Tuesday, May 26, 2015

The Largest Gathering of PERODUA MYVI Cars at SCC


24 Mei 2015.. Ahad di Setia City Mall (SCC)

Kalau tak kerana perlawanan akhir Piala FA, pasti malam tu dah terpacak di Setia City Mall tu..
Tarikan menarik malam tu.. adanya belon panas.. nasib baik dak Nuha tidur..
Dan aku 'tumpang lalu' je depan SCC tu..

Pagi Ahad tu..
Baru kutahu bila adik hubby send gambar..
Rupa-rupanya..
Perodua telah menganjurkan 'Myvi Nation' sempena meraikan ulangtahun ke-10 Myvi..
Seramai 2,613 pemilik Myvi telah mengambil bahagian dan telah mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records sebagai perhimpunan kereta terbesar di Malaysia.

Bertempat di SCC tersebut juga, Perodua telah melancarkan Myvi edisi Komemoratif di mana hanya 12 unit sahaja yang dihasilkan dan berada di pasaran Malaysia.
Dari 12 unit tersebut, hanya 10 unit sahaja yang akan dijual, manakala lagi 2 unit adalah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Perodua.. 

Apa yang menarik tentang Myvi model edisi terhad ini?
Bahagian mekanikalnya masih sama dengan Myvi 2015 yang dilancarkan pada Januari lalu iaitu enjin 3SZ-VE 1.5 liter 16V DVVT yang mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik

SUMBER dari SINI..


Sengaja nak merasa sesak dengan lautan manusia, gagah hubby menemani aku ke sini..


Masa aku sampai, belon panas ni dah takde.. 
Takdelah sesak mana pun.. aku sendiri pun tercangak-cangak kat tengah padang depan SCC tu.. 

Apa yang menarik..?
Entah.. sebab aku bukan pemilik Myvi..

Model baru Perodua.. untuk cabutan bertuah..

Peserta yang bertuah dengan hadiah kemenangan Myvi edisi terhad..


Adik hubby je yang tunggu cabutan bertuah sebab beliau antara salah seorang pemilik Myvi..
Aku pulak buat terapi minda kejap dalam SCC tu dengan anak-anak, lepas tu gerak balik..
Lagipun kami kepenatan berjalan seharian semalamnya..
Balik rumah.. rehat..




psstt: Hanya tinggal kenangan..



Monday, May 25, 2015

DAY 2 (Part 2).. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI..

Selesai explorace part I di sebelah pagi.. kita layan explorace part II di sebelah petang pulak..
Pagi dah lencun di tengah tasik.. petang kat atas darat pulak..

Confident siap tukar baju.. ingat takde dah bermain dengan air..


Ada 4 acara di darat yang perlu diselesaikan..


Dan..
Ini yang buat aku tukar semula baju..
Ingat tak kena dah memain air ni.. sekali nah.. memang mandi lepas tu..
Tong biru besar ditebuk dan air perlu diisi memenuhi tong tersebut dalam masa yang ditetapkan..

 
Pelbagai gaya boleh dilihat dalam usaha tersebut..


Bangga.. sebab team terakhir yang menang..
Lenguh tangan menahan lubang yang ada tapi berbaloi dan puas hati..


Peluang diberikan.. selepas selesai semua aktiviti..


Flying Fox..
Alah.. celah jemari je.. kecut perut.. memula je.. lepas tu main lagi.. kihkihkih..



Lepas minum petang.. aktiviti santai.. sementara nak tunggu BBQ malam tu.. 

Jurulatih En. Zali (berbaju putih) terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang di Gerik selepas program Team Building bagi siri ketiga petang semalam..
Kenderaan yang beliau naiki telah dirempuh dari hadapan.
Beliau kini ditempatkan di Wad 5A, HRPB, Ipoh.
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA..


Aktiviti malam.. hari kedua..
Acara kemuncak.. BBQ time..

Gambar atas tu adalah markah-markah setiap kumpulan..
Gambar bawah bersama ikan toman tasik..


Bila sorang dah mulakan, makanya.. kita wefie beramai-ramai..


Ketenangan yang kucari.. tertinggal di sini..


Malam tu tiada aktiviti dijalankan selain dari menternak lemak yang ada dan melembutkan urat-urat yang tegang selepas seharian aktiviti melasak..
Juga masa untuk mengemas.. tak sabar nak balik esoknya..


Bersambung..
Bila nak habis daa..



psstt: I still think of you..



Steamboat dan Final Piala FA


Ok.. skip dulu kisah Royal Belum aku yang belum berkesudahan itu..


23 Mei 2015.. Sabtu

Tahniah buat Lion XII..
Juara Piala FA 2015 bagi siri ke 26..
Permainan yang menarik.. mampu mengawal emosi.. tabik spring kat korang..
Buat Pasukan Kelantan..
Tahniah juga walau telah cuba sehabis daya.. ssyyy.. jangan sedih ye.. usaha lagi..


Pagi Sabtu..
Menjenguk bapa saudara aku di Semenyih..
Rindu.. dah lama tak jumpa..
Dalam perjalanan, bertembung dengan bas Young Warriors.. Kelantan FA..
Sanggup minta hubby pandu slow sebab nak ambil gambar..


Aku rasa dorang pergi makan Sate Kajang masa tu..



Dari rumah sampai ke Semenyih mencari tempat makan, akhirnya KFC menjadi pilihan.. pilihan dak Nuha sebenarnya.. ikutkan jelah tekak anak-anak.. janji dorang tak merengek lapar..

Gelagat anak-anak selepas makan..
Dak Adik cool je.. dak Nuha yang over gedik..




Di rumah bapa saudara a.k.a pakcu..
Aku dah bagitahu nak datang cuma malas nak bagitahu dah sampai.. sebab tak nak susahkan dorang masak itu ini untuk kami..
At the end.. kena jugak tunggu pakcu siap masak.. baru boleh balik..
Pakcu aku pandai masak ai tell you..
Teringat mengandung sulung dulu..
Teringin nak makan daging rendang yang pakcu masak, takmo orang lain buatkan..
Pakcu sanggup masakkan demi aku.. sobsobsob..
Sayang pakcu.. muaaahhh..


Dah lama tak rasa air tangan pakcu..
Rezeki hari tersebut..
Dapat merasa cendawan masak lemak cili api dan jugak sambal ayam hutan..



Malam..
Sampai rumah sebelum sepak mula..
Aku dari awal dah request dari hubby nak makan steamboat sambil layan Final FA..


Menikmati steamboat di rumah..




psstt: Rasa berdebar-debar hati ini ntah kenapa..




Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...