Wednesday, December 18, 2024

BANGUN SEBAB TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL


18 Disember 2024 - Rabu (16 Jamadilakhir 1446H)

Tidur sebab penat..
Bangun sebab tanggungjawab yang dipikul..


Lama dulu..
Setiap kali balik kerja di tempat lama, pasti malam baru sampai di rumah. Memang penat tapi alah biasa tegal biasa - perkara yang susah menjadi senang bila selalu dibuat.

Sekarang..
Jika ada yang minta balik lambat.. 'Maaf, tak boleh sebab tak sanggup nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, nanti sampai rumah lambat'. Penat + kudrat semakin berkurangan seiring faktor penuaan normal ๐Ÿ˜† membuatkan aku tidak mahu lagi balik lambat. Ditambah pula kedudukan rumah di pinggir kota.

Akan datang..
Mengira tahun.. jauh lagi nak bersara. Selagi ada kudrat bekerjalah sebaiknya. Sekiranya tak larat, masih ramai yang menunggu peluang untuk mengisi kekosongan jawatan.


Menu minggu lepas
Kari Ayam by chef Hubby


Alhamdulillah..
Aku tak salah hari.. hari ni hari Rabu bukan seperti semalam di [SINI] yang aku sangkakan hari Sabtu.

#RemajaPurba: Ikhlaskan.. itulah perjalanan hidup..

Tuesday, December 17, 2024

KISAH SERAM


17 Disember 2024 - Selasa (15 Jamadilakhir 1446H)

Kisah Seram pagi tadi.. 

Berulang kali alarm aku berbunyi tapi pantas aku matikannya. Tengok en. Hubby dah bangun, oklah. Kira takdelah dia lambat nak pergi kerja nanti. Sementara tu, bolehlah aku bangun lewat sedikit dari biasa, maklumlah hari ni kan hari Sabtu.

TAPI..
'Bangunlah, tak kerja ke hari ni..?'
'Apa abang ni, hari ni kan hari Sabtu..' Boleh pulak aku marah sebab ganggu masa tidurku.
'Hari Sabtu apanya, hari ni hari Selasalah, tak kerja ke?'
'Hah..! Abangggggg.. kenapa tak kejutkan sayang..'
'Eh!Abang dah kejut tapi sayang tu yang tak bangun'.


Allahuakbar..
Melompat terus aku dari tempat tidur. Habislah aku kali ni, terlajak bangun, kelam-kabut jadinya. Dahlah hari ni aku tumpang myBoss pergi kerja. Dalam kepala dok fikir, habislah lambat sampai, dengan nak hadap jalan raya yang sesak lagi, pukul berapalah sampai kat tempat kerja ni nanti.


En. Hubby..
Selepas siap dengan tenang berlalu pergi ke tempat kerja.

Aku..?
Terima kasih en. Hubby buatkan kami sarapan dan dah tentu kena minta maaf sebab salah isteri bukan suami kan.. ๐Ÿ˜…


Sengaja nak bagi blog MakBudak bersemut.. ๐Ÿ˜†


Alhamdulillah..
Perjalanan ke tempat kerja smooth je, lancar dan syukur dipermudahkanNYA.


Buat dak Adik..
Moga dapat menjawab dengan tenang Ujian Lisan (oral) Bahasa Inggeris - SPM 2024.

#RemajaPurba: ..

Friday, December 13, 2024

PAKAT-PAKAT MAKAN RASUAH KEMUDIAN PERGI HAJI?


'Kehidupan kita ini pun dah cukup dengan ujian, tak perlu dah nak menambah stress dengan membuat perkara yang boleh mengaibkan diri dan keluarga'.
+++++++++++++++++++++++++


'Pakat-pakat makan rasuah kemudian pergi haji'

Jika kita betul-betul nak banteras rasuah, mulakan dari yang atas. Bila yang di atas dikenakan tindakan yang bawah akan takut tapi kalau yang atas dibiarkan malah menggalakkan lagi rasuah, mereka yang bawah akan bermaharajalela. Amat mendukacitakan, ada dikalangan orang Islam sudah menganggap rasuah itu dah jadi macam budaya 'tak salah pun rasuah, kita boleh ambil, semua orang rasuah'.

Inilah salah satu sebab kenapa sampai sekarang masih lagi ada isu rasuah. Jika dulu saya dekat narkotik, saya mendefinasikan DADAH sebagai musuh nombor satu negara. Dari 1983 sehingga 2024, selama 21 tahun masih lagi tidak berjaya dan sekarang RASUAH pula menjadi musuh nombor satu negara.

Sama ada awam atau swasta, ada dikalangan ketua-ketua mereka yang terlibat dalam menyuburkan amalan rasuah. Ada juga yang memimpin melantik individu/pegawai yang sealiran. Kalau kita makan rasuah dengan harapan apabila kita pencen nanti, pegawai ini akan terus menyalurkan sumbangan rasuah tersebut.

Jadi yang dilantik itu semua sealiranlah, kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah juga kalau boleh sampai sebelum matilah nak makan rasuah. Kalau kita nak pastikan rasuah ini dibanteras, pastikan pemimpin yang dilantik dan melantik adalah orang yang betul. Kalau pemimpin tak betul, dia akan lantik orang yang tak betul untuk memastikan kesinambungan rasuah itu berterusan sampai pencen. Ada penjawat awam yang dah pencen buat rumah berharga beratus juta, sedangkan hanya makan gaji. Dia dapat duit daripada mana?

Memang banyak juga dikalangan kita, khususnya di kalangan orang Melayu Islam beranggapan rasuah ini ok. Mereka beranggapan rasuah cukup tahun pergi haji, pergi umrah. Habis balik haji, bersih seputih kain putih dengan anggapan tindakan dia makan rasuah tak apa.

Kalau makan rasuah, khususnya dalam konteks agensi penguatkuasa, pergilah minta maaf dekat satu-satu rakyat Malaysia. Kalau buat dosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah. Ini dosa rasuah, dosa dengan manusia bukan dengan Allah. Dengan Allah pun ada juga tetap berdosa. Ingatlah.. Rasuah ini, dalam apa keadaan sekalipun hukumnya adalah haram.

Petikan ucapan YDH Datuk Seri Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Timbalan Ketua Polis Negara berkenaan rasuah di Hari Integriti Prasarana pada 29 Julai 2024

sumber di SINI..
'Masukkan dalam kepala semua, betapa teruk jijiknya rasuah ini!'


Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama:
  • MEMINTA/MENERIMA SUAPAN [Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009]
  • MENAWAR/MEMBERI SUAPAN [Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  • TUNTUTAN PALSU [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  • SALAH GUNA KEDUDUKAN OLEH PEGAWAI AWAM [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Hukuman yang dikenakan:
PENJARA tidak lebih 20 tahun.
DENDA 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

- sumber gambar dari laman web SPRM -

=================================================

Aku kongsikan semula berkenaan 'Pengurusan Masa.. Berintegritikah kita?' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail di SINI..


#RemajaPurba: Amalkan Integriti dalam melaksanakan tanggungjawab anda..
Tersohor manusia kerana integriti..
Tercela manusia kerana rasuah..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...