Followers Remaja Purba

Monday, November 30, 2015

Berdenyut-denyut.. nyut... nyut..


Bila ada sejarah sakit ni..
Nak buat apa pun kena berhati-hati..
Nak melasak aktif bagai memang fikir banyak kali..
Tapi biasanya aku main redah je..
Nampak kebuasannya di situ.. nak pulak bila terlibat dengan sukan..
Terus hilang rasa sakit..
Nasihat kiri kanan depan belakang tak kuhiraukan dah..

Tapi kali ni..
Kecederaan melibatkan pinggang sebelah kanan telah melarat ke sebelah kiri..
Sakitnya pun mengundang rasa semacam pada diri..
Berdenyut-denyut.. nyut... nyut.. rasa macam dicucuk-cucuk..
Dari pinggang membawa ke bahagian peha terasa..
Boleh hilang fokus macam ni..

Hubby dah mula bising..
Merengek..? Lagi kena bebel adalah..
Sape suruh berlagak sangat.. dah tahu sakit pergilah check up..
Aku yakin boleh tahan lagi setakat ni..
Tahan kebendanya.. jalan pun dah macam nenek bongkok tiga dah..
Huhuhu.. Memang takde rasa simpatilah abang ni..

Ok dah.. esok aku cuti..
Urusan di hospital mengenai kesihatan diri..
Hari ni, rutin harian diperlahankan..


StatusHati: Sekuat mana pun manusia, pertahanannya takkan berjaya tanpa izin dariNYA..



Sunday, November 29, 2015

Avatar dan Aliff Ba Ta


Kisah dak Adik:

Kebetulan ada kenduri berkhatan anak-anak di tapak taman permainan taman perumahan aku..
Dak Adik pulak mencari alasan nak keluar rumah..
Aku letakkan syarat.. pukul 9:30 malam mesti balik rumah..
Siap pakai jam tangan sebelum keluar rumah..
Nak beli jiwa akulah tu..
Punyalah dia seronok dekat luar pukul 11:30 malam baru balik..
'Cuba tengok jam tangan Adik baru pukul 9:30 ye..?'
'Taklah.. dah pukul 11:30..' takut-takut dia menjawab.

Tak tunggu lama..
Macam peluru bushmaster dak Adik kena bebel dengan aku..
Sebagai hukuman.. masuk bilik tidur, tak boleh tengok Avatar.
Dak Adik protes jugak tapi hukuman tetap hukuman!
Biar lebih beringat lain kali.


Kisah dak Kakak dan dak Nuha:

'Ibu.. boleh tak Kakak tidur pukul satu malam ni..?
'Kenapa..?' Sengaja aku bertanya..
'Kakak nak tengok cite Avatar..'
'Nuha pun sama nak tengok Alif Ba Ta..' dak Nuha menyampuk sama..

Siap nyanyi Aliff Ba Ta lagi..
Tersenyum aku mendengarnya..
Avatar dah bertukar nama menjadi Aliff Ba Ta..
Nasib baiklah dia tak menangis nak tengok jugak Aliff Ba Ta..

Aku..?
Sementara ada ruang, mohler habiskan baca Novel Tuan Anas Mikael..



StatusHati: Pintu keselamatan mimpiku hampir dicerobohi..


Saturday, November 28, 2015

Hati nak pergi tapi Otak belum bagi arahan


Rabu lepas..
Aku cuti rehat..
Ada urusan perlu diselesaikan.. sesambil tu jalan ronda K.L..
Selain meredah kesesakan jalanraya, redah jugak hujan..
Dah musim hujan kan..
Hujan pun hujanlah.. janji urusan selesai..
Anak-anak..?
Tinggal sekejap dekat kampung..
Berjalan berdua je kami kali ni..


Kelmarin..
Hazabedah hadap jalan sesak..
Makin teruk pulak Federal Highway dan susur Subang Jaya..
Bila hujan turun dalam skala besar dan lebat.. banjir menguasai jalanraya..
Berganda masa terbuang di atas jalanraya..


Semalam..
Sempat melihat persiapan sebelum berlangsungnya PJ Fair 2015 yang diadakan pada hari ni dan esok..
Mesti meriah tak hagak..
Aku tak pergi..?
Hati dan Otak aku tengah main one two som nak pergi ke tak..
Hati nak pergi tapi Otak belum bagi arahan..


Hari ni..
Tengah tunggu keputusan dari Hati dan Otak..
Dalam tunggu punya tunggu..
Tertidur tak sempat nak publish entry ni..
Tengok pulak anak-anak lena.. mata aku pun turut teruja..
Lena sudahnya..


StatusHati: Sendiri melakar namamu di sini..


Friday, November 27, 2015

PJ Fair 2015 pada 28 - 29 November 2015


PJ Fair 2015 adalah acara kemuncak bagi tahun 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pelbagai acara akan dianjurkan bagi seluruh lapisan masyarakat untuk menggalakkan budaya gaya hidup yang sihat untuk memupuk semangat kemasyarakatan diantara semua warga Petaling Jaya. 

Sebelum ini, MBPJ pernah menganjurkan:
Festival Antarabangsa Petaling Jaya pada 21 - 2 Disember 2013 di SINI..
PJ International Fair 2014 - Folklore Festival di SINI dan di SINI..


Untuk kali ini.. PJ Fair 2015 pasti lagi debom lagi menarik..
Dengan pelbagai acara menarik yang boleh disertai.. antaranya:

KELUARGA: Bike Hunt, Fun Ride, Treasure Hunt, Zumba..

KANAK-KANAK: Mewarna, Clown, Maskot, Obstacle Games.

SUKAN RAKYAT: Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang.

PERMAINAN TRADISIONAL: Sepak Raga Tuju, Sepak Raga Bulatan, Memanah, Yoyo Cina, Silambam, Silat.

JUALAN: Produk Sukan, Barangan Elektrik (Sharp), Aksesori Basikal, Produk Basikal,, Produk Kesihatan, Flea Rakyat, Food Truck, Reflexology.

SUKAN EXTREME: Wall Climbing, BMX Stunt Park, BMX Flatland, Calisthenic, Paintball.

PERSEMBAHAN DAN KESENIAN: Konsert Wings, Perarakan, Grafiti, Formasi Kompang, Band Festival, Busking, Pertunjukan Bunga Api.

PAMERAN: Pameran Pembangunan Sukan MBPJ, Pameran Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah, Basikal Klasik, Pameran Basikal OSBMX, Sewaan Basikal, Pameran CRC.

Semua maklumat dan borang penyertaan berkaitan di atas bolehlah didapati dari SINI..



Ketika entry ni di publish..
Persiapan sebelum berlangsungnya PJ Fair 2015 sedang giat dijalankan di sekitar Pusat Bandar, Seksyen 52, Petaling Jaya..

 Pandangan dari Bangunan PKNS-PJ..


Pandangan dari depan Maybank Yong Shook Lin (YSL)..



 Kawasan utama di mana perasmian akan dibuat di sini..

 
Mai arr.. mai arr.. Wings memangil-manggil..


 Ini pulak kawasan di bangunan nak menuju ke Menara MBPJ..
Belakang TM Point landmark nya..
Ada 4 penjuru semuanya..
Pemandangan di atas.. ada payung, kain batik, topi dan tanglung..
dekat bawahnya jalan di warnakan dengan warna, kuning, merah, biru..


Jadi,, kepada yang berkelapangan jom sama-sama memeriahkan suasana..
Aku yang lalu tengahari tadi pun rasa teruja..
Terasa nak selfie kat tengah jalan tu.. tapi tetiba lak jadi pemalu.. kehkehkeh..
Macam-macam ada.. pasti esok dan lusa meriah tak hagak..



StatusHati: Terus teringat dan zoom kenangan saat pertemuan semula itu..



Susun langkah agar tidak bersepah


Susun langkah agar tidak bersepah..
Atur indah bahasa lisanmu..

Rancang perjalananmu..
Biar semalam menjadi sejarah..
Biar hari ni bakal menjadi kenangan indah..
Moga tidak mencacatkan esok yang akan ditempuh..

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti buat kita..
Beringat dan bersedialah untuk hari mendatang..



StatusHati: Ku tak akan bersuara.. Hanya setiamu itu kuharapkan..



Thursday, November 26, 2015

Kenangan yang tertinggal di Sarawak


13 November 2015.. Jumaat
Berjaya juga dalam usaha nak update kisah ni..
Krik.. krik..

Kisah awal di SINI..

Memulakan perjalanan dengan menaiki penerbangan MH2520 (1050 - 1235)..
Alhamdulillah.. perjalanan smooth and clear walau lewat setengah jam dari jadual asal..
  
Sarawak.. tunggu kedatanganku..

Hujan menyambut ketibaan kami di Kuching, Sarawak..


Delegasi seramai 24 orang dijemput menaiki bas yang disewa khas dari En. Mujjahiddin Ramli - Khalif ENTERPRISE (Contact Number: 01118671710)..
Memandangkan kami sampai pun lewat, jadi Pn. Connie (our tourist guide) membawa kami makan tengahari terlebih dahulu sebelum program pertama diteruskan..

Nasi ayam jadi pilihan aku di Serati Corner..

 
Selesai makan..
Perjalanan diteruskan menuju ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..

Program kami sehari sebelum Hari Konvokesyen UNIMAS..


Alhamdulillah..
Urusetia dari UNIMAS baik-baik belaka..
Takdelah rasa kekok sangat kan..

Kelihatan santai.. ada juga isu dan cadangan dikemukakan oleh pihak UNIMAS..



Bersama Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti
Dr. Rohaya Mohd Nor..



Menu yang buat rasa takmo berhenti makan..
Sepanjang aku di Sarawak.. diet aku tinggalkan dekat Semenanjung.. kihkihkih..



Tiap pertemuan pasti akan disertai dengan perpisahan..



Berita sedih..
Ketika dalam perjalanan ke KLIA pagi tu.. rata-rata dari kami mendapat berita mengejutkan di atas pemergian seorang kakitangan di tempat kerja..
Berkebetulan hari tersebut adalah hari yang sepatutnya beliau melapor diri selepas cuti sakit yang lama (akibat kemalangan)..
Selang sehari lepas tu.. anak jiran di rumah mak aku pulak meninggal dunia..


DariNYA kita datang.. kepadaNYA kita kembali..
Al-Fatihah dan Takziah buat kedua-dua keluarga arwah.. 



BERSAMBUNG..


StatusHati: Sekurang-kurangnya jawapan telah diberi..



Wednesday, November 25, 2015

Makin pujuk makin kuat rengek tangisnya


Kisah kelmarin..

Dak Nuha sikit punya meragam, tak hagak aku tengok..
Makin pujuk makin menjadi rengek tangisnya..
Ni gara-gara rutin harian dak Nuha teralih..
Biasalah.. cuti sekolah.. semua ada kat rumah pengasuh..
Jadi.. masa tidur dak Nuha dah jadi masa dia bermain..


Ragam pertama..
Menangis berebut tab dengan dak Adik nak main game..
Bila kubagi tab kecik tak nak.. demand.. nak yang besar je..

Ragam kedua..
Dah berlengas kepenatan main dekat taman rumah petang tu, bila suruh mandi dia bantai meraung tak nak..
Dengan kuasa veto yang aku ada, mandi time..

Bila dah lepas mandi, saja kusakat dak Nuha..
'Tak payahlah gosok gigi..'
Budak tak cukup tidur kena usik, menangislah dia..
Nada pelatnya kata dak Kakak ejek kata gigi buruk kalau tak gosok gigi.. sambil gosok gigi sambil mengomel.

Ragam ketiga..
Dah selesai mandi, nak pakai sendiri bedak..
Ok.. dah macam tepung gomak aku tengok..
Bila pegang baju aku melekat putih
Selamba je dia cakap nanti basuh cantiklah balik..

Oh!Anak..
Dalam diam kau hilangkan rasa marah dan geram dalam hati ibu..

Malam tu time tidur..
Tiba-tiba dia menangis.. dah macam kena 'usik sakat' lak..
Lagi pujuk lagi kuat tangisan dia..
Terus ku kejutkan dia bagi dia sedar..
Nampak sangat dia keletihan sampai macam tu sekali reaksinya..
Geleng kepala tengok kerenah dia..


StatusHati: Aku cuti hari ni, ada urusan peribadi perlu diselesaikan..


Tuesday, November 24, 2015

SuperTok kan ado..



Alangkah mudah andai rasa itu dapat kulontar ke dalam Sungai Sarawak..
Biar ia pergi jauh tak kembali..




Teringat perbualan dengan sorang boss baru-baru ni..
'Saya pernah nampak ada satu ketika awak nampak kusut, nampak serabut.. dan saya rasa saya boleh agak sebab apa..'
'Ketara sangat ke keadaan saya masa tu..'
'Takdelah.. tapi saya tahu..'

Hampir menitis airmata.. itu yang aku rasakan waktu itu..
Malu.. sebab masih ada yang perasan keadaanku walau tak pernah kuceritakan..
Habis daya untukku tersenyum..
Terima kasih boss atas sedikit nasihat dan pesanan..
Moga hati aku terus kekal tak rapuh berderai..


Teringat pesanan dari atok kesayangan..

Ingatlah..
Jangan fikir diri tu bersendirian waktu sedang bermasalah..
Bersyukurlah kerana masih ada teman untuk menemani..
Lepaskan..
Biarkan masalah tu berlalu pergi..
Kita hidup untuk gembira bukan meratap hiba..
Jangan mudah memukul canang tapi gendang tidak kelihatan..
Berikan hati itu kepadaNYA..
InsyaAllah tiada masalah yang tak dapat diselesaikan..


'Dunia kita takde bezanya, tiap dari kita semua ada masalah cuma cara bagaimana nak urus selesaikan itu menjadikan kita lebih kuat dalam melawan arus kehidupan..' 


'Kalau boleh kubakar.. akan kuguna RON97.. lebih penjimatan..'
'Jangan kejam sangat..'
'Sebab tak bolehlah, itu yang aku tak buat..'


StatusHati: Kucuba menguak ruang.. menterjemah rasa..


Monday, November 23, 2015

Nikmatilah kegembiraan yang ada..



Seminggu sudah berlalu..
Banyak siri kenangan nak kucoretkan..
Masih tersimpan sebagai draft..
Biarlah dulu..
Mencari masa untuk menenangkan diri..


Aku nak gunakan masa yang ada ni dengan benda yang baik-baik yang menggembirakan hati. Apa yang patut kita sambut dengan gembira, kita gembira habis-habisan kerana bukan mudah nak gembira. Nikmatilah kegembiraan yang bukan mudah nak dapat tu..
#Novel MJ


Fikir yang baik-baik..
Buat yang terbaik..
Pasti ada jalan penyelesaian..



StatusHati: If you don't have a smile, I'll give you one of mine


Sunday, November 22, 2015

Wanna be Fit or Fat..?


Kisah di tempat kerja..
Ada program 'wanna be fit'..

'Tak nak join ke..?
'Tak minat..'
'Yelah.. orang dah kurus..'
'Bukan sebab kurus tapi tak minat.. lagipun dah cukup fit atas katil..'
Krik.. krik..

Tapi.. jealous jugak aku..
Tengok ada antara peserta program berjaya turunkan berat..
Damn serious.. aku jealous..
Cuma satu pesanan aku..
Jangan ketika program berlangsung beria jaga pemakanan..
Tapi lepas program tu semangat terbang melayang..
Nak maintain tu yang payah..


Aku..?
Tanpa geng mentalku..
Nak maintain tu yang payah..
T.Q arr..
Korang memang geng mentalku yang terbaik..
Tanpa sokongan korang, belum tentu aku berjaya untuk maintain kan apa yang tengah aku usahakan walau belum mencapai sasaran yang diidamkan..

Dah tak lama.. sebulan je lagi dalam usaha mencabar diri sendiri untuk menggapai impian..
Berjaya atau tak.. will update soon..


StatusHati: Mencari engkau di mana.. hanya dalam mimpi indah..


Saturday, November 21, 2015

Berakhirnya sesi persekolahan bagi sesi 2015


Cuti sekolah dah bermula..
Anak-anak suka, mak budak pun teruja..

Dulu.. lama dulu..

Zaman sekolah rendah..
Jiwa aku jiwa kampung..
Budak kampung datang berhijrah ke K.L
Pantang cuti sekolah.. balik kampung adalah agenda utama..
Seronok weh.. rasa bebas..
Boleh ke sana.. ke sini..
Paling best waktu musim buah..
Target utama aku.. makan buah kat atas pokok..
Mak tak bising..?
Kihkihkih.. mak aku mana tahu sebab mak kerja..
Mak balik.. aku jadi budak paling sopan..
Walhal nakalnya.. nauzubillah..
Budak lelaki pun surrender aku rasa.. zaman tu lah..


Zaman sekolah menengah..
Masa ni kalau disuruh panjat pokok, confirm tak lepas turun..
Mood gayat dah mula hadir dalam diri..
Tapi tetap suka dengan suasana kampung..
Jauh dari bingit sesak jalanraya..
Masa ni pokok buah-buahan yang ada dah mula meragam..
Merajuk akibat ketiadaan aku dan adik..
Takde siapa nak belai manja peluk pokok-pokok tu..


Zaman habis belajar..
Dunia aku terikat dengan tugas hakiki di sini..
Semakin jarang berkesempatan balik kampung..
Dalam hati.. sedih mengenang teringat kenangan dulu..
Jiwa aku rasa sepi.. rasa sunyi..
Mungkinkah satu hari nanti aku akan beralih arah..
Kembali ke tempat asalku..
Andai itu berlaku..
Dah tentu aku paling teruja gembira..
Aku takkan sesekali menoleh ke belakang..
Moga.. masa itu akan tiba jua..
Doakanlah..


StatusHati: Aku rindu..




Friday, November 20, 2015

Tak usah Diet nanti boleh Die


Semalam aku masih dalam mood bercuti..
Jemputan menghadiri Hari Kecemerlangan Pelajar 2015 di Sekolah dak Kakak..
Tahniah buat dak Kakak..
Will update soon about her..



Menu dinner malam tadi..


Mulut dok mengunyah walau hati kata dahlah.. dahlah..
Tekak dan perut memang pasangan sejiwa saling bekerjasama gembira menerima..

Diet..?
Camane nak diet kalau perkataan diet tu tertinggal dekat Sarawak..
Cuba bayangkan pulak kalau huruf T pada diet tu tertinggal..?
Dipendekkan cerita..
Tak usah diet nanti boleh die.. ekekeke..



StatusHati: Masih macam ni..


Thursday, November 19, 2015

Masa tu baru nak pecah tanah


Aku masih mencari rentak untuk mencoret kenangan sepanjang di Bumi Kenyalang baru-baru ni..

Tak ramai yang tahu aku ke sana..
Pada aku.. bukan satu isu untuk aku pukul canang..
Apa yang penting..
Perjalanan pergi dan balik adalah selamat..


Bila my atok tahu, habis disakatnya aku..


Sakit perut melayan my atok yang gila-gila tu..
Aku nak menyakat, alih-alih aku yang terkena balik..

Rindunya dengan kenangan di sana..
Tapi rindu pada anak-anak lagi hebat penangannya..


StatusHati: Aku tak benci tapi aku terasa hati..



Wednesday, November 18, 2015

Kembali ke pangkal jalan


Alhamdulillah..
Perjalanan 4 hari 3 malam berjalan dengan baik..
Sikit-sikit ter.. tu biasalah..
Punyalah riuh anak-anak bila nampak je aku di balai ketibaan KLIA semalam..
Dak Nuha siap nangis.. hati tisu betul..
Sepanjang jalan dia merengek..
Malam aku sampai tu hangat dedo badan dia..
Demam rindulah tu..
Nak balas dendam sebab 4 hari tak dapat bau badan aku..

Semalam pulak medical check up dak Adik at PPUM..
Apa-apapun bagi aku clearkan satu-persatu dulu..
Tak sabar nak update blog..

Office..?
Maaf boss.. kita jumpa hari Jumaat ye..
Nak gedik manja di rumah dulu..


Hujan menyambut ketibaan di KLIA..


#NakmasakMidingorengbelacan
#Nakmasakterubukikanmasin
#NakmakankeklapisMiraSarawak
#Janganlumurnantiberapi.. ekekeke..



StstusHati: Maaf.. bukan itu yang kumahu.. bukan itu yang kupinta..



Saturday, November 14, 2015

Sarawak Bumi Kenyalang


Bersiaran dari Bumi Kenyalang..
Krik.. krik..

Urusan kerja + sambil menyelam sambil minum air..
Moga aku tak kelemasan..
Krik.. krik..

Selamat tiba di Bandaraya Kuching tengahari semalam..
Walaupun penerbangan lewat hampir setengah jam..
Hujan pula menyambut ketibaan kami..


Moga urusan di bumi bertuah ini dipermudahkanNYA..


StatusHati: Akhirnya terjawab sudah walau aku tak yakin dengan jawapan yang diberikan..


Update: Kisah bermula di SINI..


Friday, November 13, 2015

Burung besi mengiringi langkahku..


Ketahuilah..
Saat kau baca warkah ini..
Burung besi mengiringi langkahku kali ini..
Nun sayup di daratan, ku cuba memerhati..
Sayu hati nak pergi..
Sedih jiwa tak terperi..
Kerana kau aku begini..

Namun..
Tiap kali hatiku gundah.. kau hadir melenyapkan rasa itu..
Tiap kali aku berdebar.. kau hadir melegakan degupan itu..
Tiap kali aku marah.. tindakanmu pasti membuatkan aku diam terkaku..


13 November 2015..
Waktu kau kembali.. aku pula yang pergi..
Aku percaya..
Kau pasti terbaca warkah ini..
Selamat Hari Lahir buatmu..
Moga ketenangan sentiasa dalam genggaman..
Moga waktu dan masa ini meninggalkan kenangan manis dalam diri..
Moga dirimu sentiasa di bawah lindunganNYA..
Di sini aku merindukan dirimu..


StatusHati: Jangan biarkan rasa bersalah menghantui diri..



Thursday, November 12, 2015

Akal tak mengajar fikiran untuk membenci..


Dalam hidup ini..
Aku lebih sayangkan diri aku sendiri..

Kenapa..?
Macam mana aku nak sayang orang lain kalau diri sendiri pun aku tak sayang.. aku tak jaga.. aku tak hargai.. Bila kita sayang diri kita sendiri, itu bermakna kita menghargai apa yang DIA dah kurniakan kepada kita. Lepas tu barulah senang kita nak menyayangi orang yang disekeliling kita..
#CintaDepanMata


Bukalah mata hati..
Bukan semua kita dapat seperti mudahnya memetik jari..
Kadang kita dah usaha tapi jauh dari jangkauan..
Dan..
Kerana kau.. ku masih di sini..

Aku tak mampu untuk menyah usir dari hati.
Akal tak mengajar fikiran untuk membenci..
Sekali rasa sayang diucap..
Selamanya menjadi kesayangan mata hati..
Terasa..
Betapa jauh kuterbawa lukisan hatimu..



StatusHati: Romeo Echo Alpha Lima Lima Yankee Mike India Sierra Sierra Yankee Oscar Uniform


Wednesday, November 11, 2015

Tutorial mengupas telur by dak Nuha..



Kisah dak Nuha..

'Ibu.. nak tolong boleh..?' dalam nada pelatnya..
Bila dia tengok aku sibuk kupas telur rebus di dapur..
Akal dia nak makan sebenarnya..

'Tak payahlah.. telur ni panas lagi.. Nuha tunggu ibu kupaskan..'
'Alah.. bolehlah ibu.. sekali je..' Bab merengek memujuk bagilah dekat dia..
'Ha.. yelah.. kejap..'
 
 
Kali pertama dak Nuha kupas telur rebus sendiri..


'Ibu.. camane nak kupas telur ni ibu..'
Aku ajar dia macam mana nak kupas telur rebus tapi dijawabnya..
'Kalau ketuk nanti pecahlah telur ni ibu..'
Mesti dia ingat telur tu belum masak..
'Nuha ketuk je telur tu.. kalau tak ketuk macam mana Nuha nak makan..'


Demi sebiji telur.. gigih dak Nuha mengupasnya..



Maafkan aku kengkawan semua..
Aku akan sibuk bermula hari ni sehingga hari Selasa depan..
Lagi dekat tarikhnya.. lagi aku sibuk..
Aku menyepi bukan kerana sibuk tapi kerana sesuatu..
Akan update mengenai sesuatu itu pada minggu hadapan..


StatusHati: Senyuman mudah diukir walau dalam kesakitan..



Tuesday, November 10, 2015

Sumber tenaga yang terindah..


Perginya Tragedi Oktober seperti ditiup angin..
Pergi walau tak kembali tapi kekal diingatan..
Memori hitam yang terpalit sukar dikikis dari kotak ingatan..

Banyak kesilapan dilakukan tanpa sedar..
Akibat rasa sabar yang terlalu rapuh..
Otak lambat mentafsir..
Hati tak bijak mencerna..

Pengalaman yang menyakitkan itu mungkin benih terbaik..
Supaya hati lebih kuat..
Supaya jiwa tak mudah goyah..
Kembali kepadaNYA..
Jangan mudah melupakanNYA..
Itulah sumber utama tenaga dalaman yang terindah..


StatusHati: Carilah ilmu kerana ilmu itu yang akan menjaga kita..




Monday, November 9, 2015

MotoGP Valencia Grand Prix 2015


Belum pernah dalam sejarah aku update mengenai MotoGP..
Sekadar layan di tv tu biasalah..
Tapi kali ni jadi best sebab Valentino Rossi berada di petak terakhir..

Perlawanan pada 25 Oktober 2015 di MotoGP Malaysia Grand Prix di mana Valentina Rossi berjaya di tempat ketiga. Namun demikian, insiden pelanggaran beliau dengan Marc Marquez mendatangkan bencana kepada beliau di mana akhirnya terpaksa menerima hukuman berada di petak terakhir bagi pusingan terakhir di MotoGP Valencia Grand Prix.. 

"This situation doesn't modify my passion or my thinking about the future," he said.
"I will race next year, because I already have a contract, and during next year a lot of things will change.
"After that I will decide if I will continue or not."

Although he will start at the back of the grid, Rossi said he will work as usual in practice and will compete in the pole position-deciding Q2 session if he makes the cut.
"When you start last, it's very difficult to prepare strategies," he said.
"You have to work well in practice and be competitive and have good pace.
"Sure, when you start last, the risks are a lot more.
"[The title] depends on me and if I'm strong and fast enough to be able to recover."
Kisah di SINI..


Perlumbaan epic kali ni..
Keputusan penuh di SINI..
However, despite starting at the back of the grid, Rossi shot through the field in no time at all, climbing to ninth in just three laps as he chased the leaders. He was at his inimitable best, riding with aggression as he tried to pick off individuals ahead of him.

Siapa yang menonton malam tadi pasti teruja dengan aksi yang ditonjolkan oleh beliau. Masa ni fokus diberikan sepenuhnya kepada beliau..
Ditambah dengan pelumba-pelumba yang lain memberi laluan kepada beliau untuk mengejar musuh tradisi beliau yang jauh di hadapan ketika itu.
Tak nak cakap banyak.. apa yang boleh aku bagitahu..
Aku suka.. aku suka.. aku suka..
Pergghh.. memang terbaik..
Kalau dia berjaya naik podium malam tadi lagi terbaik..
Tak kisahlah orang cakap dia menang cara yang macam mana..
Apa yang penting pada pandangan mata aku..
Bukan salah dia.. dia tak salah.
Marc Marquez yang salah.. (sambil jelirkan lidah..)


 Valentino Rossi (16.02.1979, Italy)
Movistar Yamaha MotoGP
2nd in MotoGP World Championship - 325 points - 4 wins - 18 starts
'The Doctor' a.k.a 'Budak Gila'
Dia tetap jadi kesukaan aku atas litar..


Selain daripada itu..
Tahniah buat..
Jorge Lorenzo (04.05.1987, Spain)
Movistar Yamaha MotoGP
1st in MotoGP World Championship - 330 points - 7 wins - 18 starts


Juga dia ni..
  Marc Marque (17.02.1993, Spain) 
 

dan dia ni..
 
Dani Pedrosa (28.09.1985, Spain)
Repsol Honda Team
4th in MotoGP World Championship - 206 points - 2 wins - 15 starts




StatusHati: Aku menyepi bukan kerana sibuk tapi kerana sesuatu..


Friday, November 6, 2015

Malaysia Airlines, KLCat Ticket Office, KL Sentral





Selasa lepas aku di sini..


Alhamdulillah..
Setakat ni urusan berkaitan berjalan seperti yang dirancang..
Kepala pun dah tak semak..
Terima kasih pada mereka yang turut membantu..


StatusHati: Resah teringatkanmu.. rindu bertamu di dalam hati..


Bangun awal pagi kalau tak mahu bayar tol



Aku tinggal dekat kampung tapi kerja dekat Bandaraya..


Waktu pagi adalah waktu paling kritikal..
Akulah maid.. akulah driver..
Rutin harian aku hanya terjejas bila berlaku kesesakan lalulintas yang teruk..
Memang hazabedahlah penatnya hari tersebut..

Memang ada laluan tanpa tol yang aku boleh lalu nak ke tempat kerja..
Tapi kos dan tenaga perlu juga diambil kira..



Maklumat dari SINI..


Bangun awal pagi.. keluar kerja awal pagi..?
Memang itu rutin sejak dulu..
Dulu merasa juga sampai awal ke pejabat..
Sekarang.. toksah beranganlah nak sampai awal macam dulu..

eemm.. cakap memang senang.. cuba buat tengok..
Rasa nak je aku 'bawak dia balik' ke rumah..
Biar dia hadap seharian rutin aku.. dengan jalan sesak.. dengan nak kejar masa..
Akulah maid.. akulah driver..
Tengok berapa jam dia boleh bertahan..


StatusHati: Hidup takkan terhenti hanya kerana satu pengalaman pahit..

Thursday, November 5, 2015

What RM17 Can Buy



KUALA LUMPUR: Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia telah menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya, berkuatkuasa semalam 4 November 2015.

Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan Selasa kenaikan harga rokok ini mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan  Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat.

Maklumat dari SINI..



Muka depan The Star hari ini..


Letaklah harga tinggi mana pun, tetap akan ada pembeli..
Tapi dengan RM17..
Belanja anak-anak makan lagi bagus..
Perut kenyang.. anak-anak suka.. ibu gembira..
Tak semput dada..


StatusHati: Aku sayang diri aku lebih dari aku sayangkan dirimu..



Wednesday, November 4, 2015

Mana nak dapat semua tu..


Mana nak dapat..
Panjat pokok seperti di SINI..

Mana nak dapat..
Mandi di perigi sebelum subuh.. sejuk menggeletar..

Mana nak dapat..
Tidur malam diterangi lampu minyak tanah dan lampu gasolin..
Ketika orang lain dah ada kemudahan air dalam besi, api dalam kaca..

Mana nak dapat..
Kena kejar dengan bapak angsa.. mencicit tak cukup tanah aku lari..

Mana nak dapat..
Bapak saudara yang suka ajak masuk hutan bila cuti sekolah..

Mana nak dapat..
Mandi sungai sambil cari siput sedut..

Mana nak dapat..
Cari rebung penuh seguni ditepian sungai..

Mana nak dapat..
Sakit perut tengah malam, arwah Wan temankan pergi jamban luar rumah..

Mana nak dapat..
Main dengan susu getah ketika arwah wan dan atok menoreh..
Bagi aku ni lejen..
Arwah Wan penat motong getah, aku senyap-senyap letak air dalam mangkuk susu getah tu..
 
Mana nak dapat semua tu..
Tapi itulah yang aku pernah lalui..
Kenangan membesar di kampung menjadikan aku lasak tak hagak..
Masa tu lah..


Sekarang..
Cuba kau suruh aku panjat pokok buah-buahan tu..
Aku rasa..
Viral kot.. abam Bomba datang tolong selamatkan aku.. kahkahkah..


StatusHati: Tersenyum sendirian teringatkan kenakalan zaman itu..


Amanah dari penerimaan Buku Teks sekolah


Aku sedih.. kecewa.. marah.. ralat rasanya..
Bukan orang lain pun..
Anak bangsa kita juga yang akan guna buku-buku teks ni semua..
Susah sangat ke nak tukar pembalut.. salotape/tampal buku yang rosak tu..
Pleaselah.. jangan bagi alasan sibuk dengan rutin harian..!
Ye.. betul!Normallah budak-budak mana reti nak jaga buku tu semua..
Ye.. tahu!Buku tu semua FREE..!!


TAPI..
JANGANLAH PULANGKAN BUKU-BUKU TEKS TU DALAM KEADAAN YANG DAIF.
Kau kena bertanggungjawab, walau pengguna sebelumnya yang punya angkara!!
Sekurang-kurangnya kau berjaya selamatkan buku-buku teks tu dari terus rosak..


 
 'Ibu.. tengok buku yang adik dapat ni, dah terkoyak ibu..'
Balik sekolah, tak sempat masuk dalam rumah dak Adik dah mengadu padaku..


 Pembalut yang tidak bertukar, malah ada yang distapler..

 Tak berbalut, koyak pulak tu..


Mungkin jugak cikgu dekat sekolah tu check sepintas lalu kot..
Tapi sebagai pengguna akhir buku-buku tersebut kenalah bertanggungjawab.
Ni jenis pentingkan diri sendiri + malas..
Segelintir ibubapa yang macam tak hargai kemudahan yang diberikan..
Kang kena tarik balik kemudahan tu tau pulak nak sentap bagai..

Walau hati aku ni marah dan kecewa tapi tak mengapalah..
Macam biasa.. aku akan balut sebaik mungkin..
Begitu juga bila sesi pemulangan buku teks, kalau rosak aku tukar pembalut buku yang baru..
Rezeki buat mereka yang akan guna untuk tahun depan..
Tak perlu dah nak marah-marah.. nak maki-maki..
TERIMA KASIH BUAT PENGGUNA BUKU TERDAHULU BUKU-BUKU TEKS INI!
Kerana kau aku letih nak balut semula..
Tahun ketiga berturut-turut sesi membalut semula aku-buku teks sekolah anak..



StatusHati: Amanah pihak sekolah buat anak-anak terhadap buku teks yang diberi..

Tuesday, November 3, 2015

Tanpa air dalam besi.. api dalam kaca..


Alhamdulillah..
Dengan izinNYA aku masih di sini..
Menghitung detik.. melewati hari..
Sejarah tidak mungkin berulang..
Tapi terkesan dek kenangan..

Sebuah kenangan..
Tanpa air dalam besi.. api dalam kaca..
Suasana pagi yang sejuk dan gelap..
Bertemankan pelita minyak tanah.. mandi di perigi sebelum ke sekolah..
Aku dan adik antara yang terawal ke sekolah..
Ketika hari masih gelap berjalan kaki lebih 1km setiap hari ditemani arwah nenek..
Aku dan adik antara murid yang dimasukkan ke dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah ketika itu..
Bila musim buah aku suka kutip buah mangga di hujung padang sekolah.

Duniaku hanya di kampung..
Langsung tak mahu tinggal bersama mak dan ayah di K.L masa tu..
Aku sayangkan arwah Wan dan atok malah aku sukakan suasana yang sunyi.. aman.. tenang tanpa gangguan..

Bila aku dan adik di bawa oleh bapa saudaraku meninggalkan kampung..
Airmata menemani aku dan adik sepanjang perjalanan menaiki bas.
Nak memberontak.. hanya dalam hati..
Nak lari.. hanya dalam mimpi..
Apa yang aku takutkan akhirnya terjadi..
Atok.... Uwan... along tak nak tinggal dekat K.L..
Aku tak boleh lupakan arwah Wan siap rekod suara tinggalkan pesanan untuk mak..
Aku tak ingat.. apa yang aku ingat.. menangis.. dan terus menangis..

Kesan dari kenangan itu..
Alhamdulillah jadi jugak manusia..
Cuma taklah sehebat mana..
Syukur kepadaNYA..
Aku masih sedar aku berpijak di mana..
Aku tak malu malah aku bangga asal-usulku dari kampung..


StatusHati: Rindu.. pada semua kenangan itu..


Monday, November 2, 2015

Bila terlajak sayang


Bukan mudah untuk lupakan seseorang yang dah lama bertakhta dalam hati..
Bukan susah juga sebenarnya untuk mencintai yang baru..
Kita sama-sama belajar untuk hargai antara satu sama lain..
#Novel


Gagah ku melangkah.. walau tak ketemu penghujungnya..
Kuat ku bertahan.. walau tidak kutemu dasarnya..
Kecewa cuba dilupakan.. bila kau mengakhirkan..

Ada sesetengah perkara.. tak perlu dikongsikan..
Biarlah ianya menjadi rahsia diri..
Jika diluahkan hanya akan memburukkan lagi keadaan..
Biarlah terus menjadi rahsia jika itu mendatangkan bahagia..
Bila sekali tersilap langkah.. jangan ditambah lagi kesilapan yang ada..

Pelbagai sudut perlu diambil kira..
Orang hanya menunggu peluang untuk memperkata..
Jangan benarkan ruang itu terbuka..
Dan..
Semuanya terletak pada hati..
Andai hati bersih maka baiklah segala tingkah..



StatusHati: Kalaulah boleh diulang semula detik itu..


Pemenang Bertuah URL Blog #19..


Jarang berkesempatan nak join segmen..
Tapi bila dah join.. lupa terus..
Ditambah pulak sibuk dengan rutin harian..
Sehinggalah diberitahu..

Terima kasih pada empunya blog Mia Liana..
Tersenyum gembira bila blog Mak Budak berada dalam bloglist beliau..

Pemenang Bertuah URL Blog #19..
Nombor 42 memberi tuah kepada blog Mak Budak..
Segmen yang aku join di SINI.


StatusHati: Tak sabar rasanya hati..

Sunday, November 1, 2015

Segmen Bloglist & Blogwalking Sally Samsaiman


Bersantai di rumah..
eemm.. apa nak buat ni ye..
Nak keluar.. sekejap hujan sekejap panas..
Bila tak keluar.. mulalah tekak ni asyik nak makan..

Ish.. tak boleh jadi ni..
Kena buat sesuatu jugak ni..

Blogwalking..?
Dalam berjalan-jalan tu aku jumpa segmen ni..
Ni kalau join, untung-untung dapat masuk dalam senarai..

Segmen dari SINI..
Segmen ni berakhir 2 November 2015..
Empunya segmen tak sabar nak buat bloglist baru..
Jom sama-sama memeriahkan suasana..



StatusHati: Jauh bukan alasan untuk mengelak..



Senaman cara aku..


Hujung minggu adalah masa yang terbaik..
Hari lain aku sibuk dengan rutin harian..
Tambah-tambah lagi sejak jerebu dah menghilangkan diri ni..
Perasaan nak berjogging menggebu-gebu rasanya..

Namun..
Kesihatan diri belum mengizinkan untuk aku kekal aktif..
Perlahan-lahan cuba mendapatkan kembali rentak..

Apa yang aku cuba lakukan..
Dalam rumah pun masih boleh buat senaman ringkas sebenarnya..
Hanya rajin dengan tak je..

Senaman dimulakan dekat dapur..
Biasalah.. jarang hujung minggu aku gantung kuali..
Perut keluarga kecik aku wajib diutamakan..

Dekat tengahari nanti senaman perut..
Lunch bersama anak-anak..

Akhir sekali..
Senaman mata..
Bila dah kenyang, duduk rehatkan diri..
Bila anggota badan yang lain dah kepenatan..
Masa ni lah mata jalankan peranan..
Semakin kuyu dan terus kuyu..
Tahu-tahu sunyi je rumah..
Semua terbongkang kekenyangan..

Memang terbaiklah senaman dalam rumah..
Bertepuk sorak lemak dalam badan..


StatusHati: Oh!Penimbang berat.. janganlah kejam sangat.


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...