Followers Remaja Purba

Wednesday, May 24, 2017

Mangga Harum Manis di rumah Makchaq


Terima kasih buat Makchaq atas jemputan minum petang pada 21 Mei 2017, Ahad lepas. Jemputan yang turut dihadiri oleh blogger Kakcik Seroja.. maaf tak kenal dan kali pertama jumpa sorang lagi blogger.. Pn. Roshidayu..

Memandangkan chef Hubby hanya dapat pelepasan untuk beberapa jam sebelum kembali bertugas, kami sampai agak awal (takdelah awal mana pun sebenarnya). Pakej bawa ayam golek tandoori lagi ke rumah Makchaq walau dah dipesan jangan bawa apa-apa. 

Sesampai kami di depan rumah Makchaq.. eerr.. bukan kami je jemputan yang dijemput rupanya. Tak terlintas langsung pada fikiran kami yang Makchaq akan jemput orang lain bersama. Mulalah rasa cuak  + segan kami..

Tapi.. Alhamdulillah.. takdelah kami terasa kekok sebab ni bukan pertama kali kami jumpa. Merasa jugaklah jadi orang dapur walau hanya sekadar potong buah mangga harum manis tu..


Dak Nuha yang seronok keluar masuk rumah Makchaq..


Aku syak buah mangga harum manis tu tak manis sebab manisnya telah diserap oleh jemari aku sewaktu mengupasnya..


Suasana di rumah Makchaq pada hari kejadian..


Bersama tuan rumah dan Kakcik Seroja..


Anak-anak  seronok di rumah Makchaq, terasa macam berada di rumah mak sendiri. Kami minta maaf buat Makchaq, Pakchaq dan keluarga sebab kami singgah sekejap je. InsyaAllah lain kali kami datang lagi.

Terima kasih juga bagi kami bawak balik mangga harum manis tu. Buah yang kami bawak balik tu lebih manis berbanding buah yang kami kupas pada hari kejadian.. eemm.. Alhamdulillah rezeki. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak buat Makchaq, Pakchaq dan keluarga kerana menerima kedatangan kami..



StatusHati: Dah lama tak open table dekat rumah.. eemm.. bila nak buat ye..?



5 comments:

  1. Alhamdulillah..yg penting ukhwah persahabatan dapat dieratkan...
    Terliur nampak harum manis..hehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mai rumah makchaq... tolong kupas mangga etc...

    Ayam tandoori jadi rezeki kami dan anak buah... sedaaapppp

    Menyesal pulak tak terus panggang hari tu.. kalau tak boleh ramai2 rasa sorang sikit...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...