Aku bukanlah blogger tegar yang terlampau rajin nak buat blogwalking tapi takdelah sampai tak jengah langsung blog orang lain - sekaranglah.. dulu sebelum join segmen BA, aku tak kisah ada orang baca atau tak blog ni sebab blog ni lebih kepada kisah kakak dan adik; terutamanya adik.. Kisah dorang boleh rujuk di SINI, SINI dan semualah dari awal entry..
Aku taklah pandai mana nak berblog ni, apatah lagi nak komen yang maha kejam kat blog orang lain tapi kalau macam si Faris tu aku rasa dia ok, kalau dia tak ok aku tetap masuk blog dia melainkan dia dah memang tak mau geng aku..
Sekarang aku rasa takdelah sampai tak buat langsung kerja-kerja sedia ada, nak selalu dan kerap bw pun tak boleh..
1st: line kat rumah memang slow.. jadi kepada korang janganlah kecik ati kalau aku lambat terjah blog korang..
2nd: kalau korang perasan, aku ada masa pada waktu-waktu terlarang (waktu tidur akulah tu) untuk bw ni - tanpa gangguan.. dah kalau kakak dan adik kacau ganggu aku nak bw apanye..
Aku suka berblog tapi aku bukanlah jenis nak bercerita kisah isu semasa sebab blog aku bukan ke arah tu, kadang-kadang tu bolehlah tapi rasanya kebanyakkan entry lebih menjurus riwayat kehidupan.. Dah banyak blog yang memaparkan isu cerita semasa, korang google je..
Kalau korang rasa boring, aku memang tak boleh nak kata apalah.. blog aku ni untuk jangkamasa panjang: bolehlah anak-anak tengok yang ibu dia ni reti berinternet hahaha... sebab zaman mak aku dulu takde ni semua..
Kesimpulan yang bersimpul-simpul ni, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat korang yang sudi baca, singgah, follow malah komen kat blog aku.. moga ikatan persahabatan kita berkekalan... insyaAllah..
Followers Remaja Purba
Thursday, March 31, 2011
Contest Kalaulah Aku Jadi Jutawan..
Aku telah ditag untuk join contest ni oleh cik GB.
So aku nak tag pulak dorang ni (Faris Adli, cik M dan AnitaDiana) untuk join contest ni, kalau korang tengah layan blog sekarang ni masih sempat lagi.. Korang nak join click banner tu ok..
Senaraikan 3 benda yang paling korang nak buat kalau korang bergelar jutawan.
Susah dan tamak jadinya ni bila bergelar jutawan sebab tak diberi berapa amaun jutawannya itu..
Ok.. kat sini aku dah siap senaraikan..
Pertama:
Ini normal.. semua orang pun ada keinginan macam aku..
Aku nak bawa mak ayah aku menunaikan ibadat wajib sementara dorang masih ada, dan melancong serta melawat tempat-tempat aku suka di luar negara.. chit..! dalam negara pun tak habis jelajah lagi..
Kedua:
Aku akan buat simpanan tetap untuk masa depan kalau-kalau aku ditakdirkan hilang title jutawan tu, sekurang-kurangnya takdelah hidup melarat.. susah nak jumpa orang yang sanggup bersama susah dengan kita..
Ketiga:
Memandangkan title jutawan tu aku masih pegang, maka akan kupastikan tiada hutang membelenggu hidup, tak pening nak fikir nak bayar itu bayar ini..
Fuh.. nasib baik aku kena bagi tiga je.. kalau lebih 10 aku rasa hilang ingatan sebab dah bukan jutawan dah tapi billion trillion dah..
Aku yakin menang sebab aku dah memang jutawan korang nak kata apa kan.. tuan punya contest ni pun aku dah rasuah.. ni kira penyelewengan telah berlakulah ni... hahaha... tak sedar diri punya statement..
Countdown 11 April 2011
Hawaii Five-0
Tak sabar, sangat suka malah seronok bila tahu yang siri ini akan kembali bersiaran di kaca tv. Aku suka sangat siri ni, kalau tengok berulang kali pun aku sanggup sampaikan boleh gaduh dengan kakak dan adik – yelah dorang nak tengok kartun.. aku nak tengok siri kegemaran aku tu..
Nak kata fanatic takdelah tapi sepanjang 1st season aku tak miss kesemua episode yang ditayangkan, malah dapat tengok berulang-kali, astro kan sentiasa ada ulangan. Sekarang menunggu siri tersebut akan ditayangkan..
psstt: ternanti-nanti NCIS new season.. yang last season hari tu aku terlepas episode akhir.. ulangannya pun aku tak dapat tengok, frust gila..
Tak sabar, sangat suka malah seronok bila tahu yang siri ini akan kembali bersiaran di kaca tv. Aku suka sangat siri ni, kalau tengok berulang kali pun aku sanggup sampaikan boleh gaduh dengan kakak dan adik – yelah dorang nak tengok kartun.. aku nak tengok siri kegemaran aku tu..
Nak kata fanatic takdelah tapi sepanjang 1st season aku tak miss kesemua episode yang ditayangkan, malah dapat tengok berulang-kali, astro kan sentiasa ada ulangan. Sekarang menunggu siri tersebut akan ditayangkan..
psstt: ternanti-nanti NCIS new season.. yang last season hari tu aku terlepas episode akhir.. ulangannya pun aku tak dapat tengok, frust gila..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.