Thursday, January 11, 2024

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor


11 Januari 2024 - Khamis

Lama sungguh MakBudak tak menyertai mana-mana Giveaway yang dianjurkan. Kekangan masa + penyakit malas menguasai. Ada masa rajin update + ziarah teratak geng blogger yang lain. Ada masa ku renung je teratak MakBudak ini.

Hari ini, satu semangat telah menguasai diri di mana ini Giveaway kedua MakBudak cuba mendominasi untuk memenangi kerana hari lahir MakBudak penghujung purnama bulan in.

Giveaway ini telah bermula sejak:
30 Disember 2023 dan akan berakhir pada 29 Januari 2024 ini.

di SINI..


Sebelum mengakhiri bicara, MakBudak mendoakan moga urusan berkaitan Giveaway ini dipermudahkanNYA dan moga semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

#RemajaPurba: ..

Giveaway Sampul Raya Rare 2024


11 Januari 2024 - Khamis

Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ teratak MakBudak a.k.a RemajaPurba berbesar hati menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelapa yang diketuai oleh Adinda Sultan Padil Negara Kelapa Bersekutu iaitu Permaisuri Cuya Wal Kelapa.

Izinkan MakBudak menyertasi misi mencari sampul raya berserta hadiah misteri yang akan dianugerahkan oleh bonda permaisuri selepas 23 Januari 2024 nanti. Bagi memeriahkan suasana dan besarlah harapan MakBudak untuk memenanginya kerana hari lahir MakBudak penghujung purnama bulan ini. Bukan juga kerana ingin menang tapi kerana Sampul Raya ini mengingatkan diri 'dah habis ganti puasa ke..?'


Giveaway ini bermula dari 10 Januari hingga 23 Januari 2024.

di SINI..

Sebelum mengakhiri bicara, MakBudak mendoakan moga urusan berkaitan Giveaway ini dipermudahkanNYA dan moga semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Hidup MakBudak.. eh!Silap.. Hidup Permaisuri Cuya dan Negara Kelapa Bersekutu. Kirim salam pada bonda permaisuri, katakan pada bonda.. MakBudak nak menang hadiah misteri.. 😆😆😆

#RemajaPurba: #TenangtenangJe..

Wednesday, January 10, 2024

Jangan Cuba Menegur


Tahun 2024..

Ingatlah..
Ada ketua yang 'hanya dia sahaja yang betul', ada pula ketua yang 'pendendam orangnya'. Maka.. Jangan cuba menegur salah ketua kita, walau selembut mana bahasa yang kita gunakan, ketua tersebut belum tentu boleh terima teguran kita.


Walau kategori ketua begitu hanya mungkin 10% dari yang ada tapi bila 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Kita pun ada salahnya, mungkin pada pendengaran kita dah habis elok lembut bila berbicara tapi ego seorang ketua ni jangan kita cabar. 'Clear water, don't sangka takde buaya'.

Ingat ni..
Tenang-tenang Je..

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...