam:
Dah cuba cari dengan bantuan cctv tapi hampa - tiada maklumat. Kepada suspek berkenaan, kalau kau nak ambil duit yang ada tu, kau ambillah tapi pulangkanlah dokumen yang lain tu. Tak perlulah en. Hubby nak kena berurusan kembali dengan pihak berkaitan. Bukan sedikit duit diperlukan, bukan sekejap tenaga diperlukan dan bukan mudah nak menguruskannya.


Pesan seseorang:
Jangan serabut sangat, ingat.. ada orang lain lagi susah keadaannya. Moga urusan berkaitan dipermudahkanNYA.



StatusHati: Perut + Tekak bekerjasama hari ni - Kenyang walau tak makan lagi..


 

Wednesday, September 20, 2017

20 September - Hari Lahir anak sulungku



13 Tahun yang lepas..
Awal pagi lahirnya dak Kakak.. cinta hati pertama #MakBudak dan #PenemanSepanjangHayat..

Moga Kakak makin matang dan kuat meledani rencah kehidupan. Jangan pedulikan apa orang nak kata. Ingat.. jaga maruah diri sebaiknya.

Terima kasih banyak bantu ibu dengan Babah di rumah. Moga Kakak sentiasa di bawah lindunganNYA.. gembira + ceria serta dengar cakap ibu dengan babah.



Buat anak daraku..
SELAMAT HARI LAHIR NUR UMAIRAH INSYERAH..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU SWEETHEART..



StatusHati: Terasa #MakBudak makin purba bila anak meningkat remaja..



Tuesday, September 19, 2017

Aku adalah seorang ibu yang paling gembira + ceria



Aku adalah seorang ibu yang paling gembira + ceria bila mana anak-anak terlibat dengan aktiviti sukan + lasak. Tak kisahlah main sampai peringkat mana.. asalkan LASAK. Aku tak suka anak-anak aku lembik tak aktif. Tapi satu je yang anak-anak aku tak follow perangai aku - Acara Balapan.. Ni je yang aku sedikit kecewa.. hehehe..


Hari ni dan esok dak Adik terlibat dengan sukan bola sepak sekolahnya.



Malam tadi..
Bersungguh-sungguhlah dia nak itu, nak ini disediakan untuknya. eemm.. alahai anak, bukan jauh pun adik pergi. Lainlah kalau adik pergi ke negeri lain, itu baru je ibu dengan Babah siapkan macam-macam untuk adik. Ni setakat balik hari untuk dua hari ni, bawalah keperluan sekadar perlu je dik oiii..

Tapi, kulayankan je kemahuan dia. Budak tengah semangat nak main, layankan aje. Mana yang rasa kurang perlu tu, aku terangkan balik kenapa tak perlu dibawa bersama.

Doa ibu mengiringi..
'Moga adik bermain dengan gembira dan ceria tanpa sebarang kecederaan..'


Malam ni..
Bertabahlah ye #MakBudak.. menadah telinga untuk mendengar pengalaman dak Adik bermain bola sepak. Nanti Babah balik kita pass baton pulak ye - Babah pulak layan dengar pengalaman dak Adik. Yelah.. Babah kan penjaga gol sekolah dulu.. Ibu cuma peminat bola je.. ekekeke..
 


Status Hati: Anak gembira - aku puas hati..



Monday, September 18, 2017

Tindakan Tatatertib.. eemmm..


Dulu..
Aku pernah meluah rasa di SINI.. bukan setakat itu.. malah di SINI juga tapi sayangnya tiada perubahan positif. 


Ingat ni..!!
Aku akan serahkan gambar lengkap profil diri staff yang berpotensi macam ni bukan dekat klinik tapi jugak dekat hospital terpilih supaya doctor bertugas berat dan liat nak bagi Sijil Cuti Sakit (MC) pada orang macam ni.


Jangan manjakan sangat diri tu..!
Sakit sikit MC..
Sakit sikit EL..


Nak sangat jumpa Doctor, tak payah susah-susah dah.. dalam bangunan sendiri tu dah ada.. Hah! Kau jumpalah dia.. pakej dengan sesi Kaunseling sekali kau dapat..


StatusHati: Stressnya aku dengan staff macam ni..



Friday, September 15, 2017

TAK MENEPATI PIAWAIAN SEDIA ADA


Alhamdulillah.. dengan rezeki dariNYA..
Pekerjaan yang baik, zon yang selesa dan kehidupan yang sempurna..
Syukur Ya!Allah..


Namun demikian, dalam baik dalam sempurna tu pasti terselit cacat pada penglihatan mata dan hati. Bukan sedikit yang aku lalui, boleh stress berhari-hari.

Apalah malang nasib dapat ketua sebegini..??
Segala cadangan yang diutarakan tidak diterima, berhujahlah macam mana sekalipun, dia sebagai ketua juga yang betul.


Janganlah bersikap sebegitu wahai sang ketua.
Tanpa anak-anak buah, tanpa pacal-pacal yang hina ni, belum tentu kau berjaya di tempat sekarang ni. Tanpa bantuan anak-anak buah kau ini, belum tentu kau mampu menjawab pertanyaan soalan yang diutarakan.


Tolonglah belajar memahami. Tolong terima kenyataan.
Kau bukan lagi berada di zon lama kau yang selesa itu. Kau kini berada di zon baru.. zon yang memerlukan kau menerima pandangan anak-anak buah kau ini.


Tertekan kau tahu tak nak hadap kerenah kau itu.
Ye..  memang kau ketua.. tapi apa guna sebagai seorang ketua tapi KAU AJE YANG BETUL WALAU HAKIKATNYA APA YANG KAU CUBA APLIKASIKAN TU TAK MENEPATI PIAWAIAN SEDIA ADA.


Apa yang kau buat tu menyusahkan orang lain.. menyukarkan keadaan malah meninggalkan kesan yang negatif. Kau tahu tak.. bila kau bersikap demikian, bukan sedikit dosa yang anak buah kau kena tanggung gara-gara mengata mengutuk di belakang kau.


Oh!Tolonglah Pengurusan Tertinggi.. takkan takde seorang pun boleh nasihatkan, ajarkan, sedarkan dia dari lena yang panjang tu.. Allahuakbar.. geram + sakit hati yang bukan sedikit aku rasakan hingga terluah di sini.


StatusHati: Sabar.. jangan marah.. nanti pengsan lagi.. huhuhu..



Sunday, September 10, 2017

Menang itu mustahil, kalah itu pasti


#MakBudak baru sehari keluar hospital dah gedik nak beraksi yang konon pandai main ping pong.. 😎 

Pagi semalam..
Aku berani main pun disebabkan chef Hubby sanggup temankan aku. Dalam keadaan aku macam tu, biarlah ada yang menemani selain dari #GengPingPongOffice aku. 

Terima kasih buat #PenemanSepanjangHayat yang sanggup melihat kekalahan demi kekalahan aku pagi semalam.. 😀😀

Nama je yang main game tu 'beginner'.. tapi berpeluh nak lawan.. kehkehkeh.. Macam member office aku cakap, kita ni lagi bawah dari 'beginner'.. hahaha..




StatusHati: Menang itu mustahil, kalah itu pasti.. 🤣🤣



Friday, September 8, 2017

Awal pagi di Kecemasan Hospital



Kisah awal pagi semalam:

Aku dikejarkan ke Kecemasan Hospital oleh en. Hubby awal pagi tadi. Awalnya rasa tak puas hati dengan en. Hubby kenapa nak marah-marah sebab aku rasa baru je tidur.. tup tup kena kejut dalam keadaan tergesa-gesa. Dipaksa ke hospital awal pagi tu juga kerana beliau risaukan keadaan diri aku masa tu.


Alhamdulillah..
Urusan di Kecemasan Hospital selesai sebelum tengahari semalam. Tak masuk wad sebab penuh. Ujian ke atas diri aku semuanya normal.. syukur Alhamdulillah.


Bila urusan di Hospital dah selesai baru dapat gambaran sebenar keadaan aku awal pagi tadi. Keadaan yang sama ketika kali pertama aku dimasukkan ke hospital cuma situasi berbeza dan kali kedua aku tergigit lidah sendiri awal pagi tadi.. patutlah lidah aku rasa sakit. Kisah tergigit lidah seperti di SINI..


Makan malam pun hasil pemantauan #ChefHubby.
Habislah #PerasanSlim aku lepas ni.

Cuti sakit yang aku cuba 'jaga' sebelum ni, pecah juga akhirnya. Dari tak guna langsung, semalam aku dapat cuti sakit diberikan oleh doktor bertugas di Kecemasan Hospital. Huhuhu.. sedihnya tak berjaya nak kekalkan sepanjang tahun 2017 ni tiada langsung penggunaan cuti sakit.


Apa-apapun terima kasih pada semua yang membantu, datang melawat (melawat en. Hb sebenarnya) dan yang mendoakan aku. Maaf sebab tak reply satu-persatu kerana keadaan aku yang belum pulih sepenuhnya.


DAN..
Hari ni aku masuk kerja.. eemm.. ada kerja yang perlu diselesaikan. Esok pulak ada game ping pong di Pantai Dalam..



StatusHati: #PerasanGagah



Sunday, September 3, 2017

Bukan seorang tapi pakej..


Malam tadi..
Ratatouille Movie..

Bocor rahsia..
Bukan sebab si tikus yang pandai masak dalam filem tu tapi #BapakBudak yang menontonnya ketika askar-askar kecik 'diculik' oleh mak saudara dorang.

'Nasiblah ye abang.. Abang hadap saya.. saya hadap abang..'


Bukan seorang tapi pakej tiga beradik 'diculik'.. dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha. Nampaknya seharianlah aku keseorangan.. en. Hubby pulak kerja.



La ni..
Minum kopi + kek sebenarnya takdelah mengantuk cuma bosan sebab geng gaduh a.k.a askar-askar kecik takde. Terkebil-kebil aku keseorangan di rumah. Dahlah dari pagi tadi hujan, tarik selimut jelah nampaknya sambil layan tv.. 🤔🤣


StatusHati: Sunyi bila mana anak-anak takde..


Saturday, September 2, 2017

Kisah Beraya Kami di Aidiladha


Jualan Gudang Hush Puppies at Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam bermula dari 30 Ogos hingga 3 September 2017.

Mainan juga dalam perhatian dia.. 


Tengahari semalam..
Beraya di rumah pakcu di Semenyih tanpa ditemani en. Hubby. Lemang Pakcu a.k.a Lemang Kucam is ohsem.. terbaik. Gambar? Den lupo.. 🤣🤣 Siapa nak order call at this number: 012-9755672 -- serious buyer only.


Semakin pandai berselfie.


Malam tadi..
Lepas en. Hubby habis bertugas, balik beraya di rumah MIL. Anak-anak paling teruja sebab dapat makan sambal sotong uwan eh.. Marvellous sedap..




Awal pagi..
Selamat sampai ke rumah.. Alhamdulillah..


La ni..
Alhamdulillah.. dah kenyang..
Sejak stop sekejap dari #PerasanSlim ni, tekak ni teruja melayan si perut nak makan itu ini.. Selera kemain lagi. Tak sedar baju kurung dah jadi #BodyFit.  🤣🤣


StatusHati: Bersantai sambil layan filem Sembilu.. 😎🙄


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...