Friday, January 9, 2015

Kita boleh kawal Nafsu..


Sebelum tu..
Aku nak minta maaf andai entry aku kebelakangan ni agak jiwang dan ada yang tak suka..
Mana yang baik kita jadikan teladan.. mana yang kurang baik kita ambil jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman untuk kita jadi lebih baik dari sebelum ini..


Dalam pada terima pujukan..
Dalam pada terima ayat-ayat cinta dari abam sayang..
Teguran membina tetap aku terima..
Macam aku bagitahu tadi.. yang baik kita jadikan teladan..






Kadang-kala aku lalai dan alpa.. ambil mudah dalam banyak perkara..
Tapi bila sesekali dapat teguran macam ni.. sebenarnya DIA masih sayangkan aku dan memberi ruang pada aku untuk berusaha menjadi yang lebih dari sebelum ini..
Menyedarkan aku dari terus membuat sesuatu yang kurang bermanfaat..
Tak banyak sikit ada perubahan dalam diri..
Aku takdelah baik mana tapi aku juga tak nak termasuk dalam golongan mereka yang lalai.




psstt: Ya!Allah.. Permudahkanlah.. jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan..



Thursday, January 8, 2015

Lain kali jangan merajuk ye..



Tinggal 3 hari lagi sebelum anak-anak akan memulakan persekolahan.
Tengok checklist.. sekali aku belum lagi jahit lencana dan nama dorang kat baju sekolah..
Ni yang den lomah ni..
Kelmarin cuba jugaklah jahit pada baju sekolah dak Adik.. dekat sejam aku buat..
Sampai hubby naik rimas tengok aku.. 'tak siap-siap lagi ke..?'
Dah separuh jahit aku bukak balik sebab senget.. bila sampai 3 kali asyik senget.. ah.. lantakkan.. janji ada lencana kat baju tu..
Itu baru sehelai.. bukan 2 bukan 3..
Macam baru pertama kali pegang benang dengan jarum pulak..
Bertabahlah ye mak budak sebab ada lagi beberapa helai yang perlu disiapkan..



Tu kisah kelmarin..
Ni pulak kisah tahun lepas.. alah minggu lepas je pun kisahnya..
Merajuk dan mintak dipujuk dari abam sayang..
Luka ditangan sebab salah sendiri tapi sebab sebelum tu memang tengah merajuk pun makanya pakejler mintak dipujuk..
What ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..

  
Luka tak seberapa..

Merajuk yang lebih..




psstt: Buat semua mangsa banjir.. bertabahlah.. kuatkan semangat.. sedih memang sedih.. payah memang payah.. tapi bukan kemahuan kita keadaan sebegitu..



Wednesday, January 7, 2015

Umang Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar


Entry tertunggak..
Kisah pada 2 Januari 2015..


Kalau tahun lepas aku makan di Captain Steamboat & Grill.. kali ni kita tukar selera pulak..
Tempat pilihan kali ni beroperasi sejak awal tahun lepas.. cuma baru kali ni berkesempatan nak cuba..

Nak kata aku sambut anniversary kat tempat ni tak jugak.. cuma lebih kepada perjumpaan bersama adik-beradik hubby..
Mudah nak cari sebab berada di laluan utama dari Pekan Meru ke arah Puncak Alam..
Kalau dari Pekan Meru dalam 3 km, Restoran ni berada di sebelah kiri..
Kena alert sikit sebab signboard nak masuk tu kecik sikit
(pemilik Umang-umang boleh tukar signboard lagi besar rasanya kat tepi simpang jalan masuk tu)..



Umang-Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar
Lokasi: Lot 5466, Jalan Sekolah, Kampug Bukit Kapar, Selangor
Harga : RM23 (dewasa), RM10.90 (kanak-kanak), RM13.90 (60 tahun ke atas)
Waktu Operasi : 6.00 pm – 11.00 pm (Tutup hari Khamis)
Tempahan : 011-2816 9501




Maklumat yang sama boleh didapati di SINI..



Kali pertama hujung tahun lepas.. bersama SIL dan hubby kami cuba di sini..
Masa ni ada menu kambing.. 2nd time pergi tak dak pulak..
Menu yang berbeza setiap hari..



Ada dua pilihan sup..
Sebelum ni kami pilih sup ayam.. kekonon tak nak bagi anak kepedasan kalau ambil tomyam tapi sudahnya dak Nuha langsung tak nak makan masa tu..
Dia cuma makan bila ada ice cream.. lagipun masa tu waktu dia tidur..


Kali kedua pada 2 Januari 2015 lepas bersama adik-beradik hubby..
Kali ni kami pilih sup tomyam.. takdelah pedas mana.. mungkin sebab ada beberapa sos yang disediakan mengikut selera pelanggan..



Dak Adik paling banyak makan daging blackpepper..


Dak Nuha tak pandang menu lain dah.. ice cream jadi pilihan hati..


Ice cream ni akan di hantar oleh pelayan..
Biasa aku tengok dorang serve ketika lepas dah kenyang makan steamboat.. kira dessert penutuplah sebelum balik..
Tapi aku minta sedari awal nak bagi dak Nuha senyap sebab masa ni dia meroyan nak balik nak main dengan anak jiran kat rumah.. huhuhu..
Nasib baik makan pujuk.. itupun adik hubby yang pujuk.. takmo duduk dengan aku.. nak duduk dekat cikPen nya..


Bersama adik-beradik hubby.. Ini pun kurang 2 orang ahli tak dapat join sama..


Selesai makan..
Hubby dah tahu dah perangai aku.. tak suka bersepah-sepah atas meja tinggal macam tu je..
'aaa... kat sini ada kerja kosong tak.. akak ni takde kerja..' huhuhu..


Cuba dulu baru tahu..




psstt: Rasa sayang.. rasa cinta yang tiada berpenghujung..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...