Kisah ni dah lama.. aku tonton hari pertama tayangan filem ni. Ini punca kenapa aku takde semangat nak share di sini..
Aku bukanlah kejam tak menyokong industri perfileman Malaysia. Kalau tak sokong.. takdenya aku sanggup berzikir dekat chef Hubby teman pergi beli tiket wayang. Hanya kerana aku ada masalah dengan perbankan online aku, maka kali ni tak dapat beli melalui online.
Aku beli di kaunter dua hari sebelum tayangan.. bayar tunai a.k.a cash lagi. 24 November 2016 (Khamis) sengaja kupilih, at least esoknya dorang ke sekolah sempatlah bercerita apa yang dorang tengok. Lepas tu dah cuti panjang tak jumpa dah kengkawan. Kononnya..
Bila tiba hari kejadian..
Nampak sangat kisah ni dah lama tapi tetap nak cerita jugak. Belum pernah berlaku dalam sejarah sepanjang aku menonton wayang (orang lain aku tak tahu), aku rasa teruk. Feeling bad orang kampung aku kata.
Macam mana boleh jadi double seat pulak dengan orang lain? Terencat mood aku nak tengok. Aku beli dekat kaunter.. yang orang tu beli online. How come boleh jadi macam ni..?
Dia siap pertahankan yang dia betul.. 'takkan kami nak tipu pulak'. Disebabkan rasa tak puas hati aku keluar dapatkan staff panggung wayang tersebut. Seat anak-anak semua takde masalah sebab deme semua duduk depan seat aku.. yang menjadi masalah seat aku!! Couple seat pulak tu..
#TakSeronok
#FilemUpinIpin
Bila staff panggung tu datang untuk selesaikan masalah dengan orang tersebut, aku dah duduk di seat tepi sekali sebab masa ni tayangan dah nak mula. Chef Hubby suruh aku sabar. Sudahnya dari ekor mata aku lihat dorang pindah tempat tapi aku tak berganjak dari tempat yang aku dah duduk tu. LUCKILY.. panggung tak penuh.. syukur Alhamdulillah banyak seat kosong masa tu. Cuba bayangkan kalau seat penuh..
Memang terencat mood nak tengok, separuh mood hilang dibuatnya. Dak Nuha pulak tak reti duduk diam, berdiri.. duduk.. berjalan.. ajak aku borak.. tu belum lagi kira diajaknya aku ke toilet. Nampak sangat filem genre macam ni belum mampu nak bagi dak Nuha terpaku depan kaca tv.
Nampak tak..? Pemandangan dari tepi bukan tengah..
Dari sumber my SIL yang duduk sebelah dorang, tiket dorang tu untuk tayangan malam kedua rupanya. Kau rasa..??!
Dari en. Google..
Filem animasi / `live action` Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak. Saksikan filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 November 2016.
Komen anak-anak juga anak-anak buah:
Deme ingat semua watak dalam Upin & Ipin tu ada. Rupanya takde. Lagu yang ada dalam filem tu je mampu menarik perhatian deme..
Status Hati: Sistem serta teknik yang digunakan agak menarik dan cantik pada pandangan mata aku. 3/5 bintang aku berikan..
aiza, kalau kak ana pun awal2 dah rasa down bila kena situasi macam ni kan, banyak juga feedback yang sama kak ana baca berkenaan filem ni ;)
ReplyDeletemacam2 la... tengok iklan mcm x best jadi malas nak nonton... arahan Erma Fatima ka? itu director yg Tedi x gemar... huhu
ReplyDeleteaida x tgk.
ReplyDeletenanti nak suh mr.asben donlod.