Followers Remaja Purba

Monday, August 11, 2014

Gencatan jemari terpaksa dilakukan..


Bila ada gangguan kiri dan kanan, maka gencatan jemari terpaksa dilakukan dari terus mengupdate blog..

Aku rimas bila ada sesuatu yang menghalang dari aku jenguk jengah teratak aku ni..
Serba-salah bila orang datang 'beraya' di sini tapi tiada hidangan terkini..
Hutang entry beraya aku pun masih berbaki belum dilunaskan..

Pagi tadi semangat nak update kisah beraya di dusun pun tak dapat..
Bukan setakat berderai tapi habis jadi debu rasanya sebab segala gambar yang telah diedit aku tak ingat aku simpan dalam folder mana.. gggrrrr...

Makanya hari ni tiada hidangan bergambar untuk tetamu yang menjengah di sini..



Apa-apapun moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA..




psstt: Batuk dan selesema mula menyinggahi diriku gara-gara banyak makan buah pulasan.. rambutan.. langsat..

last psstt: Cantik dan besar betul bulan ---> 'supermoon' awal pagi tadi..



12 comments:

  1. semoga penyakit M itu berlalu pergi..hihihiii..

    ReplyDelete
  2. Alahai... macam manalah boleh lupa folderlah pulak. Tak sabar nak tengok gambar bebudak beraya..

    ReplyDelete
  3. saya terlupa nak ambik gambar supermoon malam tadi!!

    ReplyDelete
  4. gencatan jari jemari tu kelako heheheeheh....

    lieya ni pun dah seminggu batuk selsema...tu pasal tak suke kene selesema n batuk sebab jenis lieya ni lame nak baik...mkn ubat batuk dah bertukar2 botol dah ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. kalau musim buah mng musim batuk dan demam jugakla ai...moga cepat ok ye ai..

    ReplyDelete
  6. gencatan jemari pun ada.. hehe..

    alaaa.. lupa pasal supermoon~~!!!

    ReplyDelete
  7. Pagi tadi konon nak rakam gambar bulan, tapi terganggu dengan lampu2 yang sibuk nak masuk sama... hehehe

    ReplyDelete
  8. Hahah..gencatan ni smpai bila?

    ReplyDelete
  9. Musim buah.. byk makan sure pas tuh kena laa batuk laa plak kan.. tapi tak makan rasa rugi plak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Semoga cepat sembuh serta sihat semula dan gencatan jejari itu berakhir nanti...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...