Followers Remaja Purba

Friday, June 29, 2018

Rendang Ayam Maman Aidilfitri 2018


Setiap kali Aidilfitri menjelang tiba pasti akan ada menu kegemaran menanti di kampung. Menu yang disediakan oleh orang tua dikampung. Air tangan mereka yang dah tentu sedap, lain dari hidangan biasa kita dapat.

Bagi diri aku..
Takkan lengkap rayaku kalau takde hidangan ni. Balik kampung mak saudara di Gemencheh, Negeri Sembilan pasti beliau akan masakkan rendang ayam maman ni. Setiap tahun.. ini hidangan wajib di rumah beliau selain tapai pulut.


Santan buatan sendiri..


Rendang Ayam Maman in the making.
Masakan akan jadi lagi sedap bila masak menggunakan dapur kayu.


Hasilnya..



Dipendekkan cerita, benih sayur maman yang di bawa balik dari kampung sebelum ini dah banyak kali membuahkan hasil sebenarnya cuma kali ni barulah tergerak hati nak memasaknya sendiri. 


Rupa Daun Maman

Ada yang buat jeruk tapi aku tak suka yang dah dibuat jeruk.


Rendang Daging + Maman


Hari ini..
Kesihatan semakin kurang memuaskan, namun gigih ke tempat kerja demi tugasan yang perlu disiapkan bukan nak kejar augerah semata. Huh! Baik kita duduk diam-diam siapkan tugasan yang diberi dari menyusahkan diri kemudian hari.

Esok..
Teringin nak beraya di rumah saudara dan teman tapi bergantung pada kesihatan diri. Andai kuat, sampailah ke rumah mereka, andai tidak, melepeklah di dalam rumah.


StatusHati: Moga urusan dipermudahkanNYA..



Thursday, June 28, 2018

Dugaan dalam bulan Syawal


Dugaan dalam bulan Ramadhan:
Dua minggu sebelum hadirnya Syawal aku mengalami demam teruk menyebabkan tiada kudrat untuk melakukan rutin harian hinggakan sepanjang bulan Jun ini masa cuti sakit dan cuti rehat lebih banyak dari waktu bekerja. Bukan aku sengaja dan bukan juga aku meminta sakit ini menghampiri.


Dugaan dalam bulan Syawal pula:
Sejak semalam aku rasa dedo, tak sedap badan. Terasa diri nak demam selesema + batuk tapi kukuatkan hati hadirkan ke tempat kerja demi tugasan yang menanti. Pada aku.. sekadar demam biasa kugagahkan jua, bukanlah sakit seperti yang di SINI.. itu memang ye.. terpaksa aku rehatkan diri di rumah demi keselamatan diri.


Ya!Allah..
Kau kuatkanlah hatiku ini demi rutinku ini agar mudah dan tidak menyusahkan orang lain. Kau permudahkanlah urusanku Ya!Allah. Kau kuatkanlah diriku Ya!Allah.. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ..


=======================================================
Kisah lain..

'Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu Adalah Satu Kesalahan.'
Tapi sebenarnya aku nak highlightkan yang aku rindukan suasana nun di belakang tu.. 😂 Dalam diam tiga bulan dah kau terpaksa aku tinggalkan.



Aku tak larat..


StatusHati: Kenapa kita perlu jauh..?



Wednesday, June 27, 2018

Konsep Sayang Anak dalam Telemovie MENTARI di TV3


Teringat kenangan watak Hazran dan Athea dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu. Kali ini Syafiq Kyle kembali berlakon disamping Zahirah Macwilson di dalam Telemovie Mentari.

Arahan Rashid Sibir Telemovie bertajuk 'Mentari' yang disiarkan pada malam raya 14 Jun 2018 di TV3 boleh ditonton di SINI. Telemovie terbitan Suhan Movies & Trading yang sangat menyentuh hati. 9/10 aku bagi rating untuk telemovie ini. Pelakon-pelakon yang hebat menguasai kaca tv dan juga kaca hatiku.

Ikhmal Fansuri - Datuk Rosyam Nor
Khalid - Datuk Adi Putra
Firash - Syafiq Kyle
Mentari - Zahirah Macwilson
Penampilan Istimewa - Sofea Ibrahim


SINOPSIS MENTARI:
Hubungan Ikhmal Fansuri dan Mentari sangat rapat sedari kecil tetapi apabila Firash meluahkan hasrat untuk mengahwini Mentari, Ikhmal tidak bersetuju. Ternyata beliau terlalu sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya.

Namun, masalah mula timbul apabila ibu Ikhmal mengingatkan bahawa dia tidak boleh mewalikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Ini berlaku ketika arwah isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Sebagai ganti, Ikhmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya. Bayi tersebut merupakan anak abang Khalid asalnya tetapi Khalid sanggup menjualkannya kerana desakan hidup waktu itu.

Satu hari, Ikhmal bertemu dengan Khalid secara tidak sengaja gara-gara Ikhmal tertinggal handphone dan dari situ mereka menjadi kawan. Tanpa disedari rupanya Mentari adalah anak buah kepada Khalid. Apabila Mentari mendapat tahu kedudukan asal dirinya, dia melarikan diri; tetapi selepas dipujuk oleh Firash akhirnya Mentari kembali ke pangkuan Ikhmal dan Ikhmal bersetuju Mentari dikahwinkan dengan Firash di mana Khalid menjadi wali mereka.


Kisah Telemovie - Mentari di TV3
Image result for telemovie mentari
Sekali lagi Syafiq Kyle digandingkan bersama Zahirah Macwilson


Selama ni dia buat yang terbaik asalkan you selesa sebab dia tak nak you hilang dari hidup dia. - Firash.

I  ni tanggungjawab dia, semua orang akan buat macam tu. - Mentari.

Tapi bapak orang lain dia sedar konsep sayang anak dan kena lepaskan anak. Itu yang bapak you tak boleh buat dekat you. Bila I tengok dia tu, I rasa macam dia takkan lepaskan you. - Firash.

Datang tak diundang. Hidup ini tak seindah yang kau bayangkan. - Rosyam Nor.

Lebih baik kita disakiti dengan kejujuran daripada kita dibahagiakan dengan penipuan. - Firash.


Image result for sinopsis telemovie mentari
Penerbit:
Datuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof


Seorang Ustaz di dalam telemovie ini:
Di dalam surah Al-Ahzab: Ayat ke 35 yang mana dalam ayat ini Allah ceritakan tentang ciri-ciri  orang yang Allah sayang. Dalam keadaan kita hidup berkeluarga, antara yang paling penting untuk kita jaga sifat As-Sadiqin, iaitu orang-orang yang benar.

Saya pernah ada seorang sahabat yang mana dia ada ambil seorang bayi dari kecil menjadi anak angkat. Jaga, pelihara dan sebagainya, maka timbul kasih sayang. Lalu apa yang terjadi anak itu membesar sehingga tiba waktu untuk dia kahwinkan anak dia. Dan, kita pun tahu dalam Islam, bapa angkat tidak termasuk dalam wali. Lalu bapa tersebut dia ingin mengahwinkan anak dia kerana tak mahu ceritakan hal yang sebenar tapi Alhamdulillah nasib baik dia pilih untuk bertanya. Dia berkata benar dan anak tersebut tinggalkan dia tapi adakah untuk selama-lamanya?

Tidak.. kerana ini sifat yang Allah suka. Akhirnya anak tersebut terfikir dan dia faham kenapa selama ini ayah dia tak terangkan kepadanya dan akhirnya dia kembali dan itulah resepi untuk hidup bahagia. Kita kena buat berdasarkan apa yang Allah suka.


StatusHati: Masih mencari ruang untuk update kisah beraya..


Monday, June 25, 2018

Jenguk pun tak, jeling apatah lagi..


Dari sebelum raya, di penghujung Ramadhan, diduga dengan kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah dengan dak Kakak pun sama. Bila Syawal menjelma, pelbagai cerita nak dititipkan di sini tapi keadaan belum mengizikan. Blog perlu 'bercuti' dari menjalankan tugas, jenguk pun tak, jeling apatah lagi..

Kali ni ada banyak nak dititipkan di sini, dari sebelum raya, semasa raya hingga selepas raya sepanjang minggu pertama Syawal baru-baru ni.

InsyaAllah.. perlahan-lahan akan diupdate. Buat masa ni nak fokus pada kerja hakiki.


StatusHati: Esok ada temujanji di Hospital..

Sunday, June 17, 2018

Tiap negeri ada RnR nya


Kisah semalam:
Kelmarin di Selangor..
Semalam di Negeri Sembilan..
Hari ni di #JDT..
Esok akan ke Melaka..
Lusa.. 🤔🤔🤔

Tiap negeri ada RnR nya..


Aidilfitri kali ni mengurangkan sedikit keseronokan beraya di kampung memandangkan dak Kakak tak sihat. Tiap RnR pasti dak Kakak akan muntah. Aku pulak cirit-birit. Asal dengar perkataan makan, perut memulas-mulas jadinya. Dah terasa macam anak mat salleh mai Malaysia cuba makan masakan Melayu. Perut tak cukup kebal kali ni. Masih terfikir-fikir menu apa yang membuatkan aku jadi macam ni.

Syukur jugak dak Adik tak meragam. Dia ni lagi teruk kalau tak sihat. Dak Nuha cuma sekali muntah teruk awal pagi raya kedua. Syukur jugak dia tak demam. Dak Kakak jelah belum baik sepenuhnya. Dah pesan jangan makan macam-macam tapi tak diendahkannya. Haaa.. amik..! Babah dia kena uruskan dia sebab muntah teruk. Aku..? Tidur lena tak sedarkan diri..

Hari ni.. hujan di pagi hari.
Sejuk je rasa dan anak-anak masih bergelimpangan tidur. Aku..? Ambil kesempatan update blog.. hehehe..


StatusHati: Bila nak balik rumah sendiri ni..? 🤔


Saturday, June 16, 2018

Salam Aidilfitri 2018


Ada... cuma lambat sikit.. bukan sebab sibuk tapi sengaja tak nak up awal gara-gara warna baju bukan warna pilihan.

'Ibu.. kita tak pernah ada warna ni ibu.. tahun ni kita pakai baju warna ni boleh ibu..?' 


DAN.. Inilah hasilnya.. BIRU..
Tapi.. mana anak-anak?
Ada.. deme ada.. belakang camera.. 😎


Apa-apapun..
Masih belum terlambat nak ucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018.
Maaf Zahir dan Batin.
Moga perjalanan pergi + balik beraya selamat hendakNYA..


StatusHati: Bertabahlah perut buat beberapa hari ni..


Thursday, June 14, 2018

Jangan mengharap pemberian duit raya


Drama NUR di TV3 mengakhiri siarannya malam tadi. Pelbagai cadangan dan komen mengenai drama itu di media sosial. Aku..? Masih ada sesuatu mengenai drama NUR yang ingin aku kongsikan di sini tapi nantilah, beri laluan pada Aidilfitri bakal menjelang tiba ini.


Aidilfitri kali ini..
Pertama kali aku bercuti lebih awal dari biasa gara-gara dek sesuatu menimpa. Moga lepas raya nanti tidak membebankan rutin harian. Ya!Allah.. kau kuatkanlah hatiku ini.

Checklist Raya..
Tiada yang lain dari yang lain. Rutin sama setiap tahun akan aku lalui InsyaAllah. Nak kata aku excited .. tak jugak. Beringat + berjaga-jaga jangan boros berbelanja.. 🤗

Sejak Aidilfitri tahun lepas, dak Kakak kuingatkan..
'Jangan mengharap pemberian duit raya sebab kakak dah besar.' Tak nak Kakak terasa hati bila dia tak dapat duit raya.. hahaha..

Tapi pada aku.. duit raya bukan keutamaan aku. Kita balik kampung nak menjenguk kaum keluarga, sanak saudara. Kena beringat - bukan semua orang senang dan mampu. Aku tak nak sentuh sangat bab duit raya ni, isu sensitif bagi sesetengah orang. Jalan terbaik tukar sesiap duit raya. Bagi ke tak bagi belakang cerita.. 😀😎

InsyaAllah..
Kalau takde aral membujur lalu melintang patah, 1 Syawal baru balik kampung. Moga perjalanan pergi dan balik Aidilfitri kali ni dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Aamiin..


StatusHati: Baju raya.. 😅


Tuesday, June 12, 2018

Syaitan suka perangai macam ni - NUR di TV3


Ada manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tapi kekurangan diri sendiri tak pernah nak nampak.


Jangan pandang rendah nasib orang lain..
Image result for jangan pandang hina orang miskin
Sumber en. Google..


Seperti di dalam salah satu babak Drama NUR episode 8: 

Adam:
Pakcik rasa yang masuk syurga nanti hanya orang-orang yang alim je ke?

Pakcik:
Ye.. orang macam kita. Kenapa ustaz?

Adam:
Salah pakcik.. yang masuk syurga nanti hanyalah orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beriman itu tak semestinya orang yang alim macam kita. Hanya Allah je yang tahu siapa orang-orang yang beriman walaupun di mata kita dia hanya perempuan lorong.


Tiada siapa yang mampu berubah menjadi baik dalam masa sehari, semuanya perlukan masa dan usaha yang berterusan. Jangan menghina mereka seolah-olah kita tak pernah berdosa. Kita ni kalau terus bersangka buruk dekat orang, sampai bila-bila pun semua depan mata kita ni kita nampak buruk je. Syaitan suka perangai macam ni. Senang kerja dia nak pecah-belahkan kita.


StatusHati: Bukan tugas kita menghisab dosa orang lain..


Monday, June 11, 2018

Aku yang rasa..


Selepas seminggu bercuti panjang, hari ni aku kembali bertugas..

Alhamdulillah..
Keadaan aku beransur baik selepas berehat bagi memulihkan kembali keadaan diri aku.

Kenapa jadi macam tu..?
Kisah asal di SINI..


StatusHati: Aku yang rasa..


Saturday, June 9, 2018

Baju Raya salah size?


Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menikmati bulan Ramadhan sebelum hadirnya Syawal.

Checklist Aidilfitri kali ini:
Kuih Raya
Jangan kata kuih yang dibuat sendiri, jenis kuih yang tunjuk-tunjuk pun takde.

Menu Raya
Masih di peringkat perbincangan bersama ChefHubby.

Duit Raya
Dah siap tukar. TQ to mySIL yang menguruskannya.

Kereta Raya
Akan bawa jumpa Doctor untuk pemeriksaan khas.

Baju Raya
Masih mencari..
Sebenarnya baju yang dibeli secara online dah sampai tapi sayang baju tersebut akhirnya dimiliki oleh dak Kakak kerana ia besar di badanku tapi cantik terletak di badan dak Kakak. Rezeki anak daraku itu. Aku pulak..? Belum ada mood nak mencari yang lain walau ChefHubby cuba ingatkan berkali-kali.


La ni.. cuba kuatkan semangat melawan rasa sakit yang datang agar tidak terus melarat. Bayangkan sepanjang minggu ni hanya sehari aku bertugas di tempat kerja dan hari yang lain hanya terbaring kelesuan di rumah seperti kisah asal di SINI..


StatusHati: Lekaslah sembuh hendakNYA.


Friday, June 8, 2018

Sup Bunjut dalam Drama NUR di TV3


Takkan seteruk itu kau buat Aisyah. Dah kenapa lauk tu kau raba ramas mencari bahan yang kononnya adik dan ahli keluarga kau kena sihir.

'Syaitan mana yang dah merasuk kamu ni Aisyah..??' 🤔🤔
#DramaNur


Keranamu Sup Bunjut..
Tiba-tiba mendapat perhatian lebih dari biasa..

Bahan utama untuk sup ketam


Kebetulan kelmarin baru je menggunakan sup bunjut sebagai pelengkap rasa pada menu yang dimasak dan sememangnya ia sentiasa ada di dapur rumah #MakBudak.

Semalam baru je bercerita pada ChefHubby, nak up entry mengarut mengenai sup bunjut yang ada dan sungguh tak sangka menjadi bahan cerita di dalam Drama Nur malam tadi.. 😁😀

Kreatif juga Pengarah Drama Nur ni.. sup bunjut menjadi bahan eksperimen 'sihir'.


Apa-apapun.. Nauzubillah..
Jauhkanlah dari perkara yang tidak baik menghampiri diri kita. Walau ia hanya sebuah drama tapi realiti kehidupan kita tak tahu apa kesudahan laluan kita. Lurus atau berliku bukan di tangan kita keputusannya. Semua dariNYA..


StatusHati: Masih teringat betapa lucu adegan tersebut.. 😀


Thursday, June 7, 2018

Safiyya - Isteri Untuk Diiktiraf di TV1


Betapa sabarnya Safiyya melayan kerenah Tengku Wildan yang langsung tidak mengiktiraf kehadiran sebagai seorang isteri. Sebaliknya lebih senang melayani kerenah sepupu Safiyya yang gilakan duit itu.

'Ciri-ciri nak jadi pembantu Tengku Wildan bukan bergantung pada pakaian yang cantik, moden dan tak tutup aurat tapi pada ilmu dan idea yang dia ada. Kalau setakat muka je cantik tapi tak boleh berfikir tak guna juga kan..?'
- Safiyya (e. 14) dan kisah dari awal di SINI..


Konflik pasti berlaku apabila tiada keserasian di antara pasangan pilihan keluarga. Lebih-lebih lagi turut menjadi kebencian ibu mertua. Moga terus istiqamah dalam meledani rutin harian disamping keluarga sendiri dan pasangan.


Sedikit kata-kata:

  • Orang lain menyuruh kita bersabar tapi belum tentu kita mampu bersabar.
  • Orang lain cuba memohon maaf tapi belum tentu kita mampu memberi maaf.
  • Ada orang mahu menjadi orang penting dalam masyarakat tapi belum tentu ada yang mahu menjadi orang yang baik di sisi masyarakat.

Di sinilah kita kena patuh dengan segala ajaran dan larangan dariNYA.


StatusHati: Kekuatan dalaman amat diperlukan.


Wednesday, June 6, 2018

Drama NUR - Tetap bersyukur tanpa imbuhan Duniawi.


Pesan dari ayah Adam:
'Sebaik-baik dakwah apabila kita cuba mendekati masyarakat dan faham apa masalah kehidupan dorang. Bukan setakat kita nak hukum tanpa rasa simpati.'


Babak 1:
Doa Nur dan Adam..
'Ya!Allah, Ya!Tuhanku.. Kau kurniakan dia singgah dalam hidupku, memberi aku harapan. Aku terbuai, aku terleka dengan kebaikan dan keikhlasannya sehingga aku lupa diri aku siapa disisinya. Ya!Allah, Ya!Tuhanku.. Jika benar dia bukan untukku kau jauhkan aku..'

'DAN.. kau tarik balik rasa sayang ini yang semakin mula berputik, kerana aku sedar antara aku dan dia mustahil untuk bersatu.' 

'.. Aamiin..'

Betapa dalam rasa kasih Adam dan Nur hingga sanggup mengalah demi keadaan pada awalnya.



Babak 2:
Perbualan di antara ayah Adan dan Adam

'Apa yang menyebabkan Adam jatuh hati kepada dia?'

'Bila saat Adam dengar dia berdoa dan doanya kepada Allah walau sekali tak pernah dimakbulkan tapi dia tetap bersyukur sebab Allah izinkan dia untuk terus sujud kepadaNYA.' Jawab Adam.

'Nah.. itulah wanita yang didambakan oleh semua lelaki soleh, terus meletakkan Allah di atas walaupun satu permintaan atau doa dia, Allah tidak makbulkan. Dia tetap bersyukur tanpa imbuhan duniawi. MasyaAllah..'
Drama Nur - episode 10
Kisah dari awal di SINI..


Satu perasaan yang sukar nak diterangkan. Betapa indah rasa itu wujud dalam diri. Moga di dalam dunia realiti kita juga sebegitu.. tidak mengharapkan imbuhan duniawi.


StatusHati: Demam yang masih belum kebah..

Pinjamkan aku sedikit Kekuatan


Hari ni:

Aku kembali bertugas selepas kes demam teruk + badan menggigil menghampiri diri. Kisah asal di SINI. Paling merisaukan untuk memandu ke tempat kerja. Jarak perjalanan yang jauh membuatkan aku sedikit berdebar.

Tak larat.. tak larat.. asyik-asyik ayat yang sama aku berzikir pada en. Hubby. eemm.. kena bebel satu hal, kena marah satu hal. Dah tahu tak sihat, gatal pergi kerja dah kenapa..?


Menghampiri lokasi tempat kerja..


Keadaan diri hari ni, harap berterusan baik hingga ke petang hendakNYA walau hakikatnya belum pulih sepenuhnya. 


StatusHati: Pinjamkan aku sedikit kekuatan..


Tuesday, June 5, 2018

Bukan Semua Isteri Bertuah


Bagaimana mahu menasihati suami tanpa menyakiti hatinya?

Isteri itu adalah peneman hidup suaminya. Seorang suami hanya nampak keaiban pada bahagian depan di dalam cermin tetapi langsung tidak nampak pada bahagian belakang dan insan yang nampak keaiban di belakang suami adalah isteri sendiri.

Isteri tegurlah keaiban suami dan janganlah anggap bahawa teguran itu menyakitkan hati suami dan suami jangan sesekali menganggap isteri membantah suami.

Sepatutnya isteri paling baik adalah yang menasihati suaminya dan suami yang paling baik adalah menjadikan nasihat isteri sebagai satu pedoman.

Tegurlah dari hati, ikhlas dari hati. Jangan tegur kerana benci, jangan tegur kerana dendam. Bila kita tegur dari hati InsyaAllah ia akan jatuh ke dalam hati suami. InsyaAllah.

Tanggungjawab suami mengajar isteri tentang ilmu itu dikatakan nafkah batin dan bukan setakat di atas katil sahaja.


StatusHati: Bukan semua isteri bertuah..



Monday, June 4, 2018

Demam teruk + badan menggigil 😣


Alhamdulillah..
Syukur kepadaNYA kerana aku dianugerahkan kesihatan yang baik dan jarang demam teruk. Sakit pinggang tu sakit berkecualilah.. 😥😂🤣 Ini memang sedia maklum.

Tapi.. sejak hari Khamis minggu lepas aku mengalami:
Kekurangan tidur..
Kekurangan rehat..
Belum sampai tahap murung je lagi..

Kemuncaknya.. demam teruk + badan menggigil + sakit pinggang mendekati diri. Aku jadi tak selesa kerana tiada kudrat untuk melakukan rutin harian. Turut menambah rasa risau dalam diri en. Hubby bila melihatkan keadaan aku.

Kalau rutin harian terbengkalai, dah tentu anak-anak turut terabai. Gagah + gigih aku cuba menyiapkannya supaya takde yang rasa terabai. Ditambah lagi en. Hubby sendiri tak sihat menambah rasa kacau-bilau dalam hati.

Moga lekas sembuh buat kami satu keluarga kecik dari penyakit yang datang.


StatusHati: Pertama kali dalam tahun 2018..

Saturday, June 2, 2018

Sah! Aku dah..


Ralat..
Hampir siap karangan yang dikarang, at the end HILANG..! Tak mungkin aku dah publish sedangkan ianya masih berbentuk draft.

Sah! Aku dah terdelete tanpa aku sedari. Jemari leka klik sana sini hingga tak perasan apa yang telah terjadi.. 😣 Kupujuk hati.. 'Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.'


Motif gambar..?


StatusHati: Rasa sayang yang kau utuskan.. 🤔


Friday, June 1, 2018

Sempadan Negeri Melaka


Tak sabar nak balik kampung..
Melonjak-lonjak dalam hati..
Menghitung hari nak balik beraya..


Tak sabar jugak nak asah skill mengambil gambar..



StatusHati: #MyKampung.. kau tunggu aku pulang..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...