Monday, August 3, 2015

Jangan pakai baju tu.. no.. no.. no..


Pagi tadi..

Biasa dak Nuha takde nak tegur apa yang aku pakai..
'Ibu.. jangan pakai baju tu.. no.. no.. no..'
Marah sungguh dia..
Walhal aku cuma pakai jubah je hari ni.. sebelum ni ok je..
Mungkinkah sebab aku dah jarang pakai jubah kebelakangan ni..
Kenapa tiba-tiba pagi tadi dak Nuha berkelakuan pelik..

eemm.. sah.. ni mesti demam dia belum kebah lagi ni..
Kupujuk perlahan-lahan..
sobsobsob.. nak tinggalkan dia pun tak sampai hati..
Tapi apakan daya.. ada tugasan yang menanti..

Lagipun hubby ada menemani pagi tadi..
Petang ni baru hantar ke rumah pengasuh..
Alah.. sekejap je sementara nak tunggu aku balik kerja..
Kupujuk juga hati sendiri..
InsyaAllah.. dak Nuha takde apa-apa..


StatusHati: Standing right beside you is where I want to be..


Sunday, August 2, 2015

Dah lama tak buat..


HAPPINESS IS...





.. checking in at the airport for a holiday..
#SumberFB..


Dah lama tak buat kerja gila..
Dah lama tak reward untuk diri sendiri..
Dah lama dok terperap di sini..
Dah lama..
Dah lama..

Kini..
Sedang bertanya pada abam Google..
Mencari tempat dan memilih masa bersesuaian..
Utara..?
Timur..?
Selatan..?
Barat..?
Sehari..?
Dua hari..?
eemm.. mungkinkah ianya menjadi realiti..?


#StatusHati: Awak.. never give up..



Saturday, August 1, 2015

Baby besar beralih bulan..


Rasa sekejap masa berlalu..
Kini bulan Ogos menampakkan diri..

Malam kelmarin..
Keadaan dak Nuha ok je..
Takde apa-apa yang pelik pun..
Menggedik macam biasa..

Pagi semalam..
Hubby bagitahu dak Nuha meragam tak sihat..
Aik.? Peliklah pulak.. tiba-tiba je..

Rupa budak tak sihat di Klinik..



Malam tadi..
Meragam.. merengek..
Disuruhnya picit kepala dia.. kesiannya tengok dia..
Kupujuk ajak mandi sebab badannya panas, dia tak nak..

Awal pagi..
Dalam merengek.. dia ajak teman gosok gigi..
Nak tergelak pun ada tapi kulayankan je..
Pakej kumandikan sekali..
Menggigil-gigil dia sejuk tapi nasib baik mood dia ok..
Kalau tak jenuh aku nak bersilat dalam bilik air tu..

Dah puas mandi dan gosok gigi, nak tidur kuletakkan tuala basah atas kepala dia..
Baru nak lelapkan mata.. dia merengek balik..
Sampailah ke pagi tadi..

Lepas subuh..
Kekonon nak mulakan larian keliling taman perumahan..
eemm.. dengan kepala berat, tak lalu aku..

La ni..
Lena dak Nuha tidur kesan lepas makan ubat..
Moga cepat sembuh hendakNYA..
Aku pun nak join dia tidurlah..
Dengan cuaca yang mendung buat mata ni memberat je rasa..

Jadi..
Aktiviti hari ni terpaksa dibekukan atas dasar kesihatan dak Nuha yang kurang memuaskan..


StatusHati: Aku yang kegelisahan..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...