Monday, February 28, 2022

Kucing dan Pengawal serta Gempa Bumi


25 Februari 2022 (Jumaat)

Kisah minggu lepas..
Mungkin ada hikmah disebalik aku berehat sekejap di dalam kereta sebelum masuk ke tempat kerja. Ada seekor kucing entah dari mana mengiow tanpa suara di depan pintu lif di basement tadi.

Apa yang perlu aku buat? 
Rasa kesian dah tentu, rasa sedih apatah lagi sebab ia tak sihat + lapar. Merengek, menggesel pada kaki aku. Alahai.. kabur pulak pandangan aku. Ia ikut masuk ke dalam lif dan aku ajak ia ke ruang lobi sambil berfikir apa yang patut aku buat. Aku tak nak ia ikut melilau masuk ke dalam ruang pejabat tingkat lain.

Teringatkan team pengawal keselamatan di tempat kerjaku. Tak fikir panjang aku bawa ia ke tempat mereka dengan harapan hantarlah ia ke mana-mana tempat yang sesuai dengannya. Jujurnya aku tak sampai hati tapi aku tiada pilihan (aku tak peduli apa pandangan orang lain terhadap aku).

Alhamdulillah, salah seorang dari mereka dengan rela hati sanggup nak bawa ia balik ke rumah. Allahuakbar. Ya!Allah kau hadirkan seorang insan yang berhati mulia sanggup membantu kucing hitam tersebut. Aku doakan moga makin bertambah rezeki dengan membelanya.


Kisah lain:
Kesan gempa bumi di Indonesia dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Lebih kurang pukul 9:45am, pengalaman merasainya di tempat kerjaku lebih kurang sama seperti di tempat kerjaku yang dulu dari tingkat 12, cuma kami ni aku berada di aras 1. Gempar tu biasalah sebab bukan selalu jadi macam tu.

Abang BOMBA.. sweet je kan..

26 Februari 2022 (Sabtu)
Menghadiri undangan perkahwinan saudara dari sebelah en. Hubby di Bangi. Moga kedua-dua pasangan di bawah lindunganNYA dan moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA. Apa yang penting, kali ni aku mengikut tema sedondon warnanya - merah.


27 Februari 2022 (Ahad)
Hari ni berehat, kumpul tenaga..
Makan + rehat + tidur + makan lagi..
Hahaha..

#RemajaPurba: Simpan sini sebagai kenangan.

Thursday, February 24, 2022

Adakala perubahan itu baik


Kenangan yang takkan berulang.

Rindu aku kepadamu.

Lama aku di sini sebelum diarah berpindah ke tanah jajahan baru.
Walau telah tiga tahun aku meninggalkanmu, kau akan tetap di dalam hatiku.
Banyak kenangan aku di sini tapi aku percaya 'adakala perubahan itu baik untuk kita tapi bukan semua yang baik itu menjadi hak kita'

#RemajaPurba: ...

Monday, February 21, 2022

Go with the Flow


Kisah pagi tadi:
Hujan turun sangat lebat waktu aku bersiap untuk ke tempat kerja. Namun, yang buat aku risau, aku takut dak Kakak akan lambat sampai ke sekolah. Dah banyak kali anak aku lewat sampai ke sekolah gara-gara van sekolah berhadapan dengan masalah teknikal.

'Kakak, kalau nak ibu hantar kakak kena siap cepat'.
Hari ni dak Kakak ada ujian bertulis, aku tak nak dia serabut + tertekan kalau van sekolah lambat.

Alhamdulillah..
Anak aku selamat pergi ke sekolah, begitu juga dengan aku ke tempat kerja. Semua berjalan dengan baik dan urusan kami dipermudahkanNYA.


Tengahari tadi:
'Ibu, nak masak apa hari ni? Kakak malas nak masak apa-apa hari ni sebab penat sangat'.
'Takpe, tak payah masak, tunggu ibu balik baru ibu fikir nak masak apa. Kakak rehat je'.


Petang ni:
Rutin harian.. go with the flow.


Malam nanti:
Nak tidur awal, harapnyalah.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...