Followers Remaja Purba

Tuesday, May 26, 2009

‘WALK-IN’ di Klinik ENT, Menara Utama, PPUM

25 MEI 2009 (ISNIN)

PPUM:
Aku paksa hubby sebab dari hujung bulan April hari tu asyik tertangguh tak bawa-bawa adik ke PPUM. Doktor Pakar dari Klinik Kanak-kanak buat surat minta refer ke Klinik ENT sebab nak check tonsil dia. Tarikh takde sebab diorang bagi walk in je kat klinik tu jadi hari ni baru ada masa.

Masa jumpa doctor:
Doctor bagi penerangan berkenaan tonsil adik, tonsil adik memang besar tapi belum sampai tahap perlu dibedah sebab simpton2 yang ada pada adik masih boleh diubati menggunakan ubat. Antara simptom2 yang ketara kalau kena bedah, tidur berdengkur sampai mengganggu pernafasan, tak lalu makan, kurang aktif (itu antara yang doc bagitaulah) tapi buat masa ni tiada pada adik, cuma berdengkur kuat.

Doctor tak galakkan untuk buat pembedahan sebab rongga pernafasan adik masih kecil dan takut berlaku pendarahan yang boleh bawa maut, itu yang doctor nak elakkan sebab berisiko tinggi dan aku sndiri pun memang tak nak adik kena bedah.

Lepas tu doctor bagi priskripsi ubat, di PPUM takde ubat tu, kena beli kat farmasi luar. Lepas ni kena datang balik ke Klinik ENT tu 6 bulan lagi. Doctor pesan, setiap kali adik tak sihat, bila bawa jumpa doc. kena tanya doc. merah tak tonsil adik, kena tanda berapa kali dan kerap tonsil adik tu warna merah sebab maklumat tu akan diperlukan oleh Doc. di ENT nanti.

Petang:
Balik keje, hantar hubby ke tempat keje hubby sebab malam ni nak gerak ke Selatan.

Sampai depan rumah, kakak boleh tegur sape tu?’ mak aii… meremang bulu romaku. Aku tanya kakak nampak apa? Dia kata takde pape. Kali ketiga tanya baru dia cakap dia nampak rama-rama, Dia salah soalan @ aku salah dengar tapi yang nyata aku T.A.K.U.T.

Malam:
Aku pasang semua lampu dari depan sampai belakang, kunci pintu bilik tapi yang kelakar seramnya kunci bilik kat luar bilik.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...