Simpan sini sebagai kenangan.
The Truth Untold (전하지 못한 진심) by BTS feat. Steve Aoki
Jin, Jimin, V dan Jungkok, (vocal-line) BTS dalam Album Love Yourself: Tear.
Lagu berentak slow ballad ini adalah berdasarkan dari sebuah kisah sedih. Bab yang ini aku tak nak ulas, boleh tanya pada pakcik google pada yang nak tahu kisah disebaliknya.
Kenapa tiba-tiba ada aliran KPop di dalam entry blog aku ni?
Semuanya kerana dak Kakak sangat menggemari kumpulan ini, begitu juga dak Nuha. Sudahnya dengan aku sekali turut terjebak tapi aku bukanlah seperti ARMY BTS yang sungguh fanatik terhadap kumpulan BTS ini; yang ini pun aku tak nak ulas, masing-masing punya citarasa. Seperti aku dan en. Hubby, beliau lebih meminati lagu tahun 90an, aku tak. 'Abang dah tua, sayang muda lagi'.
Bila pertama kali mendengar lagu ini, damn serious aku terus jatuh hati. Nasib baik sempat ku sambut kembali hatiku ini sebelum jatuh bergolek di atas lantai. Hahaha. Kini, aku pula yang lebih over dari anak-anakku hinggakan en. Hubby naik rimas dengan kerenahku.
Tapi aku selalu teringat kata-kata en. Hubby setiap kali aku tunjuk siapa yang aku minat.. 'Alah, sikit pun abang tak hairan, bukan dapat pun'. Tapi bila en. Hubby mengusik nak letak gambar orang lain di telefon beliau, aku marah. 'Sayang buat takpe, abang tak boleh, letak gambar sayang je boleh'. 'Alah, bukan dapat pun'. Hailaa en. Hubby, sengajalah tu nak cuba, try, test tahap cemburuku ini. Tepuk dahi sambil mendongak ke langit aku dibuatnya.
Inilah lagu The Truth Untold yang menarik perhatian aku.
dari kiri: V, Jimin, Jungkook dan Jin
Bangtan Sonyeondan (BTS)
They were nobodies who became legends
Menambah daya tarikan kumpulan BTS di mataku, dua buah lagu terbarunya ada di
SINI.. Nampak tak betapa
overnya MakBudak kini. Bila ku gali, banyak lagu yang menarik rupanya tak seperti lagu jiwang yang en. Hubby suka tu. Walau aku hanya faham patah perkataan dalam bahasa Inggeris je dalam lagu deme tapi aku suka.
Sambil deme menari dan menyanyi, aku tengok aku pulak yang mengah. Nampak sangat dah lama tak bersenam MakBudak ni.. hahaha..
#RemajaPurba: A.R.M.Y stands for 'Adorable Representative M.C. for Youth' - always be together with BTS.