Kisah terjadi pada 7 Oktober 2018 yang lepas di mana aku dapat panggilan telefon mengatakan yang aku perlu hadir untuk mengambil 'Door Gift Voucher' penginapan kepulauan peranginan di Malaysia di sebuah hotel.
Sebenarnya dari petang Jumaat sebelum tu lagi aku dah terima panggilan ini, siap dia mesej maklumat lengkapnya lagi tapi aku tak layan. Memang aku tak pernah layan panggilan yang macam ni. Pada aku.. mana ada benda free dalam dunia ni.
TAPI..
Nak dijadikan cerita, en. Hubby bersetuju untuk hadirkan diri. Adeh..! Aku memang tak nak pergi tapi demi nak menjaga hati dan tak mahu dituduh sebagai isteri derhaka, aku pun ia kan je.. hehehe..
Sampai di tempat tersebut, alahai.. nak dapatkan voucher tu kena dengar sesi penerangan syarikat tersebut terlebih dahulu. Aku perhatikan dalam dewan tu, ada banyak meja dan sesi penerangan sedang dibuat. Dekat setengah jam mendengar, aku merengek mesej dekat en. Hubby ajak balik, otak aku dah penat, tak boleh nak menerima apa-apa maklumat dah malam tu. Wakil tersebut memancing minat aku, bila dia tengok aku macam endah tak endah, dia cuma panggil 'manager' dia. Tak cukup seorang, sampai tiga orang 'manager' bagi penerangan. Tapi semuanya bagai mencurah air ke daun keladi.
Hingga satu tahap, aku tergerak hati nak whatsapps group aku berkenaan apa yang sedang berlaku malam itu.

Apalagi.. kena 'sekolah'kan aku dengan tuan Sham pasal isu tersebut.
'Ni scam. Dalam lama benda-benda macam ni. Hang ingat free-free ke voucher tu. Nama je free.. tapi kena beribu-ribu RM habis kena ambil pakej itu ini.'
Seorang lagi teman kepada tuan Sham turut berpesan:
'Nasihat saya, kalau sayang duit jangan masuk ni. Kalau duit banyak bolehlah sedekah.'
Syukur sangat-sangat tuan Sham reply cepat mesej aku dalam group tersebut. Bila aku baca ayat pertama 'Ni scam'.. tak fikir apa dah. Tak pandang kiri kanan dah.. terus bangun tinggalkan tempat tersebut. Sekuat mungkin aku genggam tangan dak Nuha tarik keluar dari dewan tersebut. Wakil yang melayan kami masa tu terpinga-pinga dengan tindakan aku. Hingga ke lift dia kejar kami minta kami tandatangan resit penerimaan voucher yang diwar-warkan tersebut.
Pada pandangan mata kasar, nampak aku kurang ajar.. tinggalkan majlis tiba-tiba tapi kurang ajar aku itulah yang menyelamatkan diri kami dari terus hanyut dengan penerangan yang kononnya sangat menarik itu.
Ini gambar dalam dewan di hotel tersebut.
Ada antara yang hadir deme ambil 'Door Gift Voucher' tersebut.
Ada dekat sejam wakil tersebut bercakap dengan kami.
Memperkenalkan barangan 'Snacks & Beverage Vending Machine'.
Dalam hati.. 'Eh!Dia ni nak jual benda alah ni pada aku ke..?'
Aku membayangkan dia minta aku sign akujanji untuk terima barang tersebut dan aku perlu bayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut disebalik penerimaan 'Door Gift Voucher'. Sedari awal en. Hubby cakap 'kita datang tengok macam mana, kalau rasa tak ok, kita baliklah.' DAN.. itulah yang kami lakukan.
Terima kasih banyak-banyak kepada tuan Sham kerana telah menyelamatkan kami dari terus mendengar sesi penerangan yang sepatah haram tak masuk dalam otak aku ketika itu. Mana nak masuk, aku memang tak fokus sebab dok pandang keliling dan terfikir kenapalah aku boleh terjebak dengan situasi yang macam ni.
Pengajarannya:
Nak bercuti ke mana-mana, simpan je duit secukupnya.
StatusHati: Kisah ini sebagai peringatan bersama.
pernah jugak dpt call & wasap pasal ni...dia suh gi hotel ape ntah mana kat KL tu... tanye hubby, hubby ckp tak payahhh..mana ada org nak bg cuti free tanpa bayar pape...
ReplyDeletekite pun mmg rasa x nak pegi sebab tau ni mesti scamm..nasib baik sis cpt2 keluar dari situ
rasanya sebelum ni, kakcik pernah kot cite psl kes cmni kak...
ReplyDeleteklu tak silap lah...
pandai depa cari blogger2 yek... nsb lah ko terselamat ye kak... depa2 ni bijak sungguh
Benda ni dah lama dah. Kami tak pwrnah layan
ReplyDeleteoffer business vending machine ke? setuju atau tidak tetap dpt voucher penginapan free kan? pernah terkena... bukan scam, diorg marketing barang diorg je... cuma yg anginnya masa call x bgtau dgn jelas pasal 'sesi penerangan' tu.
ReplyDeletenasib baik kat tertipu..
ReplyDeleteeh cerita kita pasal scam jugak malam ni..
ReplyDeletenasib baik belum terlambat.
ReplyDeleteaida pernah kena gini, aiza.
ReplyDeletejgn la percaya kalau offer dgn phone ni.
mostly tipu! skit jer yg betul.
nak citer jugak la kes aida.
excited. dpt stay free 1 mlm kot.
pergi la dgn asben. thn brape tak ingat. lama dah.
before amik vocer free tu, kena dgr taklimat.
promote utk beli pakej percutian mereka. beribu!!!
pendek kan citer, aida kata TAK NAK la kan.
siap promoter pompuan tu boleh kata aida ni TAK PENTINGKAN KELUARGA SEBAB TAK NAK BELI PAKEJ PERCUTIAN.
berapi-api aida masa tu. terus nak angkat kaki.
dgn marah, pompuan tu kasik vocer la.
memang ler free 2 hari 1 mlm, aiza.
weekend tak boleh guna.
cuti umum tak boleh guna.
cuti sekolah tak boleh guna.
terus aida keromot kan kertas vocer tu, campak ke tong sampah depan mata ramai promoter kat situ.
pelanggan lain yg sedang kena tipu, terpandang-pandang.
sakit hati!
Macam kami dijanjikan voucher RM100 untuk satu penerangan pembelian tanah di Melbourne, Australia. Memanglah kami tak mampu nak beli pun. Datang sebab nakkan voucher je. Alih-alih selepas dua jam hanya dapat voucher RM50...
ReplyDelete