Followers Remaja Purba

Wednesday, August 30, 2017

Bola Sepak Sukan SEA 2017 - Kita KALAH


Bukan rezeki pemain Bola Sepak Malaysia kali ni.
Kesilapan yang sama dilakukan pada 2001 berulang malam tadi.

Jika 16 tahun lalu Kamarulzaman Hassan menampan bola masuk ke gawang sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi Muhammad Haziq Nadzli melakukannya menentang lawan sama digelanggang yang sama. Bezanya Kamarulzaman menepis umpanan lintang Sarawut Treephan ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir perlawanan manakala Muhammad Haziq menumbuk sepakan sudut Sasalak Haiprakhon pada minit ke-38 - Utusan Online.


  • Tahniah buat pasukan bola sepak Thailand di atas kemenangan pasukan anda.
  • Tahniah juga buat pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya hingga masuk ke Final. MENANG atau KALAH itu adat dalam perlawanan.
  • Juga Tahniah buat jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee kerana berjaya membawa nama Malaysia hingga ke pentas akhir perlawanan. Walaupun kalah tapi tetap bangga di atas prestasi yang ditunjukkan. Lain kali cuba lagi ye.
 

Pada aku:
Jadikan perlawanan malam tadi sebagai sebahagian proses pembelajaran untuk lebih matang dalam perlawanan akan datang. Masih banyak lagi yang boleh dipelajari bagi menjadi seorang pemain yang berwibawa - seperti di SINI.. 
 
Takpelah.. nanti kita tonton je siaran ulangan, mana tahu kali ni kita menang pulak kan.. hehehe.. 



Status Hati: Hari ni dapat pelepasan separuh hari bekerja.. Alhamdulillah..


4 comments:

  1. Tak ada rezeki.. lain kali cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. tengok game semalam sakit hati je rasa, masing2 malas nak bergerak. kesian thanabalan kena lock dengan player thai

    ReplyDelete
  3. Diharapkan apa yang berlaku menjadi pengajaran..
    Terkilan juga tapi perkara sudah berlaku kann
    By the way, salah ukhuwah dihulurkan.. ;-)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...