HARI KEDUA..
Suasana waktu pagi..
Sekarang dah macam sempit pulak aku tengok sungai tu..
Memasing masih bergulung kesejukan dalam khemah..
Aku tak boleh tidur sebab berebut selimut sebab sejuk.. hahaha..
Bila semua dah bangun.. bersedia untuk sarapan..
Teruja menggunakan pemanggang ajaib..
ye... sebelum masuk ke dalam air.. kita test dulu kat atas darat..
Bila lapar naik makan.. lepas makan terjun balik dalam sungai..
Dah puas mandi, masa untuk tidur.. bagi dia cukup rehat supaya tak meragam..
Makan dah tentu nak yang sedap je..
Bukan aku tapi antara mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak..
Akhirnya... terlepas jugak rindu kakyong dekat dak Nuha..
- Malam kedua ni kitorang diminta pindah tempat yang lebih selesa..
- Ikutkan macam malas sebab esoknya dah nak balik tapi owner sendiri yang suruh, takkan nak tolak pulak kan..
- Tu yang anak panah tu, satu family yang kitorang ajak sekali pindah.. sebab sebelum tu dorang duduk kat celah pokok berdekatan tempat kitorang camping..
- Lupa pulak nak amik gambar anak kembar dorang.. cool je.. tak banyak ragam..
chef hubby yang sibuk di 'dapur'
Masa ni hubby dah mula tak sihat..
HARI KETIGA, hari terakhir sebelum balik..
Dak Nuha yang teruja nak jalan atas jambatan tu..
Sejuk pagi sikit pun tak hairan..
Pemandangan dari jambatan masuk.. baru nampak tersusun kemas tempat camping tu..
Sebab jadi macam tu, kitorang tak booking sesiap tapak perkhemahan tu..
Antara Jabatan dan sekolah yang pernah datang membuat aktiviti di sini..
Aku rasa kali ni dak Kakak rentung jadinya..
Hari terakhir baru dak Adik berani nak main pelampung..
Berjaya jugak dak Abang pujuk dia main..
Jangan kata anak-anak, mak budak a.k.a remaja purba ni pun main pelampung tu.. hahaha..
Dak Nuha dari memula sampai dah tak sabar nak main air sampai menangis bagai..
Penggunaan solar.. bagi menerangi kawasan sekitar tapak perkhemahan..
Tahun lepas takde.. baru pasang agaknya..
Satu group lagi buat lintas hormat..
Dak Nuha yang takmo naik ke darat..
Bersiap-sedia nak balik..
Mengemas peralatan dan membersihkan kawasan sekitar..
Dak Nuha yang kepenatan, sikit pun tak sedar ketika orang lain dok bising nak pilih souvenir yang ada..
Bersama pemilik Teratak Riverview..
Dak Adik ditarik 'atok' untuk bergambar bersama..
Atok ni memang sporting.. cucu-cucu semua dapat duit raya CNY..
Terima kasih atok.. tahun depan duit raya warna lain pulak ye.. kihkihkih...
Ank-anak bujang..
Dak Kakak dengan dak Adik yang agak gelap..
Sebelum balik..
Terima kasih pada semua yang turut sama menjayakan aktiviti bergossip chit chat kali ni..
Korang memang happening.. anak-anak lagilah..
Cuma satu jelah.. aku tak dapat merasa nak main flying fox..
psstt: Buat 'atok' pemilik Teratak Riverview.. 'atok.. belilah meja ping pong tok.. nanti boleh saya main.. Meja yang ada tu tak berapa umph lah..' kehkehkeh..
last psstt: Bagi yang nak tau lebih lanjut tempat ni, bolehlah layari laman web Teratak Riverview di
SINI..