Followers Remaja Purba
Friday, February 5, 2016
Padah tidur awal..
'Ibu.. Babah pesan jangan bagi ibu tidur atas katil..' kata dak Adik..
'eemm.. sekejap je..' yang sebenarnya aku dah tak larat nak buka mata..
'Ibu.. bangunlah.. jangan tidur atas katil, Babah tak bagi..'
'Nanti Adik kejutkan ibu dekat pukul 10 ye..'
Nampak macam kejam aku tak boleh tidur atas katil..
Sebenarnya bukanlah tak boleh tapi hubby tak nak aku kelam-kabut bangun pagi nanti hanya kerana rutin harian tak terbuat..
Itu yang kupaksa gagahkan diri untuk bangun, terus siapkan kerja rumah..
Kalau aku tangguh lagi, mahu bangun pagi nanti aku kelam-kabut..
Kebiasaannya, memang takkan rehat selagi rutin harian tak siap tapi semalam letih aku luarbiasa lak aku rasa.. dan mata ni tak nampak menda lain selain dari katil..
Dapat rehat sekejap pun jadilah tapi sebab takut aku terlajak, itu yang hubby pesan pada dak Adik..
Inilah padahnya.. dah susah nak tidur semula..
Pukul 1:30 am masih lagi tak mampu nak lelapkan mata..
Makanya.. terkebil-kebil aku melihat aksi cicak berkejaran di dinding rumah..
StatusHati: Romeo India November Delta Uniform padamu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Bila mengantuk datang memang tak tahan mata dibuatnya. Tak apa, nanti lain kali tak buat lagi.hehe.
ReplyDeleteKalau saya pun bila mengantuk tertidur juga. Lepas tu bagun balik buat apa-apa yang perlu.
ReplyDeleteMCM KES LIEYA NI ...lieya takleh tdo petang atau awal kang siap le tekebil2 di waktu tdo sebenarnye...kdg2 jeles tgk husben jenis letak jek kepala tak sampai 5 saat dah berdengkur huhuhuhu
ReplyDeletealolo tian nye..hahah moralnya jgn tdo atas katil hahah
ReplyDeletebkn 'panggilan pulau' tp, 'panggilan katil' kan? he3..
ReplyDeleteTapi kalau dah mengantuk sangat atas big beans pun jadik.... (sebenarnya ini berlaku pada Mrs. A sendiri hiks)
ReplyDeleteEh, macam betullah! Saya minggu ni letih sangat rasanya. Semalam lepas Isyak baringlah kejap atas katil. Ingat nak baring siap-siap sebelum solat Isyak tapi takut terbabas pulak sampai ke pagi. Pesan kat anak bujang suruh kejutkan Mommy lepas setengah jam. Betullah dia dah kejut tapi saya yang mamai tak bangun. Bangun sebenarnya tapi terus menuju ke sofa landing balik sambil-sambil tengok drama kononnya. Tau-tau sedar dah pukul 12 malam. Pun malas lagi nak sambung kerja rumah. Pagi tadi padanlah muka, lintang pukang macam lipas kudung kekdahnya!
ReplyDelete