Friday, April 3, 2020

Nombor dan Huruf yang kehilangan


DAY 17 (3 April 2020 - Jumaat)
Bila dah masuk PKP Tahap 2 ni.. 🤔

Nombor:
1 2 3 4 5 6 7 9 10

Huruf:
A B C D E F G H I J K L N O P Q S T U V W X Y Z

Kita tidak mahu kehilangan..
Kita kena bersatu..
Dengarlah kata-kata Abah TSMY..
Pelbagai usaha sedang giat dilakukan..
Tapi..
Semua itu takkan berjaya bila ada yang keras kepala..
Jangan degil..
Jangan pentingkan sendiri..
Takkan nak jadi seperti Nombor dan Huruf di atas yang 'kehilangan' saudara sendiri..

#StayAtHome
#MCO
#COVID-18
Ok.. Itu je untuk hari ni.. 🤫

#KisahKita: ...

Thursday, April 2, 2020

Seiring dan sejalan, berlari berkejaran


DAY 16 (2 April 2020 - Khamis)
Jangan tamak, dah elok abah TSMY bagi sama rata itupun nak mengungkit! Kata kau sebenarnya penyumbang utama untuk keluarga, memacam permintaan dia nak. Jangan disamakan dengan Makcik Kiah, dia memang berhak dapat lebih atas usaha dia jual pisang goreng. 

Apa kau ingat abah TSMY nak layan permintaan kau tu? Sudah²lah, jangan meratib nak mintak bantuanlah, danalah, baucarlah. Cuba jadi macam Makcik Kiah, seorang anak yang baik tidak meminta².. tau² terus dapat.. 🤲Alhamdulillah.

Kesimpulannya..
Kobitnaiten ni takkan hilang kalau ada yang masih degil tak nak dengar cakap abah TSMY.. #StayAtHome.. biar kobitnaiten tu hilang, nanti dapatlah..

🎶
Seiring dan sejalan
Seindah bunga di taman
Bak burung nan megah
Kanda kupuja.. Bahagia kita berdua..

Berlari berkejaran.. Lupakan segala duka
Di kota di desa, di gunung dan laut
Berlagu kita berdua..

Dinda 💃
Kanda 🕺
Burung pun turut menyanyi
Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi 💞💖
La la la la la la la la...🎤

#MCO
#MakcikKiah
#COVID19
#RemajaPurba

#Kisah Kita: ...

Wednesday, April 1, 2020

Hari ke 15 PKP


DAY 15 (1 April 2020 - Rabu)
Kita sedia maklum, demi keselamatan semua, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 14 hari lagi dan hari ini merupakan hari ke 15.

Pagi tadi..

TIADA GAMBAR
Menu: Ikan keli goreng berlado

'Letak sikit je.. Janganlah banyak sangat kasih sayangnya'. Pesan en. Hubby bila aku bungkus sambal berlado tu.
'Lah.. Kita kena buat dengan penuh kasih sayang barulah sedap dorang makan nanti'
'Mana-manalah sayang. Janji sambalnya cukup'.

Hari ni adalah hari ketiga penghantaran makanan ditempat yang sama dibuat. Juga sedikit diserahkan kepada anggota bertugas polis dan tentera di plaza tol Subang Jaya.


MAKAN..

Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..
Kalau lapar lagi..
MAKAN..

Eh!Sampai bila nak cenggini..🤣


Kisah lain:
Isu artis menjadi perdebatan hangat di media massa hingga menenggelamkan populariti Makcik Kiah. Aku sengih je sambil makan pisang goreng.

#KisahKita: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...