Followers Remaja Purba

Wednesday, November 2, 2016

Disebalik Perlawanan #4Penjuru Oktober 2016


Sebahagian kecil kisah disebalik Perlawanan #4Penjuru yang aku sertai pada 21 hingga 23 Oktober 2016 lepas. Kisah awal boleh tengok di SINI..

Sehari sebelum perlawanan baru terkial-kial yang work out kononnya..


21 Oktober 2016 (Jumaat)
 
Futsal #4Penjuru di Dato' Lee Chong Wei Sports Centre.

'Ya!Allah Ya!Tuhanku, kami main futsal #4Penjuru ini untuk menang menjadi juara.. amin..



Alhamdulillah.. rezeki  memang berpihak kepada kami.
JUARA buat kali kedua berturut-turut bagi team Futsal wanita.


22 Oktober 2016 (Sabtu)

Berdebar-debar..
Jauh disudut hati.. siapa tak nak bergelar juara kan..


Tahniah buat semua pemain walau tak dapat mengulangi kejuaraan sebelum ini.
Hanya NAIB JUARA menjadi milik kita.


23 Oktober 2016 (Ahad)

last day #4Penjuru
Bukan basketball tapi netball..

Gaya aku kemain tapi main cuma separuh masa perlawanan pertama je..
Lepas tu kawan-kawan yang lain take over sebab aku tak berani ambil risiko..
Masa ni aku dah rasa sakit pinggang..


Tahniah buat myTeam..
Bergelar JUARA buat kali kedua berturut-turut..


Tepi padang bola sepak..


Tahniah buat semua..
Walau ada yang tak berkesempatan nak berlatih bersama (akulah tu).. tapi dengan sokongan dan komitmen semua, akhirnya kita berjaya mengungguli carta..

Tak kumenduga.. sesuatu berlaku ke atas diriku selepas beberapa hari berakhirnya Perlawanan #4Penjuru tersebut. Seriau aku mendengar rakan-rakan bercerita kejadian yang menimpa ke atas diriku. Kisah awal di SINI..


StatusHati: Beringatlah.. berhati-hatilah ye lepas ni Mak Budak..



5 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...